SAINTIS JURUTEKNOLOGI

Anugerah Saintis Muda Negara dan Anugerah Juruteknologi Negara 2015 telah dibuka sehingga 31 Mac 2015.

1. Anugerah:

  • Anugerah Saintis Muda Negara 2015; dan
  • Anugerah Juruteknologi Negara 2015

2. Pengenalan:

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian oleh saintis muda dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui Anugerah Saintis Muda Negara 2015. MOSTI juga memberi pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang oleh Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal) serta kakitangan separa ikhtisas yang berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T) melalui Anugerah Juruteknologi Negara 2015.

Sehubungan dengan itu, calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat serta peraturan yang telah ditetapkan dipelawa untuk menghantar borang pencalonan lengkap ke Bahagian Teras Sains dan Teknologi, MOSTI sebelum 31 Mac 2015.

Syarat-syarat dan peraturan serta borang pencalonan bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2015 dan Anugerah Juruteknologi Negara 2015 adalah seperti berikut:

Anugerah Saintis Muda Negara dan Anugerah Juruteknologi Negara:

  • Syarat-syarat dan Peraturan Penyertaan;
  • Borang Pencalonan Anugerah;
  • Ringkasan Borang Pencalonan; dan
  • Senarai Semak Pencalonan.

3. Tarikh tutup pencalonan: 31 Mac 2015

4. Pegawai yang dihubungi:

  • Pn. Nur Marina Ibrahim (marinaibrahim@mosti.gov.my) 03-8885 8380
  • Pn. Siti Zuhaini Abd. Samah (zuhaini@mosti.gov.my) 03-8885 8270
  • En. Abdul Hadi Mat Som (abdhadi@mosti.gov.my) 03-8885 8359

5. Borang dan dokumen berkaitan :

 

Anugerah Saintis Muda Negara 2015 Anugerah Juruteknologi Negara 2015
Syarat Anugerah Saintis Muda Negara 2015 ( pdf | doc ) Syarat Anugerah Juruteknologi Negara 2015 ( pdf | doc )
Borang Anugerah Saintis Muda Negara 2015 ( pdf | doc ) Borang Anugerah Juruteknologi Negara 2015 ( pdf | doc )
Ringkasan Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2015 ( pdf | doc ) Ringkasan Pencalonan Anugerah Juruteknologi Negara 2015 ( pdf | doc )
Senarai Semakan Pencalonan Bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2015 ( pdf | doc ) Senarai Semakan Pencalonan Bagi Anugerah Juruteknologi Negara 2015 ( pdf | doc )

 

PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2015 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memperkenalkan inovasi sosial (social innovation) sebagai salah satu elemen dalam peluasan skop dana bermula 2015. Peluasan skop dana ini juga akan meliputi aktiviti ‘facilitation’.

“Melalui peluasan skop pendanaan ini, dana pre-pengkomersilan yang diurus oleh MOSTI boleh digunakan bagi membiayai aktiviti-aktiviti yang boleh membantu meningkatkan tahap ‘commercial readiness’ produk-produk R&D”, kata Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa menyampaikan amanat di hadapan 1500 warga MOSTI.

Menurutnya lagi, sebagai persediaan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2015 iaitu mensasarkan pengkomersilan 360 produk inovasi berimpak tinggi dalam tempoh 5 tahun, MOSTI telah mengambil inisiatif menambahbaik pengurusan dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C).

Sepanjang tahun 2014, MOSTI mencapai pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara. Antara anugerah-anugerah utama yang telah diterima oleh MOSTI pada tahun 2014 adalah:

(i) Di bawah pengiktirafan Ikon Pengurusan Projek 2014 oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha Negara, MOSTI menduduki tempat pertama bagi Kategori Projek Bukan Fizikal dan tempat kedua bagi Lawatan Turun Padang Terbaik;

(ii) Agensi Nuklear Malaysia menerima Plants Mutation Breeding Award daripada International Atomic Energy Agency (IAEA);

(iii) Met Malaysia memenangi Anugerah Kecemerlangan Geospatial (AGK 2014) melalui projek Fire Danger Rating System (FDRS);

(iv) Agensi Remote Sensing Malaysia memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT 2014) melalui projek Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI);

(v) CyberSecurity Malaysia berjaya menduduki tempat ketiga dalam Global Level in the Global CyberSecurity Index oleh International Telecommunication Union 2014; dan

(vi) Agensi Angkasa Negara memenangi pingat emas di National Innovation and Invention Competition through Exhibition (iComEx’14) dan International Innovation, Design and Articulation 2014 (i-IdeA2014) melalui projek Rural Medical Emergency System (REMS).

KUALA LUMPUR (23 Februari 2015) – CyberSecurity Malaysia, dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menyambut Safer Internet Day 2015 dengan perbagai aktiviti menarik termasuk lintas langsung ke negara jiran. Safer Internet Day disambut di lebih 100 negara. Di Malaysia, Safer Internet Day disambut sejak 2010, sebagai salah satu inisiatif CyberSecurity Malaysia, di bawah program kesedaran dan pembudayaan keselamatan siber yang digelar CyberSAFE (cybersecurity awareness for everyone).

Dalam ucaptama YB Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri MOSTI, beliau berkata: “Program CyberSAFE adalah selaras dengan salah satu dari sembilan Teras Strategik MOSTI, iaitu Teras Pertama: ‘Membangunkan modal insan dalam Sains, Teknologi dan Inovasi ke arah menjana dan meningkatkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpandukan Model Inovasi’. Maka sambutan Safer Internet Day bukan sahaja relevan dengan program CyberSAFE, malahan ia juga menepati matlamat teras strategik MOSTI.”

Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia pula menceritakan pengalaman beliau menyambut Safer Internet Day 2014 dan 2015: “Tahun lepas kami meraikan Safer Internet Day 2014 di Melaka bersama komuniti di sana. Untuk tahun ini, kami amat berbesar hati kerana pihak RMC sudi menjadi hos dan rakan kerjasama CyberSecurity Malaysia. Salah satu aktiviti yang agak unik sempena sambutan Safer Internet Day kali ini ialah lintas langsung menerusi Skype ke Jakarta, Indonesia. CyberSecurity Malaysia bekerjasama dengan Indonesia Security Incident Response Team of Internet Infrastructure (ID-SIRTII) untuk bersama-sama meraikan Safer Internet Day pada hari dan masa yang sama. YB Timbalan Menteri MOSTI sendiri berbual dengan rakan kerjasama di Jakarta secara langsung dan menyaksikan kemeriahan sambutan di sana.”

Tahun ini adalah tahun ke-enam sambutan Safer Internet Day di Malaysia. Setiap tahun, secara rasminya Safer Internet Day disambut pada hari ke-dua, minggu ke-dua dan bulan ke-dua, iaitu jatuh pada tanggal 10 Februari 2015. Walau bagaimanapun, CyberSecurity Malaysia meraikan Safer Internet Day selama sebulan iaitu sepanjang bulan Februari supaya lebih ramai pengguna ruang siber yang mendapat manfaatnya. Pada tahun ini, Acara Kemuncak Sambutan Safer Internet Day berlangsung di Maktab Tentera DiRaja (RMC), dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, RMC, Digi, ID-SIRTII dan sokongan berterusan dari MOSTI.

“Saya berharap semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan berjaya mencapai matlamatnya untuk membudayakan amalan positif, berhemah dan beretika dalam kalangan pengguna Internet”, kata Dr. Amirudin lagi.

14 Feb. 2014, Bidor – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensinya Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan kerjasama Yayasan Orang Asli Perak (YOAP) dan Kem Batalion 3 PGA Bidor telah  mengenalpasti dan mengiktiraf 10 inovator akar umbi di kalangan masyarakat Orang Asli melalui program Jejak Inovasi bersempena dengan Fiesta Jis Pai pada 14 Feb. 2015.

Majlis Pengikhtirafan kepada para inovator tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Bidor hari ini.  Para inovator menerima sijil penghargaan dan hamper setiap satu sebagai mengikhtiraf usaha mereka dalam mengaplikasikan kreativiti dan Inovasi dalam kehidupan.

Jejak Inovasi merupakan program utama YIM yang telah dijalankan semenjak tahun 2011 lagi dan Jejak Inovasi kali ini merupakan yang ke-31 dan pertama  kalinya bagi tahun 2015. Tujuan program Jejak Inovasi ialah mencari, mendokumen, mengikhtiraf dan membangunkan Inovasi-inovasi yang dihasilkan oleh masyarakat akar umbi di seluruh Malaysia.

Menerusi program tersebut, YIM akan membawa sekumpulan pakar untuk menilai inovasi akar umbi yang ditemui. Inovasi yang berpotensi akan dibangunkan dengan lebih lanjut ke arah pre-pengkomersilan.

Terdahulu YB Datuk Dr. Ewon Ebin telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Bestari IT Yayasan Orang Asli Perak di Kampung Kerawat, Simpang Pulai, Perak. Program Perayaan Fiesta ‘Jis Pai / ‘Genggulang’ diadakan setiap tahun di kalangan masyarakat orang asli di Bidor. Tahun ini perayaan tersebut disambut pada 13 – 14 Februari 2015. Antara aktiviti lain yang diadakan ialah pertandingan karaoke, pertandingan sukan dan sukan rakyat, pameran dan jualan kraftangan serta demonstrasi makanan tradisi Orang Asli.

Perayaan Fiesta ‘Jis Pai / ‘Genggulang’ lebih memberi gambaran terhadap hidup bermasyarakat suku kaum Orang Asli yang mengutamakan muafakat dan juga bercirikan hidup berkongsi satu budaya. Perayaan tersebut merupakan sambutan tahun baru yang diraikan oleh kaum Orang Asli di Negeri Perak di sekitar bulan Jan-Mac.  Matlamat utama adalah untuk melahirkan rasa kesyukuran atas kurniaan yang dianugerahkan oleh Tuhan

 

 

esciencse (1)

Pemakluman : Penutupan Sementara Sistem eScience (28 Januari 2015 – 16 Februari 2015)
Untuk makluman, Operasi Sistem eScience akan ditutup sementara pada masa dan tarikh seperti di bawah berikutan kerja-kerja migrasi data yang akan dilaksanakan pada tarikh berikut:
Tarikh : 28 Januari 2015 – 16 Februari 2015
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian telefon 03-8885 8852/ 8778/ 8842/ 8145 atau emel sciencefund@mosti.gov.my

Kuching, 27 January 2015 — Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI), YB Datuk Dr Ewon Ebin today, officiated the Smart Village Initiative and the workshop on energy for off-grid villages in South East Asia at Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Smart Village Initiative was initiated last year by the Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT) and the European Academies Science Advisory Council (EASAC). The initiative aims to look at technical, entrepreneurial and policy solutions to provide sustainable energy for development in off-grid rural communities. This endeavour was created for rural communities to enable them to effort technological developments. A series of workshop is being organised in six regions through-out the world to gather inputs from stakeholders who are involved in rural electrification projects.

The workshop is hosted by Malaysia for Southeast Asia countries and it is organised by the Academy of Sciences Malaysia (ASM), an agency under Ministry of Science, Technology and Innovation and Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The workshop which took place in UNIMAS, brings together leading scientists, thinkers and doers from across the region, providing new insights to policy makers and funding bodies at national, regional and global levels on rural energy access for development. The Smart Village Initiative intends to collaborate with other organisations that care about rural energy access and its related issues, including education, community health and SME enterprises.

Over the next two years the multidisciplinary Smart Villages team will work with key stakeholders in developing countries to ensure that the initiative is firmly rooted in addressing real-world issues, and achieve effective uptake and impact. International and local experts in natural and social science, engineering, including the humanities, will be brought together with local and regional stakeholders (entrepreneurs, villagers, NGO’s, financiers and policy makers) to develop insightful, bottom-up views, in addressing challenges of the village energy provision in becoming a smart village. The team will also meet the local villagers and taking into account their needs and aspirations.

“Sustainable development isn’t an indulgence, but can be a precursor for success. Smart cities and smart communities that link culture with sustainable development are not impossible,” said Datuk Dr Ewon Ebin during his speech. “I am therefore delighted to learn that the Academy of Science Malaysia has already taken an initiative to take a comprehensive look at the construction of smart communities beyond 2050. Indeed, we need to change our lifestyle if we are to develop towards a sustainable path”, he added.

The next Smart Village workshop will be held in India and Bolivia in late 2015 followed by West Africa and Central America in 2016