PUTRAJAYA, 21 JANUARY 2014 – Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) are in the final stages of drafting the revised Atomic Energy Bill which will be tabled in the Parliament in the near future.

“The revised Atomic Energy Bill will encompass the “3S” aspects, namely Safety, Security and Safeguards, will provide a holistic approach to nuclear power management and regulation” said Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, the Secretary General of MOSTI during the opening ceremony of “Atoms for Peace: Nuclear Technology in the 21st Century” Executive Talk.
“Under the Malaysian Economic Transformation Programme (ETP), deploying nuclear energy for power generation is one of the entry point projects under oil, gas and energy sector. The Government of Malaysia is studying the possibility of deploying nuclear energy to meet rising energy demands and to diversify the energy mix for Malaysia. To spearhead the initiative, Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC) has been formed to plan and coordinate the implementation of a nuclear energy development programme for Malaysia,” she added.

The Executive Talk today was presented by His Excellency Yukiya Amano, the Director General of the International Atomic Energy Agency (IAEA).  In his presentation, HE Amano mentioned about the significant improvement in the efficient and safe performance of the nuclear industry in the past two decades. This reflects factors including improved design, better operating procedures, a strengthened and more effective regulatory environment and the emergence of a strong safety culture in the nuclear industry. He also mentioned that the IAEA promotes an integrated approach to nuclear safety, focusing on management systems, effective leadership and safety culture. He stressed that it is important that countries’ safety and security infrastructures keep pace with the latest developments in all areas of nuclear science and technology.

The Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), in collaboration with Academy of Sciences Malaysia, organised an Executive Talk on “Atoms for Peace: Nuclear Technology in the 21st Century” today at the Putrajaya International Convention Centre (PICC) in conjunction with the arrival of H.E. Yukiya Amano, Director General of International Atomic Energy Agency to Malaysia from 19 to 21 January 2015. The visit by H.E. Yukiya Amano to Malaysia is among others aimed at promoting cooperation and collaboration between ASEAN members with IAEA, with Malaysia being the first point of this regional visit.

The IAEA is an intergovernmental organization based in Vienna, and acts as the global centre for cooperation in nuclear applications, energy, science and technology. Established in 1957, the Agency works with its Member States and partners to promote safe, secure and peaceful nuclear technologies and prevent the proliferation of nuclear weapons.

The talk was attended by participants from various Government bodies, Non-Governmental Organization (NGO), academia and other relevant organizations involved in nuclear technology field. It was aimed at providing information and understanding to the participants on the peaceful utilization of nuclear technology in the 21st century, apart from creating awareness on IAEA’s role in overseeing and ensuring the safety, security and safeguards aspects of nuclear related activities are transparent and adopted by IAEA member countries to protect the public and environment.

 

 

PEKAN, 15 JANUARI 2015 – Prihatin kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa banjir, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini meneruskan misi bantuan pasca banjit dengan menghantar 300 orang sukarelawan GenTech Ops Banjir MOSTI ke daerah Pekan, Pahang Darul Makmur.

YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengetuai misi bantuan ini. Bantuan dan sumbangan disampaikan kepada penduduk yang terjejas dan tinjauan pembersihan dilakukan di beberapa kawasan antaranya:-
-    Sekolah Kebangsaan Temai
-    Sekolah Kebangsaan Acheh
-    Masjid Acheh
-    Kampung Acheh

MOSTI telah menjalankan beberapa siri kunjungan ke Pahang meliputi beberapa daerah sejak awal tahun ini bagi membantu mangsa banjir. Misi Gentech Ops Banjir pada hari ini adalah yang teramai dihadiri oleh sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi di bawah MOSTI.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia akan turut bersama-sama dengan sukarelawan bergotong-royong membersihkan kawasan yang terjejas selepas banjir.

MOSTI mengambil inisiatif menubuhkan pasukan khas untuk misi bantuan mangsa banjir sejak awal tahun ini dan telah menghantar lebih 3 tan barang keperluan harian ke Pahang.

 

10423689_10152747957310326_6872010326310566252_n 10922499_10152747957275326_4310136660055206258_n

Masyarakat kini boleh mendapatkan maklumat dan amaran berkaitan cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca yang diperkenalkan oleh MetMalaysia, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Aplikasi ini adalah bagi menepati ekspektasi rakyat terhadap MetMalaysia untuk mengoptimumkan keupayaan teknologi baru dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti, cepat dan mudah. Aplikasi ini berupaya memberikan maklumat dan amaran cuaca, gempa bumi dan tsunami serta imej terkini bagi satelit dan radar”, kata YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play secara percuma. Selain itu, orang ramai juga boleh mengakses maklumat tersebut melalui talian hotline 1-300-22-1638, laman web jabatan www.met.gov.my dan laman sosial MetMalaysia di facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau twitter https://twitter.com/malaysianmet.

button-get-it-on-google-play

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
8 Januari 2015

Merujuk kepada artikel yang disiarkan di akhbar KOSMO pada 7 Januari 2015, MetMalaysia tidak menolak kemungkinan fenomena cuaca sejuk yang pernah berlaku pada tahun lepas boleh berulang tidak semesti pada tahun ini.

Udara sejuk dari pergunungan Himalaya dan Siberia ketika musim sejuk di Hemisfera Utara merupakan penyebab utama kejadian suhu sejuk ekstrem berlaku di utara dan pantai timur semenanjung pada Januari tahun lepas. Kehadiran udara sejuk yang mendap menyebabkan keadaan kurang pembentukan awan, berikutan ini suhu lebih sejuk pada waktu malam sehingga mencatatkan suhu serendah 17.20C seperti apa yang berlaku pada tahun lepas di Kuala Krai. Walau bagaimanapun, fenomena berskala global seperti ini sukar diramalkan memandangkan banyak faktor lain yang mempengaruhi fenomena suhu sejuk ekstrem ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui talian hotline 1-300-22-1638, laman web jabatan www.met.gov.my dan laman sosial MetMalaysia di facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau twitter https://twitter.com/malaysianmet.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
8 Januari 2015

PUTRAJAYA, 7 JANUARI 2015 – Prihatin kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa banjir, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengorak langkah dengan menghantar 300 orang sukarelawan GenTech Ops Banjir MOSTI ke negeri Pahang Darul Makmur. Sukarelawan ini dibahagi kepada tiga pasukan iaitu:-

1. Kumpulan 1 akan ke daerah Bera, Pahang.
2. Kumpulan 2 akan ke daerah Temerloh, Pahang.
3. Kumpulan 3 yang terdiri daripada sukarelawan Pusat Sains Negara, agensi di bawah MOSTI akan menjalankan aktiviti PSN Edutainment Aid khusus kepada kanak-kanak di pusat pemindahan yang masih beroperasi di sekitar negeri Pahang.

Pada hari ini juga, Ketua Setiausaha MOSTI, Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Pasca Banjir Peringkat Daerah Pekan yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Fadzli, Pegawai Daerah Pekan, Pahang. Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras misi bantuan GenTech Ops Banjir MOSTI Fasa 2 yang terdiri daripada 30 orang yang akan berkunjung ke Daerah Pekan pada esok hari – 8 Januari 2014.

MOSTI mengambil inisiatif menubuhkan pasukan khas untuk misi bantuan mangsa banjir yang dinamakan sebagai GenTech Ops Banjir. Pasukan ini telah memulakan misi bantuan pada 2 Januari yang lalu, dengan menghantar lebih 3 tan barang keperluan harian dan 30 sukarelawan ke Mentakab Pahang. Pasukan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

mosti_logo3.png met

Berdasarkan perkembangan terkini, MetMalaysia menjangkakan satu lagi episod hujan monsun di mana hujan beserta angin kencang dijangka berlaku pada Rabu, 7 Januari 2015 hingga Jumaat, 9 Januari 2015 di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dan Sabah: Bahagian Pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Sehubungan dengan itu penduduk yang terdedah kepada risiko banjir dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini.

Amaran angin kencang dan laut bergelora yang telah dikeluarkan pada 4 Januari 2015 akan berterusan sehingga 9 Januari 2015. Keadaan ini akan menyebabkan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui talian hotline 1-300-22-1638, laman web jabatan www.met.gov.my dan laman sosial MetMalaysia di facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau twitter https://twitter.com/malaysianmet.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
6 Januari 2015

SERI KEMBANGAN, 5 JANUARI 2015 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya, CyberSecurity Malaysia, pusat pakar keselamatan siber Negara, akan membantu jabatan-jabatan serta agensi kerajaan di negeri-negeri yang terlibat dengan banjir dengan menyediakan perkhidmatan Pemulihan Data (Data Recovery). Pemulihan data merupakan satu proses di mana data penting serta maklumat kritikal sesebuah jabatan serta agensi kerajaan yang telah musnah atau rosak akibat banjir dapat dibaikpulih semula.

“Perkhidmatan pemulihan data ini akan disediakan melalui kepakaran dan kerjasama strategik CyberSecurity Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri dalam bidang Forensik Digital, di mana ianya disediakan kepada semua jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini,” kata YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Perkhidmatan ini dapat membantu jabatan serta agensi kerajaan membaikpulih dan menyelamatkan data serta maklumat dan meneruskan operasi mereka dengan menawarkan perkhidmatan kepada rakyat.

“Dengan kepakaran dan kelengkapan prasarana yang sedia ada, sudah pasti perkhidmatan ini dapat membantu jabatan serta agensi kerajaan membaikpulih dan menyelamatkan data serta maklumat dan meneruskan operasi mereka dengan menawarkan perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat setelah keadaan banjir kembali pulih nanti,” tambah Datuk Dr. Ewon lagi.

CyberSecurity Malaysia telah memperkukuhkan kerjasama dengan MAMPU dalam bidang Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan Keselamatan Maklumat (Information Security Governance, Risk and Compliance (ISGRC) bagi membantu jabatan serta agensi kerajaan mengukur tahap ketersediaan dan inisiatif dalam keselamatan siber, pelaksanaan pensijilan Information Security Management System (ISMS), pelaksanaan dan latih amal pengurusan kesinambungan perkhidmatan (Business Continuity Management) dan pemulihan bencana (Disaster Recovery) di agensi sektor awam. Kerjasama ini telah dimeterai dalam majlis MoU yang diadakan pada 30 Disember 2014.
Bagi mendapatkan perkhidmatan pemulihan data ini, jabatan serta agensi kerajaan boleh menghubungi CyberSecurity Malaysia di talian 1-300-88-2999.

bantuan banjir

Sebagai inisiatif MOSTI dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara, satu pusat pengumpulan barang akan disediakan seperti berikut:

 

Tarikh : 30 – 31 Disember 2014

Masa : Selasa (10.00am – 5.00pm) & Rabu (10.00am – 2.30pm)

Tempat : Bilik Rekreasi, Aras 1, Blok C4

 

Barang-barang yang diperlukan:

  1. Air minuman(mineral)
  2. Makanan Segera dan Kering – (makanan yang tidak perlu dimasak, cth: biskut, minuman 3 in 1, sardin, lauk segera, maggi)
  3. Susu tepung bayi dan kanak-kanak
  4. Barang-barang keperluan peribadi (cth;berus gigi, ubat gigi dan tisu basah)
  5. Pampers bayi dan dewasa
  6. Tuala wanita
  7. Tuala kecil untuk membersihakan diri
  8. Tisu tandas (gulung) dan tisu dalam paket
  9. Keperluan solat (telekong,kain pelikat, sejadah, stokin–sebaik-baiknya yang baru atau dalam keadaan bersih dan elok)
  10. Selimut
  11. Tikar
  12. Selipar dewasa dan kanak
  13. Alat-alat membersihkan rumah (baldi, berus, sabun,mop)

*Dipohon jasa baik semua untuk membungkus dan melabel barang-barang yang hendak disumbangkan ini dalam kotak yang elok, kemas  dan kukuh bagi memudahkan urusan pengangkutan dan pengedaran barang-barang ini.

 

Untuk makluman semua, barang-barang ini akan disalurkan kepada pusat-pusat pemindahan yang dipilih. Sehubungan itu, warga MOSTI dialu-alukan untuk memberikan sumbangan  mengikut jadual di atas bagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dengan kadar segera.  Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pn. Alice Suriati binti Mazlan di talian 03-88858084 atau email: alice@mosti.gov.my.

Keprihatinan dan jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ YBrs./ Tuan/ Puan dalam menjayakan inisiatif ini amatlah dihargai dan diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan serba sedikit bebanan saudara-saudara kita yang sedang ditimpa musibah ini.