mcy4portal2

SINOPSIS PELANCARAN TAHUN PENGKOMERSILAN MOSTI 2014 (MCY2014)

Melalui pemupukan budaya inovasi dan kreativiti sejak Dekad Inovasi dilancarkan, banyak produk dan teknologi baru telah dicipta. Pasaran baru produk akan terus mengubah gaya hidup kita pada masa depan. Negara-negara jiran juga telah membuktikan inovasi dan kreativiti membantu melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sehingga mencapai 40 peratus.

Komitmen kerajaan Malaysia dalam inovasi dibuktikan melalui pemberian dana untuk Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (R,D&C). Sebanyak RM3.87B telah dibelanjakan dalam RMK9 dan bagi RMK10 pula, setakat ini adalah RM831.4 juta. MOSTI bertekad untuk memaksimumkan pulangan pelaburan kerajaan dalam R,D&C.

Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCY2014) dengan tema STI for Wealth Creation adalah inisiatif bagi menyediakan peluang seluasnya kepada usahawan mengkomersilkan hasil R&D mereka. Isu-isu utama serta pain-points dan valley of death dalam pengkomersilan akan ditangani. Inisiatif dalam MCY2014 perlu diteruskan agar pengkomersilan teknologi merupakan sebahagian daripada budaya rakyat  Malaysia.

Jawatankuasa Pengkomersilan MOSTI yang akan dipengerusikan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan ditubuhkan. Adalah diharapkan melalui inisiatif ini, teknologi anak watan akan diperkasakan ke persada dunia.

Antara objektif MCY2014 adalah :

  1. Mensasarkan sekurang-kurangnya 60 produk R&D untuk dikomersilkan.
  2. Menyediakan satu platform pengkomersilan komprehensif meliputi aktiviti-aktiviti seperti penambahbaikan dan pembangunan produk yang mematuhi piawaian dan ujian klinikal dengan kebolehpasaran yang tinggi; dan
  3. Meningkatkan kemampuan dan keupayaan usahawan tekno melalui akademik, teknologi, teknikal, generik dan keusahawanan

INTERPRETASI LOGO

  1. Bentuk ‘bullet’ yang menggunakan skim warna MOSTI melambangkan arah pergerakan yang pantas; fokus kepada pengkomersilan produk-produk MOSTI.
  2. Glob bumi yang diterjemahkan dengan bendera Malaysia melambangkan kemampuan teknologi tempatan bertaraf global.

TEMA

STI for Wealth Creation membawa maksud produk R&D memberikan impak kepada pendapatan negara.

9inisiatif

kejayaan_mcy_2014
Keratan Akhbar

 

Video

Audio

20141211_105249

GEORGETOWN, 11 Disember – SIRIM Berhad, sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang mempunyai pengalaman 40 tahun dalam penyelidikan perindustrian dan inovasi teknologi telah membangunkan anak syarikatnya yang kelima, SIRIM Measurements Technology (SMT) Sdn. Bhd.

SMT akan menawarkan sokongan kepada industri teknologi di Malaysia dalam bidang teknologi pengujian dan pengukuran serta perkhidmatan kalibrasi dan pengujian, sejajar dengan kemajuan teknologi pengukuran di peringkat antarabangsa pada masa ini.

Sebuah syarikat usahasama antara SIRIM Berhad dan DreamCatcher Consulting Sdn. Bhd, SMT adalah rakan eko-sistem baru dan Rakan Teknologi Sah bagi Keysight Technologies di Malaysia. Ia juga adalah rakan usahasama bagi Agilent Technologies dan akan menyokong SIRIM dalam meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkan di samping menyediakan penyelesaian bagi bidang elektronik, sains hayat, diagnostik dan pasaran gunaan.

Syarikat ini beribupejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur serta mempunyai pejabat di Permatang Pauh, Pulau Pinang dan di Senai, Johor, selain turut menjalankan sebuah pusat kalibrasi dan perkhidmatan pembaikan di Batu Maung, Pulau Pinang. Dengan kemudahan yang ada di SMT, Malaysia kini mempunyai keupayaan untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan pengujian dan pengukuran terkini dengan sokongan Keysight Technologies, sebuah peneraju dalam teknologi pengukuran.

Dengan penubuhan SIRIM Measurements Technology, Kumpulan SIRIM kini mempunyai lima buah anak syarikat termasuk SIRIM QAS International yang memberikan perkhidmatan penentusahan, pengujian dan pemeriksaan, SIRIM Training Services (latihan dan perundingan), SIRIM Standards Technology (kalibrasi) dan National Precision Tooling (syarikat khas [special purpose vehicle] untuk pembangunan industri tul, dai dan acuan automotif.)

Majlis meraikan Kerjasama Awam-Swasta sempena penubuhan SIRIM Measurements Technology berkenaan telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang mewakili menteri berkenaan. Majlis itu turut dihadiri Pengerusi SIRIM Berhad Datuk Jamaliah Kamis dan Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

Sempena dengan majlis itu juga, pertukaran Nota Persefahaman (NoU) dan Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung antara SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd yang diwakili Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof yang juga Pengerusinya; Jabatan Pengajian Politeknik yang diwakili Timbalan Ketua Pengarah Shabudin Man; UniKL diwakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud dan Keysight Technologies (M) Sdn Bhd yang diwakili Naib Presidennya, Mohamad Anwar Au.

NoU antara SMT, Keysight dan Jabatan Pengajian Politeknik antaranya bertujuan:

  • Merancang, membangun dan melaksanakan program pendidikan dan latihan dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik bagi Pengukuran Termaju, Pengujian dan Pengesahan (Program eETD-AMTV)
  • Merancang dan melaksanakan program bersama dalam pengajaran, penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta pengajian perundingan; dan
  • Melaksanakan apa-apa bentuk kerjasama lain yang dipersetujui pihak berkenaan.

Sementara itu, MoU antara SMT, Keysight dan UniKL bertujuan:

  • Menghasiklan graduan kejuruteraan yang kompeten dan boleh diambil bekerja serta kumpulan bakat untuk mengekalkan pertumbuhan industri melalui program kejuruteraan yang berdaya saing
  • Meningkatkan kerjasama universiti-industri bagi memacu penyelidikan terkini bagi memenuhi permintaan pasaran
  • Menyokong industri dan komuniti tempatan melalui perkhidmatan teknikal dan pembangunan bakat berterusan; dan
  • Membangunkan secara bersama Makmal Mikroelektronik RF Keysight Technologies-UniKL, yang akan digunakan sebagai makmal pengajaran bagi reka bentuk, pengujian, pengukuran dan pengesahan RF/Mikrogelombang dan Mikroelektronik.

 

Mengenai SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd

SIRIM Measurements Technology Sdn. Bhd. (SMT) adalah syarikat usaha sama antara SIRIM Berhad dan DreamCatcher Consulting Sdn. Bhd. Beribupejabat di Kuala Lumpur, syarikat ini mempunyai pejabat di Pulau Pinang dan Johor serta pusat kalibrasi dan perkhidmatan juga di Pulau Pinang. Syarikat ini memasarkan dan menjual penyelesaian teknologi pengukuran menyeluruh ke pasaran Malaysia – ia juga adalah rakan eko baru dan Rakan Teknologi Sah bagi Keysight Technologies di Malaysia, yang memberi tumpuan kepada segmen Pendidikan dan Kerajaan. Ia juga adalah rakan bagi Agilent Technologies yang menyediakan penyelesaian bagi elektronik, sains hayat, diagnostik dan pasaran gunaan. www.sirim-measurements.com

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk “menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.” www.sirim.my

SAMSUNG CSC

SEOUL (10 Disember 2014) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya, Cybersecurity Malaysia  dan National Forensic Service (NFS), Korea hari ini telah bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mewujudkan hubungan kerja, disaksikan oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersempena dengan lawatan kerja YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Republik Korea (ROK) 9-11 Disember 2014.

MOSTI diwakili oleh Dr Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cybersecurity Malaysia  , manakala National Forensic Service (NFS), Korea  pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Joong Seok Seo.

“Dijangkakan kerjasama ini menghasilkan kepakaran yang lebih tinggi serta kualiti kakitangan Cybersecurity Malaysia, aktiviti pemindahan teknologi dalam jangka masa pendek dan panjang, meningkatkan daya tahan keselamatan siber Malaysia melalui pendekatan dan kaedah baru dan pembangunan sistem juga mengukuhkan rangkaian industri di antara syarikat-syarikat Korea dan Malaysia dalam bidang keselamatan siber ” kata YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.