KUALA LUMPUR (KLCC), 21 Mei 2015 – MOSTI bakal menerajui   pelaksanaan Pelan Hala Tuju Strategik Internet of Things (IoT) Kebangsaan yang bakal dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dalam tempoh terdekat. Teknologi ini dilihat mampu menjana peluang ekonomi di peringkat global bernilai RM890 bilion di samping nilai tambah RM6,100 bilion menjelang tahun 2020. Menjelang 2020, IoT dianggarkan berkembang pada kadar 34.1 peratus setahun di rantau Asia Pasifik.

Perkara ini diumumkan oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE 2015) bermula pada 21 hingga 23 Mei 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PICC) dengan temanya Melewati Inovasi (Beyond Innovation).

Persidangan meliputi setiap aspek inovasi dan impaknya kepada manusia sejagat. Program tahunan ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha-usaha inovasi dan kreativiti rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Hasil penyelidikan, kreativiti dan inovasi yang dijana diharap dapat terus dibangunkan supaya berpotensi menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) yang akan dibentangkan dapat menjadi panduan dan hala tuju agenda pembangunan negara dalam tempoh lima tahun akan datang selaras dengan tema NICE2015 iaitu Beyond Innovation.  Sehubungan  itu,  ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara akan terus diperkukuhkan dan STI will have a special role in this final lap to achieve a developed nation status”, kata YB Datuk Dr. Ewon Ebin.

MOSTI turut berkeyakinan Kerajaan akan terus komited memperkasa agenda STI negara melalui peruntukan di bawah RMKe-11 bagi membiayai projek-projek R,D&C yang bersifat game changer, meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan STI negara dan membudayakan STI di seluruh kalangan masyarakat. 

MOSTI juga yakin akan mencapai sasarannya pengkomersilan 360 produk R&D yang berimpak tinggi menjelang 2020.   Bagi membolehkan  lebih banyak produk R&D membuat anjakan ke pasaran (move to market) Kerajaan juga telah bersetuju memperluas skop dana R,D&C yang diurus oleh MOSTI bagi turut membiayai aktiviti facilitation seperti rekabentuk, pembungkusan, akreditasi, kajian pasaran, dan up-scaling.

Tambah YB Menteri lagi, skop dana pre-pengkomersilan MOSTI kini turut diperluaskan bagi meliputi inovasi sosial di bawah program MOSTI Social Innovation atau MSI yang telah dilancarkan pada 16 April 2015 lalu. Inisiatif ini meliputi pembangunan atau pelaksanaan idea samada yang berbentuk produk, perkhidmatan atau model bagi memenuhi keperluan sosial (meeting unmet social needs) dan juga meningkatkan keupayaaan individu untuk bertindak melalui jaringan kerjasama pelbagai pihak.

Laporan Global Innovation Index 2014 menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-33 terbaik daripada 144 negara. Laporan-laporan ini menunjukkan prestasi negara yang amat membanggakan dan seharusnya menguatkan lagi tekad dan semangat kita semua untuk lebih berusaha dan lebih berinovasi dalam mempertingkatkan imej dan daya saing negara”

NICE 2015 yang menampilkan penceramah dalam dan luar negara telah berjaya menarik penyertaan 1000 peserta persidangan dan mempamerkan 81 pempamer, mengandungi empat (4) komponen utama iaitu:

  1. Persidangan Inovasi dan Pengkomersilan serta Breakout Session;
  2. Pameran Produk Finalis Anugerah Inovasi Negara;
  3. Pameran dan Penjualan Produk R&D yang dikomersilkan; dan
  4. Pengiktirafan kepada perekacipta inovasi melalui Malam Anugerah Inovasi Negara.

Malam Anugerah Inovasi Negara (AIN2015) pula  akan berlangsung pada 23 Mei 2015 (Sabtu) yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Pada malam tersebut, empat anugerah akan diberi kepada mereka yang layak mengikut kategori berikut :

  1. Anugerah Inovasi (4 kategori)
    • Produk
    • Perkhidmatan
    • Akar umbi
    • Sekolah
  1. Anugerah Saintis Muda
  2. Anugerah Juruteknologi

PELAN HALA TUJU STRATEGIK INTERNET OF THINGS (IOT) KEBANGSAAN : MAMPU MENJANA PELUANG EKONOMI BERNILAI RM890 BILION

« Kembali ke galeri: PELAN HALA TUJU STRATEGIK INTERNET OF THINGS (IOT) KEBANGSAAN : MAMPU MENJANA PELUANG EKONOMI BERNILAI RM890 BILION

KUALA LUMPUR (KLCC), 23 Mei 2015 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)  mengiktiraf minda-minda cemerlang dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R,D&C) dalam majlis khas iaitu Malam Anugerah Inovasi Negara 2015 (AIN 2015). YAB Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Hj Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia telah berbesar hati menyampaikan AIN 2015 yang menyenaraikan empat (4) kategori utama, iaitu: 

Bil Jenis Kategori Hadiah (RM)
1 Anugerah Inovasi Produk 50,000
Perkhidmatan 50,000
Akar umbi 20,000
Sekolah 10,000

 

“Tahun 2015 merupakan tahun ke-9 AIN dianjurkan dan telah menerima penyertaan yang menggalakkan daripada pereka cipta di pelbagai peringkat. Ini terbukti dengan penerimaan sebanyak 709 penyertaan (secara keseluruhan) berbanding  hanya 430 penyertaan pada tahun 2014, peningkatan sebanyak 64.9%. Peningkatan ini menunjukkan keupayaan rakyat Malaysia dalam membudayakan inovasi kian menggalakkan”, demikian menurut YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan alu-aluannya.

Selain daripada AIN 2015, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Saintis Muda Negara (hadiah bernilai RM20,000.00) dan Anugerah Juruteknologi Negara (hadiah bernilai RM10,000.00) sebagai mengiktiraf sumbangan dan pencapaian mereka dalam memajukan penyelidikan sains, teknologi dan inovasi  (STI) Malaysia.

AIN 2015 yang merupakan acara kemuncak Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan 2015 (NICE 2015), bertemakan Melewati Inovasi (Beyond Innovation), 21-23 Mei 2015 turut memperlihatkan kesudian YAB Timbalan Perdana Menteri menyerahkan Baju Panas Student on Ice : Arctic Expedition 2015 kepada dua pelajar dan seorang guru dari negeri Terengganu dan Maktab Rendah Sains Mara yang akan menyertai ekpedisi pendidikan ke benua Artik melalui program Students on Ice bermula daripada 27 Julai sehingga 10 Ogos 2015. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan MOSTI dengan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu juga Majlis Amanah Rakyat (MARA).

 

PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH INOVASI NEGARA

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARAENCIK ADZ JAMROS BIN RAZALIDARIUNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARAPROF. MADYA IR. DR. SHARIFAH RAFIDAH BINTI WAN ALWIDARIUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
ANUGERAH INOVASI NEGARA
KATEGORI SEKOLAH KOLEJ TUNKU KURSHIAHDengan Tajuk Projek, SPIXHAUST
KATEGORI AKAR UMBI ENCIK MOHD ASRI BIN DOLAHDengan Projek, AUTO EZ TREX
KATEGORI PERKHIDMATAN HOSPITAL PASIR MAS, KELANTANDengan Projek, PENAMBAHBAIKAN TEKNIK PEMERIKSAAN X-RAY VETEBRA LUMBAR DI ATAS TROLI
KATEGORI PRODUK ECLIMO SDN. BHD.  Dengan Projek, ELECTRIC SCOOTER ES11 POWERED BY LITHIUM BATTERY PACK WITH IN WHEEL MOTOR

 

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2015 (AIN 2015) : PENGIKTIRAFAN MINDA-MINDA CEMERLANG DALAM BIDANG PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN (R,D&C)

« Kembali ke galeri: ANUGERAH INOVASI NEGARA 2015 (AIN 2015) : PENGIKTIRAFAN MINDA-MINDA CEMERLANG DALAM BIDANG PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN (R,D&C)

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2015 – Buat julung kalinya, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan masing-masing menghantar dua pelajar dan seorang guru dari negeri Terengganu dan Maktab Rendah Sains Mara untuk menyertai ekpedisi pendidikan ke benua Artik melalui program Students On Ice yang akan bermula dari 27 Julai sehingga 10 Ogos 2015. Program ini juga telah mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seramai lebih 100 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dari seluruh dunia dan staf sokongan yang terdiri daripada saintis, guru dan krew akan mengambil bahagian dalam ekspedisi ini. Ini ialah satu usaha berterusan pihak-pihak terlibat dalam membuka ruang integrasi antarabangsa melalui program pendidikan sains polar yang sememangnya bersifat global untuk pelajar-pelajar dan guru-guru Malaysia. Peserta-peserta ekspedidi akan didedahkan tentang isu-isu semasa berkaitan benua Artik terutamanya isu perubahan iklim melalui sesi penerangan, eksperimen, lawatan ke komuniti penduduk Artik, sesi perbincangan berkumpulan dan bengkel-bengkel yang akan diadakan oleh saintis sepanjang ekspedisi ini nanti.

Peserta yang terpilih telah disaring melalui beberapa peringkat, termasuklah melalui Kem Sains Polar. Yang telah diadakan pada 15 hingga 16 Mac 2015 di , Kuala Terengganu. Melalui Kem Sains Polar ini, peserta telah melalui beberapa ujian termasuk kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (secara lisan dan bertulis), pengetahuan tentang isu-isu polar, tahap kreativiti dan juga keupayaan fizikal. Guru-guru pula diminta menyampaikan pembentangan tentang rancangan mereka untuk menyemarakkan program-program kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan Benua Polar.

Senarai pelajar dan guru yang terpilih telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia,Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada Malam Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2015 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr Ewon Ebin,
Pelajar-pelajar dan guru-guru yang terpilih adalah seperti berikut :

i. Ahmad Amirul Farhan bin Zulkifli, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek , Kuala Terengganu,16 tahun, Pelajar
ii. Nurul Izzaidah binti Zulkifli, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan,Besut, 16 tahun, Pelajar.
iii. Roszita binti Mat Zin ,Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Besut, 37 tahun, Guru.
iv. Ashraf Hakimi bin Nurulfaizin, Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu Bharu, 16 tahun, Pelajar.
v. Raslan Bin Abdul Rahman, Maktab Rendah Sains Mara, Alor Gajah, 16 tahun, Pelajar
vi. Rakesh bin Sala, Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, 38 tahun, Guru

 

4 PELAJAR DAN 2 GURU MALAYSIA TERPILIH KE EKSPEDISI PENDIDIKAN ARTIK 2015

« Kembali ke galeri: 4 PELAJAR DAN 2 GURU MALAYSIA TERPILIH KE EKSPEDISI PENDIDIKAN ARTIK 2015

SEPANG, 20 Mei – Makmal Metrologi Kebangsaan, SIRIM (NML-SIRIM) bersedia membantu petani mengurangkan kerugian semasa proses penetapan kadar potongan harga berikutan hasil padi dan beras yang lembap melalui kemudahan bahan rujukan Pengukuran Kelembapan Padi dan Beras.

Bahan rujukan kelembapan padi dan beras yang dibangunkan oleh NML-SIRIM ini boleh ditawarkan bagi kerja-kerja menentukur (calibration) dan menentusahkan (verification) meter alat pengukur kelembapan padi dan beras oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Kooperasi.

Perkhidmatan tentukuran kelembapan beras oleh NML-SIRIM juga diperluaskan kepada agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kualiti padi dan beras negara seperti Beras Nasional (BERNAS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), pengilang-pengilang beras, pemborong-pemborong beras dan persatuan-persatuan petani.
Pengukuran kelembapan bagi padi dan beras adalah sangat kritikal kerana kandungan kelembapan akan memberi kesan kepada hasil penuaian, simpanan, hasil pengilangan, dan kualiti beras yang dipasarkan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, melalui bahan rujukan Pengukuran Kelembapan Padi dan Beras, urus niaga akan menjadi lebih adil dan menjamin kualiti beras yang diterima oleh pengguna, serta dapat menangani pertikaian harga antara petani dan pemborong.

“Penggunaan meter dan alat timbang kelembapan beras yang telah dilulus, ditentusah dan dimeterai boleh mengembalikan keyakinan dan mengurangkan konflik,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah sempena sambutan Hari Metrologi Sedunia di Makmal Metrologi Kebangsaan SIRIM di sini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha MOSTI Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof serta Pengarah International Bureau of Weight and Measure (BIPM) Dr. Martin Milton.

Satu lagi perkhidmatan tentukuran terbaru NML-SIRIM adalah tentukuran bagi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang telah dibangunkan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sistem perkhidmatan tentukuran yang dibangunkan oleh NML-SIRIM adalah setanding dengan negara-negara maju bagi menjamin ketelusan dan mematuhi keperluan kebolehkesanan pengukuran kepada unit SI seperti yang ditetapkan oleh Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007. Sistem ini dapat membantu kerja-kerja tentukuran dan verifikasi terhadap semua sistem AES untuk penguatkuasaan undang-undang oleh JPJ dengan lebih berkesan. Semua kerja-kerja penguatkuasaan oleh JPJ adalah berlandaskan Warta Kerajaan Persekutuan bagi Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Kesalahan Yang Dirakamkan Melalui Kamera) 2012.

Perkhidmatan yang sama juga boleh digunakan untuk kerja-kerja kalibrasi sistem rakaman kesalahan memandu melalui kamera yang mungkin digunakan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan yang memerlukan kebolehkesanan kepada NML-SIRIM. Di antaranya termasuklah semua majlis perbandaran yang terlibat dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang kepada kenderaan awam.

Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof dalam ucapannya berkata NML-SIRIM akan terus menyebarkan dan menggalakkan parameter pengukuran dan teknologi di negara ini termasuk menyediakan perkhidmatan penentukuran bagi standard pengukuran, dan perkhidmatan perundingan bagi projek pengukuran khusus selain menyediakan latihan mengenai teknik pengukuran.

“Di bawah perancangan baru, NML-SIRIM telah ditugaskan dengan pelbagai projek di bawah pembiayaan penyelidikan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama bagi teknik dan standard pengukuran kepersisan tinggi,” katanya.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah kelulusan rekabentuk/jenis kelulusan bagi peralatan mengukur barangan perdagangan, menyediakan perkhidmatan pengesahan tentukuran metrologi perundangan, serta penentusahan peralatan perdagangan dan pemindahan pemilikan.

Bertemakan “Measurements and Light” (Pengukuran dan Cahaya), Hari Metrologi Sedunia disambut secara serentak dengan 17 negara lain untuk memperingati Konvensyen Meter pada 20 Mei 1875. Menyasarkan kepada keseragaman pengukuran sedunia, Konvensyen Meter juga membentuk satu rangka kerjasama antarabangsa dalam bidang sains pengukuran kepada industri yang berkaitan.

Pada hari terbuka NML-SIRIM sempena sambutan Hari Metrologi Sedunia, pengunjung berpeluang menyaksikan aktiviti metrologi antaranya mengukur ketumpatan emas sebenar dengan menggunakan bahan rujukan sah bagi emas yang dibangunkan oleh NML-SIRIM, serta mendapat ukuran berat badan sebenar dengan menggunakan mesin penimbang paling tepat yang dikendalikan oleh ahli metrologi.

UKUR KELEMBAPAN PADI, BERAS DI MAKMAL METROLOGI KEBANGSAAN SIRIM, DAPAT KURANGKAN KERUGIAN PETANI

« Kembali ke galeri: UKUR KELEMBAPAN PADI, BERAS DI MAKMAL METROLOGI KEBANGSAAN SIRIM, DAPAT KURANGKAN KERUGIAN PETANI


07 Mei 2015 : MELAKA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Pusat Sains Negara (PSN) telah menerapkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM) menerusi program jangkau luar mereka. Penerapan elemen STEAM merupakan lanjutan daripada elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matemetik (STEM) dengan penambahan elemen Kesenian. Inisiatif ini sejajar dengan hasrat negara yang telah mengariskan matlamat meningkatkan nisbah pengajian Sains:Sastera daripada 42:48 kepada nisbah 60:40 menjelang 2020.

PSN telah menerapkan elemen STEAM dalam setiap modul pendidikan sains tidak formal yang dibangunkan khusus untuk tiga generasi berbeza iaitu pelajar pra sekolah; pelajar sekolah rendah dan menengah; dan guru-guru. Modul-modul ini dibentuk dengan cara yang santai dan menarik bagi melengkapi pengajaran sains formal yang sedia ada di sekolah dalam usaha menarik minat lebih ramai pelajar mendalami ilmu yang berkaitan dengan STEAM.

Menurut YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), PSN yang merupakan sebuah institusi pendidikan tidak formal yang berperanan mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains dan teknologi akan mengambil tanggungjawab menarik minat pelajar terhadap STEAM.

“Program yang menekankan konsep pembelajaran melalui pendekatan pelbagai aktiviti sains hand’s on dan mind’s on ini memberikan pengalaman yang unik kepada para peserta untuk mendekati sains, seterusnya memberikan persepsi positif mengenai sains. Diharapkan usaha ini akan menarik minat mereka untuk menyertai STEAM sebagai pilihan masa depan sama ada dalam memilih bidang pengajian tinggi ataupun bidang pekerjaan”, katanya semasa merasmikan perasmian penutupan program tersebut.

Program Perkampungan Sains merupakan aktiviti tahunan bermula dari tahun 2009 dan telah dirangka di bawah program pembudayaan sains kementerian ini. Program yang bermula pada 5 – 7 Mei di Planetarium Melaka ini telah mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Planetarium Melaka. Seramai 200 peserta yang terdiri daripada pelajar pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah serta para guru turut serta menjayakan program ini.

PSN TERAP ELEMEN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, KESENIAN DAN MATEMATIK (STEAM) DALAM PROGRAM JANGKAU LUAR

« Kembali ke galeri: PSN TERAP ELEMEN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, KESENIAN DAN MATEMATIK (STEAM) DALAM PROGRAM JANGKAU LUAR


Kuching, 5th May, 2015 : The Department of Standards Malaysia (Standards Malaysia) today organised meeting on information technology security techniques which was held at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) in mobilising local and global action to meet Malaysia’s cyber security agenda. The meeting was officiated by YB. Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Minister of Housing and Minister of Tourism, Sarawak on behalf of the Chief Minister of Sarawak followed by welcoming remarks by YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Minister of Science, Technology & Innovation (MOSTI) in the presence of YBhg. Datuk Fadilah Baharin, Director General of Standards Malaysia and Dr. Solahuddin Shamsuddin, Chief Technology Officer, CyberSecurity Malaysia.

More than 200 members from 30 countries participated in this meeting, which was held in Sarawak for the first time. Local, regional and international experts to include technocrats, government officials, and policy makers have deliberated on development of global standards for protection of information and ICT.

”Globally, the increasing trend of cyber threats and vulnerabilities are alarming. Cyber attacks to individuals, organisations and nations are damaging and very costly. As a result, the standard development works of information security need to catch up with the rapid growth of cyber threats and new emerging technologies to protect both nations and organisations with effective security measures. Therefore, it is vital that every National Standards Body in SC 27 actively participate in this meeting to continue to develop international standards and guidelines that are relevant to your respective countries and critical industries. ”, said YB. Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari.

Cybersecurity is one of the most critical concerns of the information age which forms the cornerstone of a healthy, connected world. Worldwide, increasing numbers of people are using ICTs and the services they enable. Therefore it is desirable and necessary to provide them with a safe and secure cyber environment. Moreover, vulnerabilities of ICTs are a lure to cyber warfare and espionage.

”We are in the process of translating the latest version of ISO IEC 27001 Information Security Management Systems – Requirements, as well as ISO IEC 27002 Code of practice for information security controls, to the national language or Bahasa Malaysia version. We strongly believe that it will accelerate the adoption of ISMS into the Malaysian industry especially in Critical Network Information Infrastructure or CNII sectors,” said YB Datuk Dr. Ewon Ebin at the opening ceremony.

“As the National Standards and Accreditation Body of Malaysia, we will always continue to identify relevant industry bodies like CyberSecurity Malaysia. We need to ensure that we raise the level for quality and delivery in all aspects of business through internationally aligned standards and accreditation where foreign companies and potential trading partners will have more trust in the capabiliy of their Malaysian counterparts to safeguard their data,” added YBhg. Datuk Fadilah Baharin.

Standards are significant for cybersecurity as it can assist in businesses, administrations and individuals in improving the quality of processes and also solutions. Data security has always been an issue for governments, the military and financial sector, thus information security standard could give greater protection of information process and delivers assurance and confidence to consumers as well as acting as a common language to facilitate better business relationships and others.

Serious measures must be taken to address cyber threats which still remain an international problem. With the phenomenal growth in mobile ICTs and new trends such as cloud computing, Malaysia must spare no effort on developing mechanisms to stem cybercrime in making our country a safer place by implementing Information Security as the standard of practice.

MOBILISING LOCAL AND GLOBAL ACTION TO MEET MALAYSIA’S CYBER SECURITY AGENDA

« Kembali ke galeri: MOBILISING LOCAL AND GLOBAL ACTION TO MEET MALAYSIA’S CYBER SECURITY AGENDA