mcy4portal2

SINOPSIS PELANCARAN TAHUN PENGKOMERSILAN MOSTI 2014 (MCY2014)

Melalui pemupukan budaya inovasi dan kreativiti sejak Dekad Inovasi dilancarkan, banyak produk dan teknologi baru telah dicipta. Pasaran baru produk akan terus mengubah gaya hidup kita pada masa depan. Negara-negara jiran juga telah membuktikan inovasi dan kreativiti membantu melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sehingga mencapai 40 peratus.

Komitmen kerajaan Malaysia dalam inovasi dibuktikan melalui pemberian dana untuk Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (R,D&C). Sebanyak RM3.87B telah dibelanjakan dalam RMK9 dan bagi RMK10 pula, setakat ini adalah RM831.4 juta. MOSTI bertekad untuk memaksimumkan pulangan pelaburan kerajaan dalam R,D&C.

Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCY2014) dengan tema STI for Wealth Creation adalah inisiatif bagi menyediakan peluang seluasnya kepada usahawan mengkomersilkan hasil R&D mereka. Isu-isu utama serta pain-points dan valley of death dalam pengkomersilan akan ditangani. Inisiatif dalam MCY2014 perlu diteruskan agar pengkomersilan teknologi merupakan sebahagian daripada budaya rakyat  Malaysia.

Jawatankuasa Pengkomersilan MOSTI yang akan dipengerusikan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan ditubuhkan. Adalah diharapkan melalui inisiatif ini, teknologi anak watan akan diperkasakan ke persada dunia.

Antara objektif MCY2014 adalah :

  1. Mensasarkan sekurang-kurangnya 60 produk R&D untuk dikomersilkan.
  2. Menyediakan satu platform pengkomersilan komprehensif meliputi aktiviti-aktiviti seperti penambahbaikan dan pembangunan produk yang mematuhi piawaian dan ujian klinikal dengan kebolehpasaran yang tinggi; dan
  3. Meningkatkan kemampuan dan keupayaan usahawan tekno melalui akademik, teknologi, teknikal, generik dan keusahawanan

INTERPRETASI LOGO

  1. Bentuk ‘bullet’ yang menggunakan skim warna MOSTI melambangkan arah pergerakan yang pantas; fokus kepada pengkomersilan produk-produk MOSTI.
  2. Glob bumi yang diterjemahkan dengan bendera Malaysia melambangkan kemampuan teknologi tempatan bertaraf global.

TEMA

STI for Wealth Creation membawa maksud produk R&D memberikan impak kepada pendapatan negara.

9inisiatif

kejayaan_mcy_2014
Keratan Akhbar

 

Video

Audio

20141211_105249

GEORGETOWN, 11 Disember – SIRIM Berhad, sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang mempunyai pengalaman 40 tahun dalam penyelidikan perindustrian dan inovasi teknologi telah membangunkan anak syarikatnya yang kelima, SIRIM Measurements Technology (SMT) Sdn. Bhd.

SMT akan menawarkan sokongan kepada industri teknologi di Malaysia dalam bidang teknologi pengujian dan pengukuran serta perkhidmatan kalibrasi dan pengujian, sejajar dengan kemajuan teknologi pengukuran di peringkat antarabangsa pada masa ini.

Sebuah syarikat usahasama antara SIRIM Berhad dan DreamCatcher Consulting Sdn. Bhd, SMT adalah rakan eko-sistem baru dan Rakan Teknologi Sah bagi Keysight Technologies di Malaysia. Ia juga adalah rakan usahasama bagi Agilent Technologies dan akan menyokong SIRIM dalam meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkan di samping menyediakan penyelesaian bagi bidang elektronik, sains hayat, diagnostik dan pasaran gunaan.

Syarikat ini beribupejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur serta mempunyai pejabat di Permatang Pauh, Pulau Pinang dan di Senai, Johor, selain turut menjalankan sebuah pusat kalibrasi dan perkhidmatan pembaikan di Batu Maung, Pulau Pinang. Dengan kemudahan yang ada di SMT, Malaysia kini mempunyai keupayaan untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan pengujian dan pengukuran terkini dengan sokongan Keysight Technologies, sebuah peneraju dalam teknologi pengukuran.

Dengan penubuhan SIRIM Measurements Technology, Kumpulan SIRIM kini mempunyai lima buah anak syarikat termasuk SIRIM QAS International yang memberikan perkhidmatan penentusahan, pengujian dan pemeriksaan, SIRIM Training Services (latihan dan perundingan), SIRIM Standards Technology (kalibrasi) dan National Precision Tooling (syarikat khas [special purpose vehicle] untuk pembangunan industri tul, dai dan acuan automotif.)

Majlis meraikan Kerjasama Awam-Swasta sempena penubuhan SIRIM Measurements Technology berkenaan telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang mewakili menteri berkenaan. Majlis itu turut dihadiri Pengerusi SIRIM Berhad Datuk Jamaliah Kamis dan Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

Sempena dengan majlis itu juga, pertukaran Nota Persefahaman (NoU) dan Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung antara SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd yang diwakili Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof yang juga Pengerusinya; Jabatan Pengajian Politeknik yang diwakili Timbalan Ketua Pengarah Shabudin Man; UniKL diwakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud dan Keysight Technologies (M) Sdn Bhd yang diwakili Naib Presidennya, Mohamad Anwar Au.

NoU antara SMT, Keysight dan Jabatan Pengajian Politeknik antaranya bertujuan:

  • Merancang, membangun dan melaksanakan program pendidikan dan latihan dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik bagi Pengukuran Termaju, Pengujian dan Pengesahan (Program eETD-AMTV)
  • Merancang dan melaksanakan program bersama dalam pengajaran, penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta pengajian perundingan; dan
  • Melaksanakan apa-apa bentuk kerjasama lain yang dipersetujui pihak berkenaan.

Sementara itu, MoU antara SMT, Keysight dan UniKL bertujuan:

  • Menghasiklan graduan kejuruteraan yang kompeten dan boleh diambil bekerja serta kumpulan bakat untuk mengekalkan pertumbuhan industri melalui program kejuruteraan yang berdaya saing
  • Meningkatkan kerjasama universiti-industri bagi memacu penyelidikan terkini bagi memenuhi permintaan pasaran
  • Menyokong industri dan komuniti tempatan melalui perkhidmatan teknikal dan pembangunan bakat berterusan; dan
  • Membangunkan secara bersama Makmal Mikroelektronik RF Keysight Technologies-UniKL, yang akan digunakan sebagai makmal pengajaran bagi reka bentuk, pengujian, pengukuran dan pengesahan RF/Mikrogelombang dan Mikroelektronik.

 

Mengenai SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd

SIRIM Measurements Technology Sdn. Bhd. (SMT) adalah syarikat usaha sama antara SIRIM Berhad dan DreamCatcher Consulting Sdn. Bhd. Beribupejabat di Kuala Lumpur, syarikat ini mempunyai pejabat di Pulau Pinang dan Johor serta pusat kalibrasi dan perkhidmatan juga di Pulau Pinang. Syarikat ini memasarkan dan menjual penyelesaian teknologi pengukuran menyeluruh ke pasaran Malaysia – ia juga adalah rakan eko baru dan Rakan Teknologi Sah bagi Keysight Technologies di Malaysia, yang memberi tumpuan kepada segmen Pendidikan dan Kerajaan. Ia juga adalah rakan bagi Agilent Technologies yang menyediakan penyelesaian bagi elektronik, sains hayat, diagnostik dan pasaran gunaan. www.sirim-measurements.com

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk “menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.” www.sirim.my

SAMSUNG CSC

SEOUL (10 Disember 2014) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya, Cybersecurity Malaysia  dan National Forensic Service (NFS), Korea hari ini telah bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mewujudkan hubungan kerja, disaksikan oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersempena dengan lawatan kerja YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Republik Korea (ROK) 9-11 Disember 2014.

MOSTI diwakili oleh Dr Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cybersecurity Malaysia  , manakala National Forensic Service (NFS), Korea  pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Joong Seok Seo.

“Dijangkakan kerjasama ini menghasilkan kepakaran yang lebih tinggi serta kualiti kakitangan Cybersecurity Malaysia, aktiviti pemindahan teknologi dalam jangka masa pendek dan panjang, meningkatkan daya tahan keselamatan siber Malaysia melalui pendekatan dan kaedah baru dan pembangunan sistem juga mengukuhkan rangkaian industri di antara syarikat-syarikat Korea dan Malaysia dalam bidang keselamatan siber ” kata YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

UKK0295

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2014 – Akademi Sains Malaysia (ASM) telah mengadakan Penganugerahan Fellowship serta pengumuman ‘2014 Top Research Scientists of Malaysia’ hari ini. YAB Dato ‘Sri Mohd Najib telah dianugerahkan Felo Kehormat ASM bagi tahun 2014, bagi mengiktiraf sokongan padu beliau sejak memegang jawatan Perdana Menteri, dalam bidang sains dan teknologi sebagai nadi kepada program transformasi ekonomi. YAB Dato’ Sri Najib juga telah menunjukkan tahap kelayakan yang memerlukan pengiktirafan tertinggi oleh golongan saintifik di negara ini.

Di bawah Penganugerahan Fellowship, Fellow Kanan yang dilantik adalah berhak dipanggil sebagai ‘ahli akademik’ manakala Felo berhak untuk menggunakan gelaran Fellow Akademi Sains Malaysia (FASc) itu. Individu-individu cemerlang dipilih melalui proses pemilihan yang ketat berdasarkan kerja yang luar biasa, komitmen, kesungguhan dan kreativiti mereka dalam salah satu daripada enam bidang, iaitu: Perubatan dan Sains Kesihatan; Kejuruteraan dan Sains Komputer; Biologi, Pertanian dan Sains Alam Sekitar; Matematik, Fizik dan Sains Bumi; Sains Kimia; Sains dan Teknologi Pembangunan dan Industri.

Dua Felo Kanan cemerlang dan 21 Felo diiktiraf tahun ini untuk memberi penghormatan ke atas sumbangan dan kepimpinan mereka dalam bidang masing-masing yang telah berjaya meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam kelompok masyarakat saintifik antarabangsa.

Pengumuman dan penyampaian sijil ‘2014 Top Research Scientists of Malaysia’ telah dilaksanakan oleh YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Fadilah Baharin, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia bersama dengan Puan Roziah Hanim, Senior Manager of Quality Assurance, Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) akan bersiaran langsung di IKIM.fm pada ketetapan seperti berikut:-

 

Tarikh : 10 Disember 2014 (Rabu)

Masa: 3.15 – 3.45 petang

Frekuensi : IKIM.fm 91.5/ radio dalam talian http://ikimfm.my/

Program : Kompas Kesihatan

Topik : Bagaimana membuat pilihan yang arif – Peranan standard dalam proses pengeluaran farmaseutikal halal.

 

Dijemput untuk bersama-sama meluangkan masa mengikuti temubual ini.

Sekian, terima kasih.

UKK0004

Kuala Lumpur, 8 Disember 2014 – Akademi Sains Malaysia (ASM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan penerbitan terbarunya, ‘Blueprint for the Establishment of Rare-Earth Based Industries in Malaysia’. Buku ini telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur.

Sedang dunia bergelut untuk menerima teknologi hijau, peranan nadir bumi telah menjadi semakin penting dalam ekonomi global. Unsur-unsur nadir bumi banyak kegunaannya terutama dalam pelbagai produk dan gajet yang menunjukkan kecekapan penggunaan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui.

“Inisiatif pengkomersialan tertentu boleh dipertingkatkan melalui pembangunan rangka tindakan yang memberi gambaran lebih jelas mengenai perancangan dan strategi yang perlu dicapai dalam sektor-sektor yang berpotensi. Oleh itu, pelancaran ‘Blueprint for the Establishment of Rare-Earth Based Industries in Malaysia’, yang dilengkapi dengan ‘Summary for Policy Makers’, adalah pada masa yang tepat. Kerajaan percaya bahawa ‘nadir bumi’ akan memainkan peranan penting dalam industri hijau yang telah dikenal pasti sebagai salah satu pemacu utama yang berpotensi dalam ekonomi kita” kata Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur dalam ucapannya.

 

APS_3008

Putrajaya, 8 Disember 2014 –Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) hari ini, menganjurkan  majlis Standards and Accreditation Awards 2014 (StAr Awards 2014)  di Hotel Bangi-Putrajaya. Acara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Fadilah Baharin, Ketua Pengarah Standard Malaysia, YBhg. Dr. Zulkifli bin Mohamed Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) MOSTI; dan YBhg. Tan Sri Mustafa Mansur, Pengerusi Majlis Pentauliahan, Standard Malaysia.

StAr Awards 2014, sejak penganjurannya, menyokong peranan dan relevan standard dan akreditasi di kalangan pelbagai kumpulan pihak berkepentingan seperti industri, kerajaan, pengawal selia dan juga rakyat. Majlis anugerah ini juga bertujuan untuk mempamerkan syarikat-syarikat dan individu, yang telah mencapai kecemerlangan (kedua-duanya daripada sudut kualiti dan perniagaan) melalui penggunaan Standard Malaysia (MS) dan Akreditasi atau menyumbang secara aktif dalam aktiviti standardisasi dan akreditasi.

Walau bagaimanapun, tahun ini, dimulakan satu pengiktirafan khas kepada anak-anak muda Malaysia, bagi mempromosikan kualiti kehidupan dan masa depan yang lebih baik. Empat kategori (4) yang telah disampaikan adalah  Prestige Award, Standards Award, MS Users Award tanda penghargaan kepada pemenang ‘The 9th Annual Standards Olympiad’.