UKK_8500

Serdang, December 6, 2016 –Department of Standards Malaysia (Standards Malaysia) has revised a standard –  MS 1784 – GAP on Crop Commodities; which will be referred by the Ministry of Agriculture and Agro-based Industry (MoA) for implementation and issuance of Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP) certification.

 

Deputy Minister Science, Technology and Innovation (MOSTI), YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah launched the standard in conjunction with the Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) in the presence of Secretary General of  MoA, YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakarand and Director General of Standards Malaysia, YBhg. Datuk Fadilah Baharin, today.

 

This revised standard is one of our initiatives to support to the National Key Economic Area – Agriculture (NKEA – Agriculture).  MOSTI, through Standards Malaysia, has spearheaded the Standards Component of the Strategic Reform Initiatives-Competition Standards & Liberalisation (SRI-CSL) under the Economic Transformation Programme (ETP).  This standard will benefit farmers, growers, exporters, importers, industries, associations as well as  regulators and agencies under the MoA.  Ultimately, it also ensures the consumers get a wider choice of safe and quality agricultural products,” said YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar.

 

To date, there are more than 6,000 Malaysian Standards across 25 sectors of the economy; and four standards for agricultural sector, aquaculture sector, seaweed cultivation and animal husbandry have being used by MoA for their MyGAP certification scheme.  As of 2015, there are 4,024 farms certified under MyGAP; and the utilisation of standards in MyGAP has accelerated the products in gaining better recognition and acceptance in the local and international market.

This standard prescribes a generic code of practice that defines essential elements for agricultural producers to adopt Good Agricultural Practice (GAP) for sustainable crop production that is legally compliant, environmentally sound, socially acceptable and economically viable to ensure quality produce that is safe and suitable for consumption and/or utilisation.  This new version has combined a few parts from the previous version and include certain new terms and definitions, requirements, recommendations, and references,”  Datuk Fadilah said.

The first publication of this standard, MS 1784 was in 2005 and the first revision in 2015.  The technical committee for developing this standard includes Department of Agriculture Malaysia, Federal Agricultural Marketing Authority, Ministry of Health, Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia etc.

Complying with a standard can offer a set of powerful business and marketing tools for organisations of all sizes.  An example, there is a seaweed industry in Kampong Look Buton, Semporna, Sabah. This industry has been successfully developed under the MyGAP programme whereby the seaweed farmers comply with Malaysian Standards MS 2467- Code of Practice for Seaweed Cultivation; and can you imagine that just within two years, the monthly income of each participant of the programme has increased from RM 350 to RM 2,500.   In a nutshell, I would like to say that #adastandarduntung,” Datuk Fadilah concluded.

 

 

 

INNOVATION NETWORK (50)
SHAH ALAM, 15 DISEMBER 2016 – SIRIM memperkenalkan dua lagi inisiatif strategik iaitu Jaringan Inovasi Food 4 Future dan Standard Pengurusan Inovasi SIRIM dalam usaha berterusan bagi meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan mampan dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan melalui teknologi dan inovasi.

Kedua-dua inisiatif ini dilancarkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah di sini, hari ini. Turut hadir adalah Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

Jaringan Inovasi Food 4 Future ini merupakan sebuah rangkaian fungsi dan operasi saling berkait dan bersepadu oleh PKS yang terlibat dalam sektor pemprosesan makanan. Rangkaian tersebut dikendalikan rakan kongsi saintifik, SIRIM dan Fraunhofer IAO dari Jerman yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan inovasi untuk merealisasikan pertumbuhan PKS dan kelebihan daya saing.

Jaringan inovasi ini juga bertujuan mewujudkan satu jaringan yang berlandaskan kepercayaan, untuk menjalin kerjasama jangka panjang serta memulakan perkongsian pengalaman antara PKS, dan juga sebagai platform faedah dan sokongan yang boleh diperolehi daripada kerjasama penyelidikan-industri.

Sementara itu, Standard Pengurusan Inovasi SIRIM, juga dikenali sebagai SIRIM 8: 2016 – Guidance Towards Becoming an Innovative Organisation merupakan standard yang memberi panduan kepada industri pembuatan dan perkhidmatan Malaysia dalam membina sebuah organisasi yang inovatif serta mempunyai pelbagai aktiviti dan budaya inovasi hasil dari proses inovasi yang berstruktur.

Standard ini bertujuan memberi panduan umum kepada organisasi yang ingin melaksanakan inovasi tanpa mengira sektor, saiz dan jenis. Standard ini juga menerangkan tentang aktiviti inovasi dan teknik dari segi penerokaan idea bagi pemeriksaan, pembangunan dan pengujian produk, serta pelancaran pasaran. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau menerusi teks ucapannya yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah pada majlis pelancaran tersebut berkata Kementerian memuji peranan yang dimainkan oleh SIRIM apabila ia melancarkan Model Inovasi Perindustrian SIRIM menerusi jalinan strategik SIRIM-Fraunhofer yang menerima pakai dan mengadaptasikan prinsip model Fraunhofer Jerman dalam penyelidikan gunaan bagi pembangunan PKS.  “Dalam model ini, SIRIM dengan kerjasama rakan strategik dan industri akan menyediakan perkhidmatan inovasi dalam bidang yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan serta penembusan pasaran bagi memupuk pertumbuhan PKS,” katanya.

Berkenaan standard SIRIM yang baru dilancarkan, beliau juga berkata bahawa organisasi perlu mewujudkan satu ekosistem inovasi yang terdiri daripada infrastruktur yang sesuai, akses kepada pengetahuan, teknologi, kewangan dan rakan usaha sama.
Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali berkata SIRIM telah membentuk perikatan strategik dengan Fraunhofer bagi membantu PKS tempatan dengan mewujudkan satu ekosistem yang memfokuskan kepada inovasi. Berdasarkan model Fraunhofer ini, SIRIM telah membangunkan sebuah model untuk PKS tempatan yang dikenali sebagai Model Inovasi Perindustrian SIRIM.
“Beberapa inisiatif telah dirangka di bawah Model Inovasi Perindustrian SIRIM, salah satunya adalah Rangkaian Inovasi yang merupakan platform bagi menjalin kerjasama dengan organisasi penyelidikan seperti SIRIM,” katanya.

Tan Sri Ahmad Tajuddin berkata SIRIM juga telah membangunkan satu program baru bagi menangani kelemahan yang dikenal pasti dalam PKS, khususnya dalam industri makanan dan minuman.

 Beliau juga berkata pelancaran Standard Pengurusan Inovasi SIRIM merupakan satu inisiatif yang dipacu pasaran bagi menangani hal ehwal inovasi dalam industri.

 “SIRIM, dalam tempoh tiga tahun ini, telah menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi membangunkan standard Syarikat dan Organisasi. Dalam bidang di mana kata sepakat melampaui organisasi dan syarikat, kami membangunkan Standard Industri SIRIM,” katanya.

 

UKK_1730

Melaka, 19 Disember 2016 – Rekabentuk seringkali dilihat dari sudut kecantikan luaran semata-mata. Namun hakikatnya, rekabentuk merupakan penyelesaian strategik yang memacu aktiviti inovasi, penjanaan kekayaan dan pencorak kepada kualiti kehidupan yang lebih sempurna melalui penghasilan produk, sistem, perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

 

Bermula dengan hasrat untuk menjadikan rekabentuk sebagai agen transformasi di dalam meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat setempat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah memulakan projek Pusat Informasi dan Terminal Pengangkutan Pelancongan atau juga dikenali sebagai TRANSPOD di Bandar Hilir, Melaka.

 

TRANSPOD merupakan pusat khidmat setempat atau one stop center para pelancong yang sangat unik dari segi rekaannya, kerana menggabungkan elemen kebudayaan setempat dengan pemodenan bagi menyesuaikannya dengan suasana di persekitaran.

 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, “sebuah rekaan yang baik dan berkualiti harus mempunyai konsep asas yang kukuh dan saya difahamkan konsep asas bagi rekaan Transpod adalah berbentuk huruf M yang bermaksud Negeri Melaka, malahan rekaan bumbung serta corak dindingnya diinspirasikan dari rumah tradisional negeri Melaka.  Gabungan elemen tradisi dan moden bukan sahaja menampakkan hasil yang mengagumkan, malah kelihatan sangat unik kerana walaupun berbeza tetapi rekaannya turut memberi perhatian kepada persekitaran sedia ada bagi mewujudkan keharmonian”.

 

“Rekaan Transpod juga mengaplikasikan konsep Universal Design untuk kemudahan semua pengunjung termasuklah Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung” Katanya lagi semasa Majlis Penyerahan TRANSPOD kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang diwakili oleh YBhg Datuk Zainal Hussin, Datuk Bandar Melaka pada hari ini.

 

Pemilihan Taman Bunga Merdeka di Bandar Hilir, Melaka sebagai lokasi bangunan TRANSPOD amat bertepatan kerana ia menjadi tumpuan pelancong. Berdasarkan kepada statistik dari Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri, seramai 15 juta pelancong telah berkunjung ke Melaka pada tahun 2015 dan jumlah ini diharap akan terus bertambah dengan adanya Transpod.

 

Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg Datuk AR. Haji Ismail Haji Othman, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka dan YBrs En Kua Abun, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pengkomersialan, MOSTI.

 

UKK_6883

 

KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER – 5 produk dilancarkan secara rasminya bersempena dengan Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2016.

Produk-produk dilancarkan adalah C-Cube Burj daripada Asia Corp (M) Sdn. Bhd), Pen Dua dan Kloner daripada Cybersecurity Malaysia, Deep Wound Management daripada SIRIM (M) Berhad dan Big Data Solution daripada Speedminer Sdn. Bhd.

Turut disampaikan pada majlis pelancaran adalah penganugerahan tiga sijil NANOVerified dan pelancaran “20th Anniversary Commemorative Book Of Standards Malaysia”. Buku yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia(Standards Malaysia) ini memaparkan rangkuman pencapaian utama Standards Malaysia dalam tempoh 20 tahun penubuhannya. Termasuk maklumat membangunkan lebih daripada 6,000 Malaysian Standards (MS) merangkumi 25 sektor yang berbeza seperti bidang Halal, pertanian, pengangkutan, bangunan, getah dan lain-lain

Pelancaran dilaksanakan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Hadir sama, YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohd Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Bhg. Dato’ Dr. Mohd Azhar bin Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBrs. Encik Kua Abun, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pengkomersialan).

Sempena MCY Summit 2016 yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 8 hingga 9 Disember 2016 juga, pelbagai aktiviti dilaksanakan yang merangkumi Pameran 150 Produk KPI Khas MCY 2016, Persidangan dengan menampilkan sembilan (9) panel terkemuka, “Young Innovators Corner”, Klinik Padanan & Pemindahan Teknologi dan Makmal Inovator serta Terowong Mega Science 3.0 sebagai salah satu tarikan utama yang memaparkan perlambangan “Science in the Future”.

Pada Majlis Perasmian semalam, YAB Perdana Menteri telah berbesar hati menyampaikan enam anugerah utama bagi “Anugerah MCY 2016” dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM1 juta. Peserta-peserta bertanding terdiri daripada jabatan/agensi yang produk-produknya tersenarai dalam 150 Produk KPI Khas MCY 2016. Pemenang Terbaik Keseluruhan dengan hadiah berjumlah RM250 ribu dimenangi oleh Technology Park Malaysia dengan produknya iCWD.

UKK_6883

 

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER – Sehingga 30 November 2016, sebanyak 123 produk  telah berjaya dikomersialkan dengan anggaran nilai hasil pengkomersialan sebanyak RM155 juta bersempena dengan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2016.

Pencapaian ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada Majlis Kemuncak MCY (MCY Summit 2016) 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Hadir sama di MCY Summit 2016 adalah YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azhar bin Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)  dan YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Dalam ucapan alu-aluannya, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata, “The success of the Malaysia Commercialisation Year is hinged upon the close partnerships within the Triple Helix of Government, Academia and Industry. This is a practical translation of Science for Policy, which is embedded in the National Policy on Science, Technology and Innovation or NPSTI. Through NPSTI, MOSTI aims to promote and inculcate science, creativity and innovation among Malaysian citizens and by doing so, Malaysia can become a scientifically advanced nation”.

Tambah beliau lagi, “In the coming years, MCY will embark on a stronger collaboration programme that focuses on solving the problems and meeting the needs of the government, industry and consumers. In doing so, we shall enhance the link between all players within the eco-system of STI in the country. With the implementation and coordination within the MCY programme, innovation and commercialisation will be a culture in R&D activities and stimulate the growth and successful development of Malaysian entrepreneurs.”

Pada majlis yang sama, YAB Perdana Menteri telah berbesar hati menyampaikan enam anugerah utama bagi “Anugerah MCY 2016” dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM1 juta. (Rujuk Lampiran) Peserta-peserta bertanding terdiri daripada jabatan/agensi yang produk-produknya  tersenarai dalam 150 Produk KPI Khas MCY 2016. Anugerah-anugerah tersebut adalah sepertimana berikut:

a)    Pemenang Terbaik Keseluruhan
Hadiah RM250 ribu tunai

b)    Anugerah Usahasama Penyelidikan & Perniagaan
Hadiah RM100 ribu tunai

c)    Anugerah Pencapaian Pengkomersialan
Hadiah RM100 ribu tunai

d)    Anugerah Usahawan Inovator Baharu
Hadiah RM100 ribu tunai

e)    Anugerah Usahawan Penyelidik
Hadiah RM100 ribu tunai

f)    Anugerah Usahawan Sosial
Hadiah RM100 ribu tunai

g)    5 Pemenang Saguhati
Hadiah RM50 ribu tunai/pemenang

Sempena MCY Summit 2016 yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 8 hingga 9 Disember 2016 juga, pelbagai aktiviti dilaksanakan yang merangkumi Pameran 150 Produk KPI Khas MCY 2016, Persidangan dengan menampilkan sembilan (9) panel terkemuka, “Young Innovators Corner”, Klinik Padanan & Pemindahan Teknologi dan Makmal Inovator serta Terowong Mega Science 3.0 sebagai salah satu tarikan utama yang memaparkan perlambangan “Science in the Future”.

UKK_7480

 

KOTA KINABALU, NOVEMBER 28 – Hasil kajian oleh National Study Group mengenai nilai Peak Ground Acceleration (PGA) dan Seismic Zoning Map secara dasarnya dipersetujui oleh Mesyuarat Meja Bulat  Pembangunan Malaysian Standard (MS) Berkenaan Gempa Bumi Sabah untuk bincangkan di peringkat jawatankuasa teknikal yang dianggotai para pakar pelbagai bidang.

Kajian dibentangkan oleh Prof. Dr. Azlan Adnan, Universiti Teknologi Malaysia dan Prof. Dr. Felix Tongkul, Universiti Malaysia Sabah sebagai input bagi memuktamadkan draf National Annex to Malaysian Standard (MS) EN 1998-1 Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance – Part 1: General Rules, Seismic Actions and Rules for Building. Sesi ulasan awam bagi kali kedua akan dibuka setelah draf standard tersebut dipersetujui secara kolektif oleh kumpulan pakar tersebut.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan mesyuarat meja bulat ini bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu dengan tujuan utama untuk memberi penerangan berkenaan status terkini pembangunan MS berkenaan gempa bumi. Selain daripada  itu, ianya adalah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, industri, badan profesional dan ahli akademik terutamanya mengenai nilai PGA yang akan digunakan di Sabah.

Mesyuarat meja bulat ini telah dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau bersama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah I, YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Ini juga merupakan salah satu langkah penambahbaikan draf standard gempa bumi iaitu draf National Annex to Malaysian Standard (MS) EN 1998-1 Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance – Part 1: General Rules, Seismic Actions and Rules for Building yang sebelum ini telahpun melalui proses ulasan umum bermula dari 1 Februari sehingga 14 April 2016.

Standard ini adalah berdasarkan Standard Eurocode yang merupakan antara rujukan utama industri pembinaan. Pembangunan MS ini adalah susulan daripada hasil kajian oleh Jabatan Metrologi Malaysia (MetMalaysia) berkenaan bahaya dan risiko gempa bumi dan tsunami di Malaysia  yang diselaraskan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM), agensi MOSTI.

Kajian ini telah mengenalpasti keperluan MOSTI melalui Jabatan Standard Malaysia untuk mewujudkan standard bagi ciri-ciri reka bentuk struktur untuk rintangan gempa bumi termasuk di kawasan berisiko gempa bumi di negeri Sabah. Standard tersebut juga turut mengambilkira kejadian tsunami pada tahun 2004 dan gempa bumi yang berlaku di daerah Ranau pada bulan Jun 2015.

 

UKK_6883

 

PETALING JAYA, 29 Nov 2016 – Makmal Pengujian Modul Fotovoltan SIRIM yang dilancarkan baru-baru ini akan membolehkan kualiti Modul Fotovoltan yang dikeluarkan oleh pengilang tempatan diuji mengikut standard Malaysia, MS IEC 61215 dan MS IEC 61646, serta edisi terkini standard antarabangsa, IEC 61215.

Makmal berkenaan yang dikendalikan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad, juga akan dapat menyokong perkembangan industri Fotovoltan di Malaysia. Ia akan beroperasi pada tahun hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata pembangunan makmal pengujian berkenaan adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan teknologi tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

“Pendekatan seperti penukaran tenaga solar kepada tenaga elektrik menerusi Modul Fotovoltan solar telah mula diaplikasi di Malaysia. Kini, Malaysia merupakan pengeluar sel Fotovoltan dan Modul yang ketiga terbesar di dunia,” katanya ketika melancarkan Makmal Pengujian Modul Fotovoltan bersempena dengan Majlis SIRIM Industri 2016 yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Katanya, makmal pengujian itu juga akan membolehkan kemasukan Modul Fotovoltan yang tidak berkualiti dari negara luar, disekat.

SIRIM QAS International telah dilantik oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) untuk membangunkan Makmal Pengujian Modul Fotovoltan di bawah program ‘Hab Serantau bagi Pengujian Solar, Pensijilan dan Pengujian’ (Regional Hub for Solar Testing, Certification and Testing) dengan dana permulaan sebanyak RM8 juta.

Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali di dalam ucapannya berkata, SIRIM sebagai sebuah kumpulan yang kukuh dengan enam buah anak syarikat, menggabungkan pelbagai jenis perkhidmatan di bawah satu bumbung dengan menggembeleng kepakaran dalam inovasi teknologi serta mengamalkan pendekatan berteraskan bisnes untuk meningkatkan kecekapan perniagaan.

Menurutnya, di bawah Rancangan Malaysia ke-11, SIRIM turut diberi kepercayaan untuk menubuhkan sebuah lagi makmal pengujian iaitu Makmal Pengujian Sistem Brek dan Komponennya bagi kenderaan bermotor di bawah lima tan.

“SIRIM QAS International sebagai badan pensijilan dan pengujian akan memastikan sistem brek ini mematuhi standard MS 1164. Fasiliti pengujian sistem brek yang ditubuhkan pada awal tahun hadapan ini juga akan dapat menyokong aktiviti pensijilan di Malaysia,” katanya.

Majlis SIRIM Industri 2016 yang berlangsung Jumaat lalu meraikan pelbagai industri dan agensi kerajaan yang telah menerima pensijilan dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad bagi tempoh 1 Oktober 2015 hingga 31 Oktober 2016.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 1109 pensijilan yang terdiri daripada 451 pensijilan sistem pengurusan dan 658 pensijilan produk telah dikeluarkan oleh SIRIM QAS International. Sehingga kini, lebih daripada 9,000 organisasi di bawah Skim Pensijilan Barangan dan lebih daripada 6,000 organisasi dalam Skim Sistem Pengurusan telah mendapat pengiktirafan.

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi Perindustrian yang utama di negara ini. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk “menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

Mengenai SIRIM QAS International Sdn Bhd

SIRIM QAS International adalah anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad yang merupakan badan peneraju utama di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang setanding dengan amalan antarabangsa.  Kami membantu pihak industri dalam menyediakan perkhidmatan dan barangan berkualiti melalui perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian kami di samping menjaga kepentingan pengguna serta alam sekitar.  Pengiktirafan dan akreditasi yang diperolehi oleh kami daripada badan seperti Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan United Kingdom Accreditation Service (UKAS) membuktikan kredibiliti perkhidmatan kami.www.sirim-qas.com.my

 

 

 

UKK_4749

 

Kuala Lumpur, 14 November – Pasukan Malaysia yang diwakili oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba, Langkawi, Kedah telah menjuarai Kejohanan Roket Air Peringkat Asia Pasifik (APRSAF -23 WATER ROCKET EVENT) yang dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dengan kerjasama Department of Science and Technology of the Philippines (DOST) dan Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology of Japan (MEXT) bertempat di University of the Philippines, Los Banos, Laguna, Filipina. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Persidangan Asia Pasific Regional Space Agency Forum kali ke 23.

 

Pasukan Malaysia telah berjaya menewaskan 12 pasukan dari rantau Asia Pasifik yang terdiri daripada Bangladesh, Kemboja, Nepal, India, Indonesia, Singapura, Thailand, China, Jepun, Sri Lanka, Vietnam dan Filipina. Dengan kejuaraan ini, mereka membawa pulang hadiah  berupa model/replica roket H-IIB Launch Vehicle & HTV dari JAXA, HD Wireless Speaker, Power Bank, Sijil Kecemerlangan dan hadiah iringan.

 

Pertandingan yang dijalankan pada 13 November 2016 ini memerlukan setiap peserta melancarkan roket setepat yang mungkin ke sasaran yang terletak sejauh 80 meter dan peserta dinilai secara individu bagi jarak yang terdekat dengan sasaran. Khairul Ikmal Hakim bin Nurisyam dari SMK Langkawi telah muncul sebagai wira Malaysia melalui cubaan keduanya yang mencatat jarak hanya sejauh 1.5 m daripada sasaran. Ini merupakan kali kedua Malaysia menjuarai pertandingan ini setelah menjuarainya kali pertama pada tahun 2014 di Tokyo, Jepun.

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba, Langkawi telah terpilih mewakili Malaysia setelah menjuarai Kejohanan Roket Kebangsaan 2016 (KRK 2016) anjuran Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Malaya dan Kolej SPACE UTM yang telah diadakan di Universiti Malaya pada 27 – 30 Ogos 2016.

 

Aktiviti pembudayaan sains angkasa oleh Planetarium Negara ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada pelajar berkecimpung dengan aktiviti bertemakan angkasa di peringkat antarabangsa yang mana akhirnya akan menyokong inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) Kebangsaan dalam meningkatkan peratusan murid di Malaysia yang mengambil jurusan dalam bidang Sains & Teknologi.

 

 

Maklumat Tambahan:

Pasukan Malaysia yang diwakili oleh dua buah sekolah iaitu;

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba Langkawi yang terdiri daripada dua (2) orang pelajar iaitu Rohizad B. Zarain dan Khairul Ikmal Hakim B. Nurisyam serta guru pembimbing En. Mohd Jazrinizad B. Jamaludin
  2. Sekolah Menengah Tinggi Kajang, Selangor yang diwakili oleh dua (2) orang pelajar iaitu Hariharan a/l Pubalan dan Amir Haziq B. Noor Alif Wira dan diiringi guru pembimbing iaitu Puan Noralina Bt. Ishak.

 

UKK_4825

 

SEPANG, 14 November  –  Pengujung-pengunjung sekitara Lapangan Terbang Antarabangsan Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berpeluang melihat sendiri fenomena Supermoon apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Planetarium Negara mengadakan aktiviti cerapan di Anjung Tinjau, KLIA2 bermula jam 7.30 malam sehingga fenomenan itu berakhir sekitar jam 10.30 malam.

 

Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan  seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam. Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan  seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. Bagaimanapun saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali. Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun.

 

YBhg. Dato’ Dr Mohd Azhar bin Hj Yahaya, Ketua Setiausaha, MOSTI turut meluangkan masa bersama kira-kira 200 orang pengunjung yang mahu melihat sendiri fenomena tersebut yang dijangka hanya akan berlaku 18 tahun lagi. Walaupun cuaca agak mendung dan langit diliputi awan, supermonn dapat dilihat dengan jelas sekitar jam 10.00 malam.

 

UKK_5457

 

KUALA LUMPUR, 17 November 2016 – Penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) mengiktiraf Teknologis dan Juruteknik sebagai profesion Iktisas yang sekali gus menjulang martabat bidang teknologi serta pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET).

MBOT yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini, ditubuhkan sebagai sebuah badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf Teknologis Profesional (Professional Technologist) serta Juruteknik Bertauliah (Certified Technician) sebagai profesion iktisas selaras dengan saranan Kerajaan yang telah mengenal pasti keperluan penubuhan satu badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf lulusan berkaitan kemahiran dan teknologi.

Dalam ucapannya, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau menyatakan, “Inisiatif di bawah RMKe-11 mengunjurkan pewujudan sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu menjelang tahun 2020. Sebanyak 60% daripadanya memerlukan kemahiran berkaitan pendidikan serta latihan teknik dan vokasional (TVET) bagi menggerakkan sektor perindustrian”.

Bagi mencapai sasaran tersebut, minat pelajar-pelajar terhadap bidang TVET perlu dipertingkat sebagai satu platform penting bagi meningkatkan tenaga kerja mahir di Malaysia. Bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia perlu meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang TVET setiap tahun secara berperingkat dari 164,000 pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020.

Bagi mengekalkan bilangan tenaga kerja TVET semakin bertambah di dalam industri, MBOT juga berperanan memastikan kualiti profesion ini adalah selari dengan perkembangan dinamik industri semasa. Trend semasa teknologi pembuatan kini antara lain melibatkan automation, Internet-of-things dan cyber-physical systems.

Selaras dengan teras strategik ke-2 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), iaitu Membangun, Memupuk dan Menggilap Bakat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), MOSTI telah melaksanakan pelbagai program bagi membangunkan kapasiti sumber manusia berkaitan STI. Malaysia berhasrat untuk menjadi negara maju dan inklusif menjelang tahun 2020. Malaysia memerlukan modal insan yang berpengetahuan, berilmu, beretika dan berakhlak untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif.

Dalam menyokong aspirasi negara untuk menempuh Industri 4.0 ini, MBOT dilihat sebagai berada di platform yang paling sesuai untuk leverage pelbagai bidang teknologi yang berada di bawah pengawalseliaan MBOT bagi memberi nilai tambah kepada pelbagai industri negara.

MBOT telah membuka pendaftaran kepada empat kategori, iaitu Teknologis Berijazah, Teknologis Profesional, Juruteknik Berkelayakan dan Juruteknik Bertauliah. Pemegang-pemegang ijazah sarjana muda, diploma dan sijil dalam bidang teknologi dan teknikal layak memohon. Pendaftaran keahlian teknologis dan juruteknik yang layak boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang www.mbot.org.my.