Print Friendly

KELAB KEMSAINS

Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau Kelab KEMSAINS telah ditubuhkan pada tahun 1981 dengan tujuan untuk merapatkan hubungan mesra dan semangat setiakawan di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian melalui aktiviti-aktiviti sukan dan kebajikan.

Objektif

  • Mengalakkan dan memajukan aktiviti-aktiviti sukan, sosial dan kebajikan di antara ahli-ahlinya
  • Menjalin perhubungan mesra dan persefahaman melalui kegiatan-kegiatan sukan, sosial dan kebajikan di antara pegawai/kakitangan Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya
  • Menubuh dan mengendalikan satu tabung sukan dan kebajikan bagi maksud membiayai aktiviti-aktiviti tersebut
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi untuk pegawai/kakitangan Kementerian

 

kemsains