Portal MOSTI menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

Pengguna Rabun Silau

Bagi pengguna rabun silau, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di  setiap halaman Portal MOSTI. Pengguna boleh memilih kontra daripada seleksi warna yang diberikan iaitu Gelap (dark),Sederhana (medium) dan Terang (light).

Warna templet halaman Portal MOSTI akan berubah serta merta setelah pilihan dibuat.

Pengguna Warga Tua

Bagi pengguna warga tua, Portal MOSTI ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza w3c.

Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di setiap halaman Portal MOSTI. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

Penggunaan Enjin Carian MOSTI merupakan langkah mudah untuk mencari maklumat yang anda inginkan.Enjin Carian MOSTI menyokong penggunaan Wildcards dan Boolean Operators ketika melakukan carian.

Wildcards

Anda boleh menggunakan contoh format seperti ini ketika melakukan carian:

Teknologi*

Carian akan menyenaraikan sebarang maklumat yang mengandungi kata kunci “teknologi”

Boolean Operators

Anda boleh menggunakan perkataan “AND”, “OR”, parenthesis, =, >, <, <=, >=

Berikut adalah contoh format yang boleh anda gunakan:

(“MOSTI” AND “INOVASI”)

Boolean Operators membolehkan anda mengecilkan skop carian kepada subjek yang lebih spesifik.

Berapakah kekerapan laman web ini dikemaskini?

Perubahan, pengemaskinian dan paparan maklumat dilakukan secara harian. Walau bagaimanapun, tidak semua page dikemaskini secara harian.

Apakah jenis browser dan plug-ins yang saya perlukan?

Web Browser

Portal MOSTI dibangunkan menggunakan teknologi yang mengutamakan kepantasan, keselamatan dan kebolehgunaan bagi pengguna. Untuk paparan terbaik melayari Portal MOSTI, anda dicadangkan menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox versi terkini.

Anda boleh memuat turun browser yang dicadangkan melalui pautan berikut:

  1. Microsoft Internet Explorer versi 7 dan ke atas (Windows)
  2. Mozilla Firefox versi 3 dan ke atas (Windows atau Mac)

Melalui kepelbagaian teknologi yang digunakan, www.mosti.gov.my menawarkan anda ciri-ciri laman web dinamik iaitu pantas dan mudah digunakan. Plug-ins berikut boleh dimuat turun secara percuma dan dapat membantu anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dalam Portal ini:

  1. Acrobat Reader versi 5.0 ke atas – untuk melihat dokumen Adobe Acrobat PDF
  2. Macromedia Flash versi 7 ke atas – untuk memainkan video dan animasi
  3. Windows Media Player – untuk memainkan fail format audio dan video Mengubah saiz paparan text dan mendengar bacaan text

MOSTI  berusaha yang terbaik menjadikan Portal ini menepati standard kriteria yang digariskan oleh World Wide Web Consortium dan sentiasa boleh dicapai dari mana-mana rangkaian. Namun pihak MOSTI  juga akur sekiranya anda menemui sebarang ralat ketika melayari Portal MOSTI. Justeru itu, jika anda menghadapi isu capaian ke atas maklumat di dalam Portal MOSTI, sila hubungi kami di  webmaster[at]mosti.gov.my

MOSTI  telah menyediakan perkongsian dokumen di dalam format Portable Document Format (PDF) dan PowerPoint . Untuk membaca atau mencetak dokumen yang menggunakan format PDF anda memerlukan perisian Adobe Acrobat® Reader yang boleh dimuat turun secara percuma di Laman Web Adobe.

Begitu juga jika anda tidak mempunyai perisian Microsoft PowerPoint di dalam komputer, anda masih boleh membaca bahan yang disediakan menggunakan PowerPoint Viewer. Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma dari laman Web Microsoft.

Muat turun PowerPoint Viewer

Portal ini mempunyai beberapa polisi dan notis hak cipta yang menjelaskan syarat penggunaan maklumat dan bahan yang terdapat di dalam Portal MOSTI.

Dasar Privasi menjelaskan bagaimana MOSTI  melindungi maklumat yang telah anda kongsi di dalam Portal MOSTI.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai prosedur keselamatan melayari Portal MOSTI sila emel kepada webmaster[at]mosti[dot]gov[dot]my.

Penggunaan Portal MOSTI  adalah tertakluk kepada Polisi Keselamatan Web .

Apa yang perlu saya lakukan jika menemui sebarang pautan yang tidak berfungsi?

MOSTI memohon maaf sekiranya anda menemui pautan yang tidak berfungsi ketika melayari Portal MOSTI. Sebarang kerjasama yang anda berikan untuk melaporkan pautan yang tidak berfungsi supaya dapat dilakukan pembetulan sangat kami hargai.