Apakah Rasionalisasi Laman Web?

Rasionalisasi Laman Web Sektor Awam dilaksanakan berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Aplikasi Perdana Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia (MSC Malaysia Flagship Coordination Committee) ke-38 pada 19 November 2014 telah memutuskan rasionalisasi laman web perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah laman web kerajaan menjelang akhir tahun 2015. Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2015 yang diadakan pada 6 Mac 2015 telah bersetuju rasionalisasi laman web sektor awam perlu diteruskan ke arah mengurangkan sehingga 50% laman web sektor awam.

Satu Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU telah dikeluarkan pada 26 Mei 2015 bagi menerangkan pelaksanaan rasionalisasi laman web. Sehingga 31 Disember 2016, Malaysia telah berjaya mengurangkan sebanyak 61.2% laman web agensi sektor awam.

(Rumusan Pelaksanaan Konsolidasi Laman Web Sektor Awam sehingga 31 Disember 2016)

Mengapa Rasionalisasi Laman Web dilaksanakan?

Objektif pelaksanaan rasionalisasi laman web sektor awam adalah seperti berikut:

  1. Mengurangkan jumlah laman web di Agensi Pelaksana yang mempunyai laman web berganda, laman web tidak diperlukan lagi dan laman web yang tidak diselenggara.
  2. Mengkonsolidasi laman web agensi sektor awam dengan menyusun semula dan mengintegrasi laman web serta menghapuskan elemen yang tidak berkaitan.
  3. Meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat.
  4. Menjimatkan kos agensi dari segi penyediaan dan penyenggaraan laman web melalui penggunaan sumber yang optimum.
  5. Merekayasa laman web sedia ada selari dengan amalan baik dan penandaarasan di peringkat antarabangsa.

Apakah manfaat yang diperolehi daripada Rasionalisasi Laman Web?
Manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan rasionalisasi laman web adalah seperti berikut:

  1. Menjadi saluran pilihan utama rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan.
  2. Meningkatkan penggunaan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dalam talian.
  3. Penggunaan sumber yang optimum.

Rantaian Kehadapan

Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Sektor Awam berupaya untuk meningkatkan prestasi laman web agensi yang berkonsepkan perkhidmatan, penggunaan sumber yang optimum, keselamatan maklumat terpelihara serta meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian untuk menjadi sebuah Kerajaan Digital.

Apakah Itu ProBE?

Dalam memastikan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, portal dan laman web yang dibangunkan oleh agensi Kerajaan telah dinilai pada setiap tahun melalui Malaysia Government Portals and Websites Assessments (MGPWA) yang telah bermula pada tahun 2005. Pada tahun 2015, MGPWA telah dijenamakan semula kepada Provider Based Evaluation (ProBE) dengan objektif utama untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan dalam talian. Pada setiap tahun, kriteria ProBE akan ditambah baik dan kriteria penilaian yang perlu dipatuhi akan berubah mengikut keperluan. Penilaian akan dilaksanakan pada bermula Mei sehingga Disember.

Mengapa ProBE Dilaksanakan?

  1. Meningkatkan tahap kecekapan pentadbir laman web melalui sistem ProBE.
  2. Membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Penilaian United Nation e-Government Development Index (UNEG-DI).
  3. Memastikan kandungan laman web agensi sentiasa yang terkini.

Apakah Kriteria ProBE 2016?

Pada tahun 2016, sebanyak 47 kriteria perlu dipatuhi oleh setiap laman web agensi Kerajaan. Daripada 47 kriteria tersebut terdapat enam (6) kriteria mandatori yang perlu dipatuhi. Laman web kementerian/agensi akan mendapat penarafan 3 bintang jika semua kriteria mandatori ini tidak dipatuhi walaupun pencapaian keseluruhan mencapai 5 bintang. Kriteria mandatori ProBE 2016 adalah seperti berikut:

a)Loading Time
b)Downtime
c)Updated Content
d)Responsiveness to Enquiries
e)Mobile Web
f)Active Hyperlink

Sebanyak 676 laman web agensi yang terlibat dalam penilaian ProBE 2016 yang terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian dan Pentadbiran Kerajaan Negeri. Laporan ProBE 2016 akan dikeluarkan pada suku kedua tahun 2017.

Apakah Manfaat Yang Diperolehi?

Manfaat yang diperolehi daripada Pelaksanaan ProBE adalah seperti berikut:

  1. Tahap kecekapan pentadbir laman web kementerian/agensi meningkat.
  2. Ketersediaan maklumat dalam laman web membantu dalam meningkatkan kedudukan Malaysia dalam penarafan UNEG-DI.
  3. Memudahkan rakyat untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Rantaian Kehadapan

Pelaksanaan ProBE dapat membantu Malaysia menuju ke arah Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan yang Berpaksikan Rakyat dimana semua maklumat yang diperlukan oleh rakyat dengan cepat dan tepat.