Print Friendly

 

 

  • Warna biru mewakili identiti eksklusif dan korporat MOSTI;
  • Warna hijau dan oren berbentuk orbit menunjukkan fungsi dan peranan MOSTI dalam mengangkat industri sains, teknologi dan inovasi di Malaysia;
  • Huruf ‘A’ orbit menunjukkan kecemerlangan prestasi dan mutu warga kerja MOSTI;
  • Huruf ‘S’ merujuk kepada pentingnya amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu dan seragam.

Dasar EKSA MOSTI

Mengamalkan budaya kerja produktif melalui persekitaran yang kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efisyen melalui pelaksanaan amalan EKSA yang berterusan;

 

Menerapkan kesedaran kualiti yang berkekalan di kalangan warga MOSTI bagi mewujudkan kesefahaman dan semangat kerjasama serta memastikan misi EKSA dapat dicapai dan kepuasan pelanggan terjamin; dan

 

Mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi meningkatkan motivasi, integriti dan imej korporat warga MOSTI dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

 

“Persekitaran Kondusif, Warga Progresif”

 

Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya.

 

– Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan kondusif pada setiap masa
bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
– Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga
MOSTI.