PIAGAM PELANGGAN MOSTI

Menguruskan dan Mengagihkan Dana R&D&C (BAHAGIAN DANA)

Pelanggan Utama : Penyelidik, Penuntut, Industri dan Komuniti

BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan dana dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.
2. Mengeluarkan surat tawaran dan dokumen perjanjian kepada penerima dana dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diperoleh.
3. Membuat pembayaran kepada penerima dana dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
4. Membuat pembayaran kemajuan projek kepada penerima dana dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan diperolehi
Meningkatkan Bilangan dan Kualiti Modal Insan STI (HCD PERANCANGAN)

Pelanggan Utama: Penuntut, Penjawat Awam, Saintis, Penyelidik, Pakar Malaysia yang menetap di Luar atau Dalam Negara, Badan Bukan Kerajaan, dan Industri

BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memproses dan membuat keputusan ke atas permohonan dana Pembangunan Modal Insan (HCD) dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan dan permohonan lengkap
2. Memaklumkan keputusan dana HCD dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diperolehi
Mengaplikasikan Teknologi untuk Manfaat Golongan Akar Umbi (MASTIC)

Pelanggan Utama: Komuniti

BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Menyasarkan peningkatan 10% capaian kandungan utama portal MASTIC:a) E-Perkhidmatan;
b) Pembangunan Petunjuk;
c) Pangkalan Data STI;
d) Penerbitan;
e) Insentif STI; dan
f) Statistik
Meningkatkan Penyampaian Khidmat Pelanggan (UKK, KEWANGAN & BPTM)

Pelanggan Utama: Orang awam, Penjawat Awam, Syarikat Pembekal dan Institusi Pengajian Tinggi

BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memberi maklumbalas awal kepada aduan dalam tempoh 3 hari bekerja aduan diterima (UKK).
2. Memproses dan membayar bil dan invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap (KEW).
3. Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi MOSTI sentiasa tidak kurang dari 99.9%. (BPTM).
4. Memberi maklum balas terhadap aduan ketidakcapaian Portal Rasmi MOSTI dalam masa 1 jam selepas penerimaan aduan (BPTM)