Print Friendly

PIAGAM PELANGGAN MOSTI

Menguruskan dan Mengagihkan Dana R&D&C (BAHAGIAN DANA)

Pelanggan Utama : Penyelidik, Penuntut, Industri dan Komuniti

BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan dana dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.
2. Mengeluarkan surat tawaran dan dokumen perjanjian kepada penerima dana dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diperoleh.
3. Membuat pembayaran kepada penerima dana dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
4. Membuat pembayaran kemajuan projek kepada penerima dana dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan diperolehi

 

Meningkatkan Bilangan dan Kualiti Modal Insan STI (HCD PERANCANGAN)

Pelanggan Utama: Penuntut, Penjawat Awam, Saintis, Penyelidik, Pakar Malaysia yang menetap di Luar atau Dalam Negara, Badan Bukan Kerajaan, dan Industri

BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memproses dan membuat keputusan ke atas permohonan dana Pembangunan Modal Insan (HCD) dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan dan permohonan lengkap
2. Memaklumkan keputusan dana HCD dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diperolehi

 

Mengaplikasikan Teknologi untuk Manfaat Golongan Akar Umbi (MASTIC)

Pelanggan Utama: Komuniti

BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Menyasarkan peningkatan 10% capaian kandungan utama portal MASTIC:a) E-Perkhidmatan;
b) Pembangunan Petunjuk;
c) Pangkalan Data STI;
d) Penerbitan;
e) Insentif STI; dan
f) Statistik

 

Meningkatkan Penyampaian Khidmat Pelanggan (UKK, BAHAGIAN AKAUN & BPTM)

Pelanggan Utama: Orang awam, Penjawat Awam, Syarikat Pembekal dan Institusi Pengajian Tinggi

BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memberi maklumbalas awal kepada aduan dalam tempoh 3 hari bekerja aduan diterima (UKK).
2. Memproses dan membayar bil dan invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap (BAHAGIAN AKAUN).
3. Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi MOSTI sentiasa tidak kurang dari 99.9%. (BPTM).
4. Memberi maklum balas terhadap aduan ketidakcapaian Portal Rasmi MOSTI dalam masa 1 jam selepas penerimaan aduan (BPTM)

 

Pusat Sains Negara:

BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memberi layanan yang mesra, cekap dan penuh hormat kepada semua pelanggan.
2. Setiap tempahan program dan aktiviti pendidikan dan lawatan akan disahkan tidak melebihi tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh tempahan dibuat.
3. Galeri-galeri pameran berada dalam keadaan penyelenggaraan yang baik dan selamat.
4. Sekurang-kurangnya 85% bahan-bahan pameran interaktif berfungsi pada setiap masa.
5. Semua aduan mengenai perkhidmatan dan kemudahan akan dikendalikan dan diambil tindakan dalam tempoh satu (1) minggu.
6. Demi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan, kami sedia menerima sebarang teguran, pandangan dan idea-idea.