Spacer
Spacer
Top Left Corner
Crest
Mosti - Ministry of Science, Technology and Innovation
Official Portal
Ministry of Science, Technology and Innovation
Small Font Medium Font Large Font
Light Red Blue
 Search
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
14 Februari 2011: Majlis Inovasi Negara
PDF Print E-mail

 

vest

PUTRAJAYA (Feb 14, 2011): YAB Perdana Menteri hari ini telah mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Inovasi Negara (NIC) untuk tahun 2011 di Dewan Persidangan,  Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Mesyuarat ini dihadiri oleh 28 ahli Majlis dan turut dihadiri oleh  4 orang ahli  Majlis yang  baru iaitu:

1.    Y.Bhg. Dato’ Dr. Kamal Jit Singh (CEO UNIK)
2.    Y.Brs. Dr. Raslan Ahmad (CEO YIM)
3.    Y.Bhg. Dato’ Mohd. Bakke Salleh (Presiden Sime Darby Bhd.)
4.    Y.Bhg. Prof. Emiretus Dato’ Dr. Zakri Abdul Hamid (Penasihat Sains PM)

Dalam perutusan  beliau, YAB Perdana Menteri telah menegaskan tentang pentingnya inovasi dalam melonjakkan produktiviti dan daya saing negara serta memacu agenda transformasi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.  Beliau juga menegaskan tentang keperluan mengkaji kelemahan struktur institusi inovasi dalam konteks ekosistem inovasi negara.

Beliau juga menekankan kepentingan mengujudkan kesinambungan yang sempurna ( seamless continium) dalam  pembangunan modal insan inovatif melalui sistem pendidikan negara. Beliau menggesa supaya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran bersama institusi-institusi  yang berkaitan supaya mengkaji jurang (serious gaps) yang ujud dalam pembangunan modal insan dari peringkat sekolah rendah dan bagaimana mengatasinya dengan kaedah terbaik.

Mesyuarat Majlis Inovasi Negra telah membincangkan lima  kertas kerja yang telah dibentangkan iaitu:

1.    Agenda Inovasi Negara: Memperkukuhkan Peranan Majlis Inovasi Negara Bagi Menyokong Pertumbuhan Diterajui Inovasi
Kertas ini memperjelaskan peranan Majlis Inovasi Negara dalam langkah pengukuhan institusi inovasi Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

2.    Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
Kertas ini menyentuh mengenai hala tuju penubuhan dan perancangan Agensi Inovasi Malaysia dalam menjadikan inovasi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Negara.

3.    Majlis Penyelidikan dan Sains Kebangsaan (NSRC) - Kertas ini menyentuh mengenai  hala tuju penubuhan dan perancangan NSRC bagi memperkukuhkan pentadbiran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi bidang sains.

4.    NanoMalaysia Programme: Engine of Growth for Innovative 1Malaysia - Kertas mengenai  kemajuan pelaksanaan Inisiatif Nanoteknologi Kebangsaan. Kertas ini menjelaskan Pelaksanaan Inisiatif Nanoteknologi Negara merangkumi pelan tindakan dan pembangunan serta keperluan kewangan bagi melaksanakan pelan tindakan yang disyorkan.

5.    Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Peringkat Tertiari – kertas ini memaklumkan Majlis mengenai kemajuan Jawatankuasa Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovasi Peringkat Tertiari  dan pengukuhan tahap keupayaan inovasi negara yang merupakan cabaran besar dan memerlukan integrasi dasar dalam pelbagai bidang dan pelaksanaan di peringkat nasional dan sub-nasional.

6.    Laporan Penganjuran dan Pencapaian program Malaysia Inovatif 2010
Kertas ini menyentuh mengenai kejayaan program Malaysia Inovatif 2010 dan persepsi  positif  daripada masyarakat. YAB Perdana Menteri telah mengarahkan supaya program sebegini diteruskan pada tahun ini.

Berhubung dengan ini, dalam melahirkan pelajar yang inovatif, YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris merupakan subjek terpenting yang perlu diberi tekanan di sekolah. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan  mengadakan Program Penggalakan Sains dan Matematik pada tahun ini  bagi tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya sains dan matematik di kalangan rakyat Malaysia. Tema Go Science, Love Maths akan digunapakai pada tahun ini. Pada tahun 2012, program ini akan dipertingkatkan dan tahun 2012 akan diisytiharkan sebagai Tahun Sains Negara.

 

 

Last Updated on Monday, 13 February 2012 16:26
 
Web Directory

You are our :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Visitors
You have visited our portal [1] time(s) today
Best viewed using IE version 8.0 and above with 1024 x 768 resolution

Last Updated :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Copyright Reserved © 2014 MOSTI : Ministry of Science, Technology and Innovation. All Rights Reserved.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Fax : (603) 8888 9070 | Email : info[at]mosti.gov.my


 
go to top