Spacer
Spacer
Top Left Corner
Crest
Mosti - Ministry of Science, Technology and Innovation
Official Portal
Ministry of Science, Technology and Innovation
Small Font Medium Font Large Font
Light Red Blue
 Search
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
31 Mei 2011: Pameran MOSTI Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2011
KDCA_DAY_2_-_31_MEI_2011_4


PANAMPANG (31 Mei 2011) Kemuncak sambutan Pesta Kamaatan Peringkat Negeri Sabah 2011 telah berlangsung di Panampang, Sabah pada hari ini apabila acara majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah.
TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah turut mengadakan lawatan ke tapak pameran MOSTI dengan diiringi oleh Huguan Siou Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2011 dan Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri MOSTI serta lain-lain jemputan kenamaan.

Semalam acara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah. Y.A.B. Ketua Menteri Sabah dengan diiringi oleh Huguan Siou Y.B Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Y.B. Menteri MOSTI serta lain-lain kenamaan turut meluangkan masa mengunjungi tapak pameran MOSTI dan beramah mesra dengan peserta dan pengunjung.

Sepertimana pada tahun-tahun lepas, MOSTI turut terlibat dalam memeriahkan pesta dengan membuka tiga buah tapak pameran. Agensi-agensi yang terlibat ialah Pusat Sains Negara, Technology Park Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, MIMOS Berhad, CyberSecurity Malaysia dan SIRIM Berhad.

Sepanjang tempoh dua hari pesta berlangsung juga, pelbagai acara kebudayaan, sukan rakyat, persembahan pentas dan pameran oleh agensi kerajaan dan swasta serta pameran rumah-rumah tradisional telah diadakan bagi menarik lebih ramai pengunjung bertandang. Turut diadakan ialah Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2011.
 
Web Directory

You are our :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Visitors
You have visited our portal [1] time(s) today
Best viewed using IE version 8.0 and above with 1024 x 768 resolution

Last Updated :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Copyright Reserved © 2014 MOSTI : Ministry of Science, Technology and Innovation. All Rights Reserved.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Fax : (603) 8888 9070 | Email : info[at]mosti.gov.my


 
go to top