Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
Bahagian Bioteknologi Kebangsaan
 
Cetak

 

Pengenalan

Kerajaan Malaysia telah kenalpasti bioteknologi sebagai bidang yang berpotensi menjadi enjin baru pertumbuhan. Dasar Bioteknologi Negara yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada April 2005 merupakan komitmen kerajaan untuk menerokai bioteknologi dalam usaha membangunkan ekonomi berteraskan inovasi. Pelaksanaan fasa pertama (2005 - 2010) Dasar Bioteknologi Negara telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 . Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK) di MOSTI berperanan untuk memacu agenda bioteknologi negara melalui program-program pembangunan berikut :-


• Program Penyelidikan dan Pembangunan
• Program Teknologi Pembangunan
• Program Promosi dan Kesedaran Bioteknologi

Dalam pelaksanaan fasa 1 Dasar Bioteknologi Negara, kerajaan telah menubuhkan BiotechCorp (Malaysian Biotechnology Corporation) sebagai one-stop centre untuk pembangunan industri bioteknologi negara ini dan seterusnya diwujudkan status BioNexus untuk bagi menggalakkan pembangunan industri bioteknologi.

Objektif

Perancangan Strategik Bioteknologi Negara

  • Melaksana, menyelaras, memantau dan mengemaskini dasar dan perancangan strategik bioteknologi negara

Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C)

  • Mengenalpasti skop R&D, program dan aktiviti serta menyediakan khidmat nasihat, sokongan teknikal dan infrastruktur bagi R&D bioteknologi
  • Membantu dan menyelaras pemindahan teknologi kepada industri bagi hasil penyelidikan bidang bioteknologi yang dibiayai oleh kerajaan

Rangkaian kerjasama antarabangsa

  • Menjalinkan kerjasama dengan institusi dalam dan luar negara dalam R&D dan pembangunan modal insan untuk bidang bioteknologi

Pembangunan modal insan

  • Membangun program modal insan berasaskan keperluan R&D dan pembangunan industri bioteknologi negara

Promosi dan Kesedaran

  • Mempromosi dan menggalakkan pemahaman dan kesedaran masyarakat terhadap bioteknologi

Fungsi
Seksyen Perancangan

  • Merancang, menyelaras, mengemaskini, dan memantau pembangunan bioteknologi negara selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara dan Pelan Tindakan Bioteknologi Negara

Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

  • Merancang, menyelaras, memantau, memproses dan menilai pelaksanaan program R&D Bioteknologi di bawah pembiayaan MOSTI

Seksyen Pemindahan Teknologi

  • Menyelaras pelaksanaan program/aktiviti pemindahan teknologi, perolehan teknologi, paten dan menyediakan kemudahan makmal GLP dan peningkatan kemudahan NBBNet

Seksyen Promosi dan Komunikasi

  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan program promosi, komunikasi dan kesedaran Bioteknologi

Seksyen Kewangan dan Korporat

  • Menyelaras dan menguruskan hal-hal pentadbiran, belanjawan dan kewangan, perkhidmatan, latihan dan corporate services bagi Bahagian dan Institut Bioteknologi Kebangsaan

Piagam Pelanggan

Kami, di Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK) berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi bagi menjana kekayaan dan kesejahteraan sosial selari dengan ketetapan Dasar Bioteknologi Negara
Kami berjanji untuk:

  • Menentukan dasar dan keutamaan bagi pembangunan industri bioteknologi untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang
  • Menyediakan rangka kerja bagi pembangunan industri bioteknologi
  • Menyelaras perlaksanaan program dan aktiviti bioteknologi di Malaysia
  • Memantau pertumbuhan dan pembangunan bioteknologi di Malaysia sebagai jentera untuk membangunkan ekonomi nasional
  • Melaksanakan pengurusan R&D (dana, pemindahan teknologi dan kesedaran awam) selari dengan Dasar Bioteknologi Negara

 

 

Hubungi Kami
hotel2 Aras 4, Blok C4
phone 03-8885 8187
 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2014 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top