Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan (I&P)
 
Cetak

 

 

 

Pengenalan

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Kerajaan telah menetapkan untuk mengukuhkan Sistem Inovasi Nasional dan mempergiatkan usaha-usaha pengkomersilan hasil projek R&D yang dibiayai oleh sektor awam. Selaras dengan hasrat ini, Bahagian I&P telah ditubuhkan pada Disember 2007 bagi membantu Kerajaan di dalam mencapai matlamat tersebut melalui program-program inovasi dan pengkomersilan MOSTI. Penubuhan Bahagian ini merupakan penggabungan dari Bahagian Strategik dan Pengkomersilan (S&P) dengan Sub-Unit Inovasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Unit Pengurusan Teknologi (UPT).

 

Objektif

  • Menyokong usaha-usaha ke arah peningkatan keupayaan inovasi negara.
  • Meningkatkan kadar pengkomersilan aktiviti penyelidikan dan pembangunan sektor awam.

 

Fungsi

Terdapat 2 seksyen di bawah Bahagian I&P iaitu Seksyen Inovasi dan Seksyen Pengkomersilan.

Seksyen Inovasi mempunyai 2 unit iaitu:

Unit Majlis Inovasi Negara (NIC)

Unit Majlis Inovasi Negara (NIC)

  • Menjalankan tugas-tugas keurusetiaan NIC dan Jawatankuasa Kecil di bawah Majlis; dan
  • Menyelaraskan pelaksanaan pelan tindakan Model Inovasi Negara untuk dilaporkan di dalam Mesyuarat NIC.

Unit Penggalakkan dan Pembangunan Inovasi

  • Merancang dan menyelaras program inovasi di bawah Agenda Inovasi Nasional;
  • Memberikan khidmat nasihat dalam aktiviti dan program inovasi di peringkat Agensi dan Negeri;
  • Menguruskan anugerah, persidangan, bengkel dan pameran (showcase) inovasi peringkat Kebangsaan;
  • Menguruskan kajian-kajian inovasi mengikut keperluan; dan
  • Menjalinkan rangkaian strategik dan membantu menguruskan inisiatif kerjasama dalam bidang inovasi dengan agensi, institusi dan badan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Seksyen Pengkomersilan mempunyai 2 unit iaitu:

Unit Harta Intelek
  • Menggubal Dasar Pengkomersilan Harta Intelek R&D Yang Dibiayai Oleh Kerajaan Malaysia;
  • Memberi khidmat nasihat, membantu dan memudahcara penyelidik dan perekacipta mendapatkan perlindungan harta intelek;
  • Membantu pengurusan aktiviti pengkomersilan harta intelek hasil R&D oleh institusi penyelidikan yang menerima pembiayaan kerajaan dan Aplikasi Kerajaan Elektronik; dan
  • Memantau Pelaksanaan Dasar Pengkomersilan Harta Intelek R&D Yang Dibiayai Oleh Kerajaan Malaysia

Unit Pembangunan Perniagaan
  • Mengenalpasti dan membuat pemadanan projek-projek R&D berpotensi dikomersilkan dengan pihak industri; dan
  • Bekerjasama dengan Unit Dana MOSTI dan syarikat modal teroka (MTDC, MAVCAP dan MDV) dalam aspek pembiayaan bagi meningkatkan aktiviti pengkomersilan;

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:
  • Memberi maklumbalas kepada permohonan khidmat nasihat mengenai inovasi,dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
  • Memberi maklumbalas kepada permohonan khidmat nasihat mengenai pengurusan dan perlindungan harta intelek penyelidik dan pencipta serta klaster MOSTI dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja; dan
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pembangunan perniagaan mengenai projek R&D yang berpotensi untuk dikomersilkan berpandukan kepada perkembangan potensi projek tersebut dari semasa ke semasa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

 

 

Hubungi Kami
hotel2 Aras 3 , Blok C4
phone 03-8885 8839
 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2014 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top