Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
Bahagian Angkasa, Laut & Atmosfera (S2S)
 
Cetak

 

 

 

Pengenalan

Bahagian Laut, Angkasa dan Atmosfera (S2S) telah diwujudkan pada 2 Februari 2007 berikutan dengan penstrukturan semula Bahagian Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI. Penstrukturan semula ini dilakukan bagi memantap dan mempertingkatkan lagi perlaksanaan semua program dan strategi MOSTI dalam RMKe-9. Bahagian Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang sedia ada telah dipecahkan kepada tiga klaster baru; Industri, Laut, Angkasa dan Atmosfera (Sea-to-space), dan Teras Sains dan Teknologi.

Penubuhan Bahagian S2S adalah selaras dengan perubahan dan peranan MOSTI yang baru ke arah memantapkan lagi sistem penyampaian Kerajaan. Perubahan ini juga adalah penggerak terhadap mandat baru kementerian khususnya dalam menjana sumber ekonomi baru yang berasaskan ilmu pengetahuan terkini, termasuklah dalam bidang oseanografi dan teknologi angkasa.  Ini akan membantu meningkatkan ekonomi negara dan kualiti hidup masyarakat. Dengan mengambil kira potensi sumber ekonomi daripada laut dan angkasa yang luas, elemen seperti kreativiti dan inovatif akan dijadikan sebagai sebahagian daripada perancangan strategik agar pertumbuhan ekonomi dapat dipercepatkan dalam mencapai Wawasan 2020.


Objektif

  • Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan teknologi dan aplikasi di bawah bidang keutamaan S2S
  • Membangunkan dan menyediakan perkhidmatan di dalam bidang S2S (Meteorologi, Oseanografi, Remote Sensing dan Angkasa)
  • Membangunkan dan mengendalikan infrastruktur S2S di dalam memanfaatkan keperluan antarabangsa
  • Memasarkan dan mengkomersilkan teknologi S2S di peringkat serantau dan antarabangsa
  • Membangunkan para Saintis Penyelidik dan Jurutera Penyelidik di dalam bidang keutamaan S2S
  • Membangunkan komuniti pengguna dan kesedaran awam bagi penyelesaian S2S
  • Mencapai pengurusan yang cemerlang dalam melaksanakan semua inisiatif S2S
  • Menaiktaraf kedudukan S2S sebagai peneraju dunia yang relevan


Fungsi

  • Memudahkan pembangunan pengetahuan dan inovasi usahawan tekno
  • Menilai kertas cadangan projek/ permohonan geran di bawah Dana Penyelidikan & Pembangunan (R&D) MOSTI
  • Memantau projek yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan & Pembangunan (R&D) MOSTI
  • Meningkatkan peluang pekerjaan melalui program-program penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Klaster S2S untuk memenuhi keperluan industri
  • Menyedia, menyelaras dan mengurus aktiviti Dasar dan Korporat khususnya pembentukan dasar-dasar baru yang relevan selaras dengan halatuju MOSTI, program penggalakkan dan penjenamaan semula Klaster S2S
  • Mengkoordinasi kerjasama penyelidikan antara institut penyelidikan dengan industri tempatan dan antarabangsa
  • Mengenalpasti dan menilai teknologi baru tempatan dan antarabangsa bagi projek-projek pembangunan
  • Memproses permohonan menghadiri mesyuarat, persidangan, seminar, bengkel dan kursus di dalam dan luar negara bagi pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi di bawah Kluster S2S
  • Memberi ulasan dan input bagi Kertas Kabinet, maklumbalas Mesyuarat Jemaah Menteri dan maklumbalas Parlimen


Piagam Pelanggan

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

  • Menyediakan penilaian teknikal dan kewangan ke atas Dana R&D dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan daripada Seksyen Dana, Bahagian Perancangan
  • Memproses permohonan lengkap dari penerima dana mengenai pindah peruntukan V-Siri, pelanjutan tempoh penyelidikan, pertukaran Ketua Projek, peruntukan tambahan dalam tempoh 10 hari bekerja
  • Memproses permohonan lengkap bagi kelulusan keluar negara daripada Jabatan/Agensi di bawah Klaster S2S dalam tempoh 5 hari waktu bekerja
  • Memproses dan menyemak Memorandum dan Nota Jemaah Menteri daripada Jabatan/Agensi di bawah Klaster S2S dalam tempoh 5 hari waktu bekerja
  • Menyelaras segala urusan berkaitan dengan Klaster S2S di peringkat Kementerian dengan cepat dan tepat

Hubungi Kami
hotel2 Aras 2 , Blok C4
phone 03-8885 8054
 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2014 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top