Spacer
Spacer
Top Left Corner
Crest
Mosti - Ministry of Science, Technology and Innovation
Official Portal
Ministry of Science, Technology and Innovation
Small Font Medium Font Large Font
Light Red Blue
 Search
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
23 Ogos 2011 : Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC)
PDF Print E-mail

dsc_5395

PUTRAJAYA (23 OGOS 2011): Y.A.B. Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) hari ini di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Mesyuarat dihadiri oleh 32 ahli NITC yang mewakili pihak Kerajaan, swasta dan komuniti serta sembilan Kumpulan Pakar yang ditubuhkan pada tahun 2010 yang diterajui oleh:

 

Peneraju

Kumpulan Pakar

i) Unit Perancang Ekonomi

Sumber Pertumbuhan Baru

ii) Majlis Keselamatan Negara

E-Kedaulatan

iii) Unit Perancang Ekonomi

Digital Social Inclusion

iv) Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI) Inovasi

Pembangunan Teknologi dan

Ekosistem

v) Kementerian Pengajian Tinggi

Pembangunan Modal Insan ICT

vi) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Pembangunan Infrastruktur ICT

vii) Multimedia Development Corporation (MDeC)

Pembangunan Industri ICT

viii) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Penggunaan ICT

ix) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Pembangunan Inisiatif ICT Kerajaan

Penubuhan 9 Kumpulan Pakar membolehkan perancangan dan pemantauan pelaksanaan program ICT dijalankan dengan lebih tersusun dan berkesan.  Penyelarasan antara Kumpulan-kumpulan Pakar ini adalah melalui Jawatankuasa Pemandu NITC yang diterajui oleh MOSTI.

 

NITC 2011 telah membincangkan kertas-kertas cadangan yang bertujuan memantapkan lagi sektor ICT bagi menjadikannya salah satu teras utama pembangunan negara.  Lapan kertas telah dibentangkan seperti berikut:

 

i)   Memacu Agenda Transformasi Negara melalui NITC oleh Sekretariat NITC

Kertas ini adalah untuk memaklumkan Mesyuarat NITC mengenai status Kumpulan Pakar serta program-program ICT yang telah dirancang dan dilaksana pada peringkat nasional serta perancangan seterusnya.

 

ii)   Accelerating Cyber Security Capability and Readiness for Economic Growth oleh Kumpulan Pakar Sumber Pertumbuhan Baru

Kertas ini mencadangkan supaya negara mempertingkatkan keupayaan  dalam menangani ancaman serangan siber yang tidak menentu bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kesejahteraan rakyat, ketahanan dan keupayaan untuk meningkatkan sumber pendapatan negara.  Pendapatan Kasar Negara (GNI) yang boleh dijana pada tahun 2020 dianggarkan berjumlah RM3.0 bilion dan sebanyak 5,000 peluang pekerjaan dijangka akan diwujudkan.  Bagi tujuan tersebut, dicadangkan juga Malaysia menerima pakai produk tempatan yang telah mendapat pensijilan Common Criteria berdasarkan MS ISO/IEC 15408.

 

iii)   National ICT R&D: Prospects and Way Forward oleh Kumpulan Pakar Pembangunan Teknologi dan Ekosistem Inovasi.

Kertas ini mencadangkan pemantapan Kerangka Ekosistem R&D ICT dan Inovasi Negara secara holistik bagi memastikan proses pembangunan inovasi ICT dilaksanakan dengan sistematik dan seamless.  Bagi membantu penyelidik dan pengusaha menghalusi, memperbaiki dan meningkatkan kualiti hasil supaya setanding dengan produk global, dicadangkan Malaysia Industrial Research Institute of ICT (MiRICT) ditubuhkan.

 

iv)   Tindakan Hasil Kajian Kelompangan Undang-Undang Sedia Ada (Kemajuan Pelaksanaan dan Pindaan Undang-Undang Berkaitan Siber) oleh Kumpulan Pakar E-Kedaulatan

Terdapat pandangan yang kuat bahawa perlu ada undang-undang siber di Malaysia yang memastikan rakyat dan keselamatan negara dilindungi. Di dalam hal ini, kaedah yang digunakan termasuklah dengan mempelajari amalan yang dijalankan di negara-negara lain. Kerajaan mengambil maklum bahawa ada keperluan untuk mengemaskini atau meminda undang-undang siber sedia ada. Tindakan sedang diambil oleh pihak Kementerian/Agensi untuk meneliti undang-undang di bawah bidang kuasa masing-masing bagi menangani isu siber yang berkaitan.

 

v)   Public Sector ICT Strategic Direction (2011 – 2015) oleh Kumpulan Pakar Pembangunan Inisiatif ICT Kerajaan

Pelan Strategik Sektor Awam digubal dengan menggunakan pendekatan “Whole-of-Government”’ yang memerlukan semua agensi Kerajaan bekerja merentasi sempadan portfolio Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai satu Kerajaan yang bersepadu.  Pelaksanaannya adalah secara berperingkat untuk memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan Kerajaan terutamanya perkhidmatan yang dapat memberi impak yang besar dan pantas. Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan menggunakan inisiatif dan sumber semasa.

 

vi)   Digital Malaysia oleh Kumpulan Pakar Pembangunan Industri ICT

Digital Malaysia akan mempercepatkan pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi dan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk penjanaan inovasi, pelaburan dan modal insan serta ekosistem penggunaan ICT yang lebih meluas.  Pelan Induk Digital Malaysia berhasrat untuk meningkatkan sumbangan nilai tambah kepada Keluaran Negara Kasar (GNI), menggandakan produktiviti peluang pekerjaan baru berbanding kadar purata negara dan meningkatkan kualiti hidup.



vii)  ICT Inklusif untuk Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan penggunaan ICT di kalangan OKU dengan melaksanakan tindakan di bawah perjanjian dan undang-undang yang menetapkan hak dan keperluan ICT kepada OKU, iaitu ICT inklusif yang mempunyai rekabentuk universal dan mengambilkira keperluan khas OKU.

 

viii)   Supply and Demand for ICT Talent

Kertas ini adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai hasil kajian berkaitan status semasa tenaga kerja berkemahiran ICT negara yang telah dijalankan oleh MDeC.  Kajian gunatenaga ICT ini menganalisis maklumat terperinci mengenai permintaan (demand) untuk  gunatenaga berkemahiran ICT negara semasa serta unjuran permintaan sehingga tahun 2013 dan penawaran (supply) tenaga kerja ICT yang disasar atau bakal ditawarkan berasaskan kepada bilangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mengikuti pengajian ICT dan kursus yang berkaitan dengannya.

 

Sebagai usaha mempertingkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan keselamatan siber yang telah dikenal pasti sebagai satu sumber pertumbuhan baru ekonomi negara, NITC telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Global Cyber Security Alliance (GCSA) yang akan bertindak sebagai platform kepada negara ahli gabungan untuk berkongsi maklumat mengenai keselamatan siber negara masing-masing.  Keahlian GCSA akan dibuka kepada negara-negara ahli Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), ASEAN Regional Forum dan negara-negara membangun.

 

NITC juga bersetuju memberi mandat kepada Prasarana Maklumat Kritikal Negara (Critical National Information Infrastructure – CNII) untuk mengutamakan penggunaan produk-produk ICT tempatan yang telah diberi pensijilan MS ISO/IEC 15408.

 

Sebagai usaha untuk memantapkan lagi Kerangka Ekosistem R&D ICT dan Inovasi Negara, Malaysia Industrial Research Consortium on ICT akan ditubuhkan untuk membantu penyelidik dan pengusaha tempatan menghasilkan inovasi produk berteraskan ICT yang boleh dikomersilkan hingga ke peringkat antarabangsa.

 

NITC 2011 turut mengambil maklum tentang inisiatif-inisiatif lain yang dilaksanakan, iaitu Pelan Strategik ICT Sektor Awam oleh pihak MAMPU, Digital Malaysia dan Supply and Demand for ICT Talent oleh MDeC dan ICT Inklusif untuk OKU yang diterajui oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Last Updated on Monday, 13 February 2012 12:12
 
Web Directory

You are our :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Visitors
You have visited our portal [1] time(s) today
Best viewed using IE version 8.0 and above with 1024 x 768 resolution

Last Updated :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Copyright Reserved © 2014 MOSTI : Ministry of Science, Technology and Innovation. All Rights Reserved.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Fax : (603) 8888 9070 | Email : info[at]mosti.gov.my


 
go to top