Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
Angkasa Laut Dan Atmosfera
 
Cetak

Pengenalan

Penubuhan Bahagian Angkasa, Laut dan Atmosfera (S2S)  pada 2 Februari 2007 adalah selaras dengan perubahan dan peranan MOSTI yang baru ke arah memantapkan lagi sistem penyampaian Kerajaan. Bahagian S2S bertanggungjawab dalam menyelaras dan mengurus geran penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi serta program kesedaran sains dan teknologi dalam bidang angkasa, remote sensing, meterologi dan oseanografi.

Bahagian ini juga bertanggungjawab di dalam merancang, menyelaras dan meneraju  dasar dan arah tuju Klaster S2S yang melibatkan tiga agensi: Agensi Angkasa Negara, Agensi Remote Sensing Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia; dan sebuah syarikat kerajaan: Astronautics Technology (M) Sdn Bhd.

 

Objektif

  • Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan teknologi dan aplikasi di bawah bidang keutamaan S2S
  • Membangunkan dan menyediakan perkhidmatan di dalam bidang S2S (Meteorologi, Oseanografi, Remote Sensing dan Angkasa)
  • Membangunkan dan mengendalikan infrastruktur S2S di dalam memanfaatkan keperluan antarabangsa
  • Memasarkan dan mengkomersilkan teknologi S2S di peringkat serantau dan antarabangsa
  • Membangunkan para Saintis Penyelidik dan Jurutera Penyelidik di dalam bidang keutamaan S2S
  • Membangunkan komuniti pengguna dan kesedaran awam bagi penyelesaian S2S
  • Mencapai pengurusan yang cemerlang dalam melaksanakan semua inisiatif S2S
  • Menaiktaraf kedudukan S2S sebagai peneraju dunia yang relevan

 

Fungsi

  • Memudahkan pembangunan pengetahuan dan inovasi usahawan tekno
  • Menilai kertas cadangan projek/ permohonan geran di bawah Dana Penyelidikan & Pembangunan (R&D) MOSTI
  • Memantau projek yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan & Pembangunan (R&D) MOSTI
  • Meningkatkan peluang pekerjaan melalui program-program penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Klaster S2S untuk memenuhi keperluan industri
  • Menyedia, menyelaras dan mengurus aktiviti Dasar dan Korporat khususnya pembentukan dasar-dasar baru yang relevan selaras dengan halatuju MOSTI, program penggalakkan dan penjenamaan semula Klaster S2S
  • Mengkoordinasi kerjasama penyelidikan antara institut penyelidikan dengan industri tempatan dan antarabangsa
  • Mengenalpasti dan menilai teknologi baru tempatan dan antarabangsa bagi projek-projek pembangunan
  • Memproses permohonan menghadiri mesyuarat, persidangan, seminar, bengkel dan kursus di dalam dan luar negara bagi pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi di bawah Kluster S2S
  • Memberi ulasan dan input bagi Kertas Kabinet, maklumbalas Mesyuarat Jemaah Menteri dan maklumbalas Parlimen

 

Ahli Klaster

angkasa

www.angkasa.gov.my


Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan pada tahun 2002 dengan mandat untuk memformulasikan dasar dan polisi, mengkoordinasi, melaksanakan dan memantau aktiviti berkaitan sains angkasa. Visi penubuhan ANGKASA adalah untuk memanfaatkan angkasa sebagai wadah bagi penjanaan ilmu, kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Manakala misi ANGKASA pula ialah untuk membangunkan keupayaan negara dalam sektor angkasa untuk menyokong pembangunan ekonomi baru, menjana ilmu dan memperkukuhkan keselamatan negara.

Selain daripada Ibu Pejabat ANGKASA di Putrajaya, ANGKASA mempunyai tiga pejabat lain di Planetarium Negara di Kuala Lumpur, Pusat Sains Angkasa di Sg. Lang, Banting dan Balai Cerap Negara di Langkawi. Salah satu pencapaian terbesar ANGKASA adalah pelancaran Angkasawan Negara yang pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober 2007.

remote

www.remotesensing.gov.my


Agensi Remote Sensing Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Malaysian Centre for Remote Sensing (MACRES) telah ditubuhkan pada Ogos 1988 dan telah beroperasi sepenuhnya pada Januari 1990. Visi agensi ini adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam kemajuan dan aplikasi remote sensing dan teknologi-teknologi berkaitan. Agensi Remote Sensing Malaysia telah memainkan peranan yang aktif sebagai agensi negara bagi meneraju dalam perkembangan aplikasi-aplikasi teknologi remote sensing, sejajar dengan misi agensi ini untuk menyediakan penyelesaian secara menyeluruh dalam bidang remote sensing dan teknologi-teknologi berkaitan bagi pembangunan mapan, pengurusan bencana dan pelan strategik negara.

Agensi Remote Sensing Malaysia telah dilengkapi dengan sistem komputer bagi pemprosesan imej data satelit, sistem maklumat geografi dan sistem penempatan global, stesen penerimaan data satelit bagi pemerolehan data yang lebih cepat, makmal remote sensing gelombang mikro, makmal fotografi digital remote sensing serta pusat bagi menyimpan dan mendapatkan data remote sensing.

 

met

www.met.gov.my

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) ditubuhkan pada tahun 1965 dan diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Pengangkutan sebelum dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE). Visi JMM adalah untuk menjadi pusat meteorologi yang memberikan perkhidmatan bertaraf antarabangsa. Ibu Pejabat JMM terletak di Petaling Jaya dan JMM mempunyai sebanyak 38 stesen di seluruh Malaysia. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kejadian cuaca buruk dan bencana yang memerlukan pemantauan berkualiti tinggi untuk menanganinya. Sehubungan itu, JMM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan dalam ramalan dan pemantauan cuaca seluruh Malaysia agar selaras dengan misinya untuk sentiasa komited dalam membekalkan pelbagai khidmat meteorologi dan seismologi yang berkesan bagi memperbaiki perlindungan hayat, harta benda dan persekitaran, meningkatkan keselamatan di darat, laut dan udara, mempertingkatkan kualiti hidup dan pertumbuhan ekonomi mapan.

JMM turut berusaha memberikan perkhidmatan meteorologi dan geofizik yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi dan keselamatan negara. Antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh JMM adalah perkhidmatan seismologi dan amaran tsunami, perkhidmatan pembenihan awan, perkhidmatan meteorologi lautan dan oseanografi, perkhidmatan agro-meteorologi dan perkhidmatan meteorologi persekitaran.

atsb

www.atsb.my


ATSB® telah ditubuhkan pada 1995 untuk mendorong Malaysia ke orbit melalui teknologi-teknologi satelit angkasa. Visi ATSB ® adalah untuk memainkan peranan sejagat di angkasa dan pembangunan teknologi berkaitan serta ciptaan bernilai bagi kemajuan masyarakat. Fokus ATSB® dalam penyelidikan dan pembangunan bagi bidang reka bentuk dan pembangunan sistem-sistem yang berkaitan angkasa, adalah sejajar dengan misi ATSB® iaitu untuk membangunkan sistem-sistem angkasa termaju dan teknologi-teknologi berkaitan yang akan menyediakan aplikasi-aplikasi bernilai tambah bagi para pelanggan.

ATSB® telah menyediakan peralatan atau kemudahan yang diperlukan bagi meningkatkan kemampuannya dalam penghasilan satelit, terutamanya dalam bidang reka bentuk, fabrikasi, integrasi dan ujian. Kemudahan atau peralatan yang terdapat di ATSB® adalah Bilik Bersih, Bilik Optikal, Makmal Elektronik dan Makmal Mekanikal serta Makmal Ujian Persekitaran. Makmal Ujian Persekitaran dilengkapi dengan kebuk terma yang mampu menstimulasi persekitaran ekstrem yang mungkin dialami satelit sepanjang misinya.






 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2014 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top