Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
Pembangunan Modal Insan
 
Pembangunan Modal Insan merupakan teras utama dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan berpandukan Misi Nasional. Program Pembangunan Modal Insan dalam Sains, Teknologi & Inovasi merupakan usaha dan pelaburan Kerajaan dalam bidang STI ke arah meningkatkan   kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi sumber manusia bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.


Objektif

Menambah kelompok kritikal  saintis, jurutera dan penyelidik (RSE) dalam negara sehingga mencapai nisbah 50 RSE : 10,000 tenaga kerja dalam bidang keutamaan pada 2015.

Meningkatkan kemahiran penyelidikan yang bermutu tinggi, bertaraf global, dan memenuhi kehendak pasaran (market driven research)

Meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran pengurusan R&D


EXPT
Skim Jemputan Pakar Latihan Dalam R&D
Skim ini membolehkan perkhidmatan seseorang pakar perunding  diperolehi dan dimanfaatkan untuk memberi latihan kepada para penyelidik atau pegawai sokongan di Institusi Penyelidikan Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Awam .

ATTH
Skim Fellowship Penyelidikan Termaju Luar Negara
Skim ini memberi peluang kepada saintis atau penyelidik daripada Institusi Penyelidikan Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk menjalankan kerja penyelidikan melalui penempatan (attachment) di pusat-pusat penyelidikan utama atau terpilih di dalam atau luar negara dengan tujuan menimba pengalaman penyelidikan dan mencari penyelesaian kepada masalah dalam projek penyelidikan yang sedang dijalankan.

MGT
Skim Latihan Pengurusan R&D Luar Negara
Skim ini memberi peluang kepada pengurus R&D termasuk kajian dasar R&D, kajian penilaian projek R&D, pengurusan hak cipta/paten, pengurusan modal insan R&D menjalani latihan atau kursus pendek di luar negara (kurang dari 3 bulan) di pusat-pusat penyelidikan / Institusi Pengajian Tinggi terpilih di luar negara dengan tujuan meningkatkan kecekapan dan pengetahuan dalam pengurusan R&D tempatan.

LKT
Latihan Kepakaran Teknikal
Skim ini memberi peluang kepada kelompok RSE (penyelidik, saintis dan jurutera) di MOSTI untuk menjalani latihan membina kepakaran teknikal dalam bidang berkaitan sains, teknologi dan inovasi (STI). Program latihan boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau luar negara untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan.

Semua permohonan hendaklah dibuat secara Online melalui laman web http://ehcd.mosti.gov.my/cms/index.jsp





 

 


 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2014 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top