Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
31 MEI 2013 : MAJLIS PERJUMPAAN KHAS WARGA KERJA MOSTI BERSAMA YBHG. DATO’ DR. MADINAH MOHAMAD
 

 DSC0802


PUTRAJAYA (31 MEI 2013): Majlis Perjumpaan Khas Warga Kerja Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada jam 4.00 petang, di Dewan Perhimpunan MOSTI. Majlis  bersempena dengan hari terakhir perkhidmatan YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad, KSU MOSTI yang telah dinaikkan pangkat ke Turus II dan akan berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 3 Jun 2013. Beliau  menerajui MOSTI mulai  22 April 2009 sehingga 2 Jun 2013 dengan penuh kecemerlangan.

YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad telah menyampaikan amanat terakhir beliau di hadapan kira-kira tiga ratus warga MOSTI  dengan menyatakan penghargaan kepada seluruh warga MOSTI atas kerjasama dan semangat ‘teamwork’ yang tinggi. Beliau turut menyeru agar usaha dan kesungguhan warga MOSTI diteruskan demi kelangsungan kecemerlangan MOSTI pada masa hadapan.  

Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), YBhg. Dato' Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Kamel bin Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan), Encik Khairulazli bin Othman, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.

 

 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2014 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top