Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
28 Januari 2011 : Majlis Perasmian Observatori Negara Langkawi
 
PDF Cetak E-mail

depan

LANGKAWI, Januari 28 – Tepat jam 2030, kampus bongsu Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Observatori Negara Langkawi (ONL) hari ini dirasmikan YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.


Majlis turut dihadiri YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri, Ketua-ketua Jabatan di bawah MOSTI dan agensi-agensi Kerajaan di Pulau Langkawi dan para tetamu seramai 250 orang.


ONL merupakan pusat penyelidikan astronomi untuk para penyelidik tempatan menjalankan kajian sains angkasa dengan lebih sistematik dan merupakan platform untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa terutamanya dalam penyelidikan yang bertemakan khatulistiwa.


Pada majlis perasmian tersebut juga, dua buah buku turut dilancarkan iaitu “Galeria Astronomi – Observatori Malaysia” yang mengandungi katalog senarai observatori-observatori utama di seluruh Malaysia bagi rujukan masyarakat tempatan dan juga masyarakat antarabangsa amnya. Sebuah lagi buku ialah “Discover The Wonders of the Universe from Langkawi National Observatory” iaitu sebuah buku bergambar hasil-hasil pencerapan alam semesta dari ONL. Imej-imej ini akan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang keindahan langit malam dengan menggunakan kepakaraan tempatan dan juga menggunakan kemudahan yang terdapat di ONL.


Kampus yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan sebuah pusat penyelidikan sains angkasa yang dilengkapi dengan dua instrumentasi utama iaitu teleskop robotik Bintang (stellar) dan juga Matahari (solar).

Bangunan kampus yang siap pada tahun 2006 ini, dibina bagi membantu kerajaan memperkembang dan meningkatkan kefahaman ilmu sains angkasa khususnya di kalangan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya.

Bersempena dengan majlis perasmian ini, pihak ONL juga telah mengadakan Hari Terbuka pada sebelah pagi melalui pelbagai program untuk masyarakat setempat seperti Larian Angkasa, pencerapan matahari, pertandingan melukis dan syarahan umum oleh Majar Dr Faiz Khaleed dan melawat fasiliti di ONL yang bertujuan memberi pendedahan mengenai fungsi serta peranan ONL dan seterusnya mempromosikan kepentingan sains angkasa.



Unit Komunikasi Korporat
ANGKASA

 

 

 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2013 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top