Spacer
Spacer
Top Left Corner
Crest
Mosti - Ministry of Science, Technology and Innovation
Official Portal
Ministry of Science, Technology and Innovation
Small Font Medium Font Large Font
Light Red Blue
 Search
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
2 Mac 2011: Majlis Perasmian Public Consultation Forum On Malaysia Standard For Halal Pharmaceutical
PDF Print E-mail

dsc_1872

Shah Alam, 2 Mac – YB. Datuk Haji Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Malaysia mempunyai kelebihan dalam pembangunan industri halal kerana ia adalah Negara Islam moden yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka, mempunyai infrastruktur fizikal terbaik, institusi yang berupaya menyokong inisiatif dan program yang mantap dalam membangunkan serta mempromosi industri ini. Justeru, Malaysia berhasrat menjadi hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan halal menjelang 2020.
Menurut beliau, potensi yang tinggi bagi membangunkan dan mempromosi perkhidmatan serta produk halal bagi pasaran global di sebabkan beberapa faktor berikut:
•    Penduduk Islam di anggarkan berjumlah 1.6 bilion dan berada di seluruh dunia.
•    Produk dan perkhidmatan halal juga semakin diterima di kalangan orang-orang bukan Islam; dan
•    Nilai pasaran global untuk perdagangan produk makanan halal dan produk bukan makanan dianggarkan bernilai USD 2.1 trilion setahun.

Beliau berkata, pembangunan standard halal dijangka akan menjadi fokus utama pasaran halal pada masa akan datang. Beliau menambah bagi pembangunan siri Malaysian Standards atau MS termasuk MS halal farmaseutikal, Malaysia mempunyai kelebihan dalam persaingan pasaran halal yang semakin kompetitif. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis “Public Consultation Forum on Malaysia Standard for Halal Pharmaceuticals” di sini hari ini.
Last Updated on Monday, 13 February 2012 12:13
 
Web Directory

You are our :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Visitors
You have visited our portal [1] time(s) today
Best viewed using IE version 8.0 and above with 1024 x 768 resolution

Last Updated :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Copyright Reserved © 2013 MOSTI : Ministry of Science, Technology and Innovation. All Rights Reserved.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Fax : (603) 8888 9070 | Email : info[at]mosti.gov.my


 
go to top