|
Pengenalan
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Kerajaan telah menetapkan untuk mengukuhkan Sistem Inovasi Nasional dan mempergiatkan usaha-usaha pengkomersilan hasil projek R&D yang dibiayai oleh sektor awam. Selaras dengan hasrat ini, Bahagian I&P telah ditubuhkan pada Disember 2007 bagi membantu Kerajaan di dalam mencapai matlamat tersebut melalui program-program inovasi dan pengkomersilan MOSTI. Penubuhan Bahagian ini merupakan penggabungan dari Bahagian Strategik dan Pengkomersilan (S&P) dengan Sub-Unit Inovasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Unit Pengurusan Teknologi (UPT).
Objektif
- Menyokong usaha-usaha ke arah peningkatan keupayaan inovasi negara.
- Meningkatkan kadar pengkomersilan aktiviti penyelidikan dan pembangunan sektor awam.
Fungsi
Terdapat 2 seksyen di bawah Bahagian I&P iaitu Seksyen Inovasi dan Seksyen Pengkomersilan. Seksyen Inovasi mempunyai 2 unit iaitu:
Unit Majlis Inovasi Negara (NIC)
Unit Majlis Inovasi Negara (NIC)
- Menjalankan tugas-tugas keurusetiaan NIC dan Jawatankuasa Kecil di bawah Majlis; dan
- Menyelaraskan pelaksanaan pelan tindakan Model Inovasi Negara untuk dilaporkan di dalam Mesyuarat NIC.
Unit Penggalakkan dan Pembangunan Inovasi
- Merancang dan menyelaras program inovasi di bawah Agenda Inovasi Nasional;
- Memberikan khidmat nasihat dalam aktiviti dan program inovasi di peringkat Agensi dan Negeri;
- Menguruskan anugerah, persidangan, bengkel dan pameran (showcase) inovasi peringkat Kebangsaan;
- Menguruskan kajian-kajian inovasi mengikut keperluan; dan
- Menjalinkan rangkaian strategik dan membantu menguruskan inisiatif kerjasama dalam bidang inovasi dengan agensi, institusi dan badan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Seksyen Pengkomersilan mempunyai 2 unit iaitu: Unit Harta Intelek
- Menggubal Dasar Pengkomersilan Harta Intelek R&D Yang Dibiayai Oleh Kerajaan Malaysia;
- Memberi khidmat nasihat, membantu dan memudahcara penyelidik dan perekacipta mendapatkan perlindungan harta intelek;
- Membantu pengurusan aktiviti pengkomersilan harta intelek hasil R&D oleh institusi penyelidikan yang menerima pembiayaan kerajaan dan Aplikasi Kerajaan Elektronik; dan
- Memantau Pelaksanaan Dasar Pengkomersilan Harta Intelek R&D Yang Dibiayai Oleh Kerajaan Malaysia
Unit Pembangunan Perniagaan
- Mengenalpasti dan membuat pemadanan projek-projek R&D berpotensi dikomersilkan dengan pihak industri; dan
- Bekerjasama dengan Unit Dana MOSTI dan syarikat modal teroka (MTDC, MAVCAP dan MDV) dalam aspek pembiayaan bagi meningkatkan aktiviti pengkomersilan;
Piagam Pelanggan
Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:
- Memberi maklumbalas kepada permohonan khidmat nasihat mengenai inovasi,dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
- Memberi maklumbalas kepada permohonan khidmat nasihat mengenai pengurusan dan perlindungan harta intelek penyelidik dan pencipta serta klaster MOSTI dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja; dan
- Memberi khidmat nasihat mengenai pembangunan perniagaan mengenai projek R&D yang berpotensi untuk dikomersilkan berpandukan kepada perkembangan potensi projek tersebut dari semasa ke semasa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
|
|
|
Hubungi Kami |
 |
Aras 3 , Blok C4 |
 |
03-8885 8839
|
|
|