Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
Seksyen Pengurusan Dana
 
Cetak

 

 

Pengenalan

Unit ini bertanggungjawab menguruskan dana-dana Penyelidikan dan Pembangunan yang berkaitan dengan bidang keutamaan kluster MOSTI iaitu Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut & Atmosfera, dan Teras S&T bagi memastikan Misi Nasional negara mencapai matlamatnya.

 

Objektif

  • Menguruskan dana P&P dalam klaster keutamaan S&T secara cekap dan berkesan ke arah penjanaan ilmu, sosio-ekonomi, dan kesejahteraan negara
  • Membantu usaha peningkatan aktiviti-aktiviti P&P dan pembangunan teknologi yang berorientasikan pasaran untuk kemajuan sosio-ekonomi negara
  • Menggalakkan budaya inovasi teknologi dalam usaha mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

 

Fungsi

  • Menjadi pusat rujukan bagi permohonan Dana Sains dan Dana Pra Pengkomersilan
  • Mengubal dasar dan menyelaras garis panduan, kriteria dan kuantum Dana Sains dan Dana Pra Pengkomersilan
  • Mengurus permohonan Dana Sains dan Dana Pra Pengkomersilan
  • Menyelenggara pangkalan data Sistem Pengurusan Dana P&P
  • Menyediakan khidmat susulan bagi projek-projek yang telah berjaya
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi dana

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang beretika, cekap, profesional, dan mesra kepada pelanggan kami untuk:

  • Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan Dana Sains dan Dana Pra-Pengkomersilan dalam tempoh 50 hari bekerja dari tarikh menerima permohonan lengkap
  • Memproses dokumen perjanjian dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan draf dokumen perjanjian daripada entiti
  • Memproses  pembayaran pertama dan berperingkat kepada penerima dana dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Dana membuat keputusan
Hubungi Kami
hotel2 Aras 3 , Blok C5
phone 03-8885 8047
 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2013 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top