|
Majlis Penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 21 November 2011 di Padang SMK Bandar Seri Putra, Kajang.
YAB Timbalan Perdana Menteri juga turut melancarkan portal MyIdeas@Rural. Majlis ini merupakan program dwitahunan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dilaksanakan melalui Institut Kemajuan Desa (INFRA) bagi memberi peluang kepada warga luar bandar menonjolkan kebolehan mereka mencipta dan melaksanakan idea-idea yang dinamakan 'ilham desa'.
Pelancaran portal MyIdeas@Rural merupakan kerjasama strategik di antara MOSTI dan KKLW dalam penglibatan rakyat khususnya masyarakat desa bagi menyalurkan idea yang inovatif dan kreatif sekaligus menggalakkan penggunaan teknologi ICT di kawasan desa.
|
|
Last Updated on Thursday, 29 December 2011 09:48 |