Spacer
Spacer
Top Left Corner
Crest
Mosti - Ministry of Science, Technology and Innovation
Official Portal
Ministry of Science, Technology and Innovation
Small Font Medium Font Large Font
Light Red Blue
 Search
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
Pementoran

Pengenalan

Program mentoring atau pementoran adalah salah satu program yang terdapat dalam aplikasi psikologi dalam intervensi.  Ianya adalah antara langkah-langkah yang dilakukan dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada pegawai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan).

Ia dilaksanakan bagi tujuan memantapkan tahap kecekapan pegawai di samping membantu mengatasi kebimbangan disebabkan kurang keyakinan dan pengetahuan  dalam melaksanakan tugas.  Melalui  program ini,  ilmu dan kemahiran dapat dikongsi bersama.  Di samping itu,  secara tidak langsung mereka yang berpengalaman dan terlatih diberi pengiktirafan sebagai mentor.

Pelaksanaan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005 : Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

Tujuan Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam

  • Membimbing pegawai dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial;
  • Meningkatkan kemahiran dalam aspek profesional, budaya, peribadi dan sosial;
  • Membina keperibadian tinggi di kalangan warga organisasi;
  • Membudayakan kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi;
  • Menerapkan amalan pembelajaran berterusan; dan
  • Meningkatkan imej dan reputasi pegawai dan organisasi.

Skop Mentoring Dalam Perkhidmatan Awam

3

Fokus Mentoring Dalam Perkhidmatan Awam

4

Kriteria Pemilihan Mentor Dan Menti

Pemilihan mentor adalah berdasarkan kepada kriteria seperti berikut :
  • Mempunyai ciri-ciri peribadi seperti mudah memberi dorongan dan sokongan, penyabar dan mempunyai semangat kesukarelaan dan dihormati;
  • Mendapat Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang iaitu markah 90 dan ke atas; dan
  • Dicadangkan oleh Setiausaha Bahagian masing-masing.

Bagi menti pula,  kriteria pemilihan mereka adalah seperti berikut :

  • Pegawai lantikan baru; dan/atau
  • Pegawai yang dipilih oleh mentor yang terlibat.

Implikasi Pelaksanaan Program Mentoring

Fasa Perhubungan Mentor

 
Web Directory

You are our :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Visitors
You have visited our portal [1] time(s) today
Best viewed using IE version 8.0 and above with 1024 x 768 resolution

Last Updated :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Copyright Reserved © 2013 MOSTI : Ministry of Science, Technology and Innovation. All Rights Reserved.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Fax : (603) 8888 9070 | Email : info[at]mosti.gov.my


 
go to top