Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
22 Mei 2012 : PELANCARAN MAJLIS BIOETIKA NEGARA
 

dsc_0192

Kuala Lumpur, 22hb Mei 2012 - Majlis Bioetika Negara dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Penyerahan watikah pelantikan kepada ahli Majlis Bioetika Negara telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri MOSTI. Ahli majlis ini dianggotai oleh kumpulan pakar, wakil dari kementerian-kementerian, dan pertubuhan bukan kerajaan.

Penubuhan Majlis Bioetika Negara adalah berperanan sebagai penasihat bagi menangani isu-isu bioetika yang melibatkan persekitaran, sosial, kesihatan, kebudayaan, perundangan dan keagamaan kesan daripada kemajuan sains dan teknologi.

Bidang bioetika merupakan suatu bidang yang muncul apabila isu-isu bioetika yang melibatkan persekitaran, sosial, kesihatan, kebudayaan, perundangan dan keagamaan berlaku kesan daripada kemajuan sains dan teknologi.

Mengenai penubuhan awal Majlis ini, pada 19 Jun 2009, cadangan supaya sebuah Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan di bawah MOSTI bagi meneliti cadangan penubuhan Majlis Bioetika Negara telah dibincangkan semasa satu bengkel yang diadakan sempena Mesyuarat Ke-6 COMEST (Suruhanjaya Antarabangsa Etika dalam Sains dan Teknologi) anjuran bersama MOSTI dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM).

Pada 9 Julai 2010 penubuhan Majlis Bioetika Negara telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan Majlis Bioetika Negara ini diletakkan di bawah pengendalian MOSTI.

Laman web Majlis Bioetika Negara turut dilancarkan dan boleh dilayari di alamat http://www.bioetika.gov.my.
 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2013 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top