Spacer
Spacer
Top Left Corner
Crest
Mosti - Ministry of Science, Technology and Innovation
Official Portal
Ministry of Science, Technology and Innovation
Small Font Medium Font Large Font
Light Red Blue
 Search
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
5 Jun 2012 : Kunjungan Pasukan Penilai Bersempena Penilaian Penarafan Bintang ke atas MOSTI

utama

Putrajaya, 5 Jun 2012 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan oleh Pasukan Penilai Penilaian Penarafan Bintang yang diketuai oleh Encik Kalibaskaran a/l Muniandy dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).  Pasukan ini terdiri daripada sepuluh (10) orang pegawai yang terdiri daripada pelbagai Jabatan dan Agensi seperti MAMPU, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Arkib Negara Malaysia.

Kunjungan ini bertujuan bagi menilai prestasi MOSTI bagi tahun 2011 sehingga tahun semasa bagi melayakkan penarafan Bintang diberikan ke atas kementerian dengan penarafan tertinggi sebanyak lima (5) bintang dengan peratusan Markah Penilaian di antara 90% hingga 100%.  Bagi tujuan ini, pihak MOSTI akan dinilai merangkumi tiga (3) komponen utama iaitu, A - Komponen Pengurusan yang melibatkan lima (5) kriteria; B - Komponen Perkhidmatan Teras yang meliputi empat (4) kriteria; dan C - Komponen Pengurusan Pelanggan yang mengandungi enam (6) kriteria.

Penilaian ini akan berlangsung bermula dari 5 hingga 8 Jun 2012 (Selasa hingga Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Transformasi, Tingkat 3, Blok C5, Bangunan MOSTI.  Berkenaan latar belakang Penilaian Penarafan Bintang atau Star Rating, ia disarankan oleh YAB Perdana Menteri pada 2 Februari 2005 di Mesyuarat Jemaah Menteri dan pada 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK).

Pada 8 Februari 2007, Mesyuarat Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) memutuskan supaya Star Rating dilaksanakan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi Kerajaan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

 
Web Directory

You are our :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Visitors
You have visited our portal [1] time(s) today
Best viewed using IE version 8.0 and above with 1024 x 768 resolution

Last Updated :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Copyright Reserved © 2013 MOSTI : Ministry of Science, Technology and Innovation. All Rights Reserved.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Fax : (603) 8888 9070 | Email : info[at]mosti.gov.my


 
go to top