Makluman Deraf RUU
- Tujuan utama RUU ini disediakan adalah bagi Malaysia memenuhi obligasi-obligasi yang terkandung di bawah Triti Antartika 1959 dan Artikel-artikel Mengenai Pemeliharaan Alam Sekitar Benua Antartika seperti dalam Madrid Protokol. Ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan pada tahun lepas agar Malaysia melakukan kesertaan kepada Sistem Triti Antartika 1959, dan juga Triti Protokol Madrid. Kesertaan negara pada perjanjian antarabangsa ini juga akan membolehkan Malaysia menjadi anggota negara-negara Ahli Perunding Triti Antartika (Antarctic Treaty Consultative Party – ATCP).
- Selain dari memenuhi obligasi-obligasi yang terkandung di dalam Protokol Madrid Mengenai Pemeliharaan Alam Sekitar di benua Antartik, RUU ini juga akan memastikan kepentingan dan keselamatan rakyat Malaysia semasa di benua Antartika sentiasa dilindungi dan terpelihara. Artikel VIII, Sistem Triti Antartika 1959 menjelaskan bahawa setiap warganegara dari kalangan negara Ahli Perunding Triti Antartika (ATCP) adalah tertakluk kepada undang-undang negara masing-masing sahaja dan tidak boleh dibicarakan oleh mana-mana negara ahli yang lain.
DRAFT FOR DISCUSSION AS AT 27/06/2012
|