Portal Rasmi
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Small Font Medium Font Large Font
Light Button Red Button Blue Button
 
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
17 Julai 2012 : Perjumpaan Gabungan Persatuan-Persatuan Sains dan Teknologi Malaysia (COSTAM) Bersama Y.B Datuk Seri Panglima Dr. Menteri
 

COSTAM1

Putrajaya 17 Julai 2012: Gabungan Persatuan-Persatuan Sains & Teknologi Malaysia (COSTAM) yang diketuai oleh Presidennya Prof. Ir. Dr. Ruslan Hassan telah mengadakan satu perjumpaan dengan Y.B Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili di pejabat beliau di Putrajaya.

COSTAM dalam taklimatnya kepada YB Menteri telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai kemerosotan minat para pelajar sekolah dalam bidang sains. Pada masa ini, nisbah pelajar dalam bidang sastera kepada sains adalah sebanyak 60:40. Jika fenomena ini berterusan, ia akan menjejaskan usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi. Dalam perbincangan ini juga, COSTAM telah menyatakan bahawa mereka telah menjayakan beberapa aktiviti untuk meningkatkan minat pelajar dan siswazah universiti seperti sekolah angkat, bengkel dan simposium. COSTAMĀ  sebagai sebuah gabungan yang mempunyai 34 persatuan juga telah menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengadakan beberapa aktiviti melalui pelbagai inisiatif baru bagi meningkatkan dan seterusnya mengekalkan minat para pelajar dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Pengarah Pengkormesilan, Dr. Masuri Bin Othman dan Setiausaha Bahagian Teras Sains & Teknologi, Pn Azizah Ariffin.

 
 
Direktori Web

Anda Adalah Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Anda telah lawati portal ini [1] kali hari ini
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Dikemaskini Pada :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Hakcipta Terpelihara © 2013 MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Faks : (603) 8888 9070 | E-mel : info[at]mosti.gov.my


 
go to top