Spacer
Spacer
Top Left Corner
Crest
Mosti - Ministry of Science, Technology and Innovation
Official Portal
Ministry of Science, Technology and Innovation
Small Font Medium Font Large Font
Light Red Blue
 Search
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
18 September 2012 : PUSAT BIOTEK TPM BERNILAI RM21 JUTA DI PERLIS JADI PEMANGKIN INDUSTRI HERBA DAN BAHAN SEMULA JADI DI RANTAU UTARA

TPM_Perlis_1

Kangar (18hb September 2012) - Pusat Biotek Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) bernilai RM21 juta di Perlis, dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Dato’ Seri Dr Md Isa bin Sabu hari ini, akan menjadi pemangkin bagi pertumbuhan industri bioteknologi produk-produk berasaskan herba dan bahan semula jadi bagi kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Dr. maximus Johnity Ongkili memberitahu, daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$83 bilion (RM252 bilion) dihasilkan menerusi industri herba bioteknologi.
Potensi industri bioteknologi cukup besar bagi negara ini yang kaya dengan sumber semula jadi dan biodiversiti apabila hampir 1,200 jenis tumbuhan herba boleh menampung kegunaan perubatan dan kesihatan, selain beratus spesies herba masih belum dieksploitasi sepenuhnya," katanya.

Pusat itu akan menyediakan perkhidmatan dan kepakaran profesional kepada usahawan bio, khususnya peniaga kecil dan sederhana dalam memaju dan menambahkan nilai kepada keluaran produk-produk berasaskan buah-buahan, rempah ratus dan herba semula jadi tempatan.

Ianya akan menjadi landasan bagi menggalakkan kegiatan ekonomi mampan bagi usahawan bio, demikian menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Haji Mohd Azman bin Haji Shahidin.

“Kita akan menyediakan perkhidmatan kontrak pembuatan produk-produk berasaskan herba dan bahan semula jadi yang bernilai tinggi untuk memenuhi permintaan tempatan dan luar negara yang kian meningkat,” katanya.

Pusat Biotek TPM Perlis dijangka akan meningkatkan aktivitinya antara 15 dan 50 peratus setiap tahun dan menjelang 2015 ia mensasar akan mengkomersil dan memasarkan 210 produk berasaskan herba dan bahan semula jadi dengan mewujudkan 185 usahawan baru yang akan menyediakan 555 peluang pekerjaan.

Selain itu, pusat itu dijangka akan menyediakan perkhidmatan kontrak pembuatan kepada 285 usahawan bio.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri, sains dan Teknologi, Pembangunan Usahawan dan Hubungan Antarabangsa negeri, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullai, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Pengerusi TPM Corporation Sdn. Bhd., Datuk Nasaruddin Hashim serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM Corporation Sdn. Bhd., Datuk Mohd Azman Shahidin.
 
Web Directory

You are our :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Visitors
You have visited our portal [1] time(s) today
Best viewed using IE version 8.0 and above with 1024 x 768 resolution

Last Updated :

 
msc-status
  ipv6
w3c W3C xhtml W3C css

Copyright Reserved © 2013 MOSTI : Ministry of Science, Technology and Innovation. All Rights Reserved.

Aras 1-7, Block C4 & C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel : (603) 8885 8000 | Fax : (603) 8888 9070 | Email : info[at]mosti.gov.my


 
go to top