Print Friendly

Pengenalan

Bagi menyediakan satu persekitaran yang kondusif untuk pembangunan bioteknologi negara, MOSTI telah memperkenalkan konsep klaster bagi melaksanakan Dasar Bioteknologi Negara dan inisiatifnya yang diterajui oleh Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK). Setiap ahli klaster menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk menyokong program-program di bawah Dasar Bioteknologi Negara.

 

biotekcluster

 

Ahli Klaster

 

Kerajaan Malaysia telah kenalpasti bioteknologi sebagai bidang yang berpotensi menjadi enjin baru pertumbuhan. Dasar Bioteknologi Negara yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada April 2005 merupakan komitmen kerajaan untuk menerokai bioteknologi dalam usaha membangunkan ekonomi berteraskan inovasi. Pelaksanaan fasa pertama (2005 – 2010) Dasar Bioteknologi Negara telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 . Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK) di MOSTI berperanan untuk memacu agenda bioteknologi negara melalui program-program pembangunan berikut :-

  • Program Penyelidikan dan Pembangunan
  • Program Teknologi Pembangunan
  • Program Promosi dan Kesedaran Bioteknologi

Genom Malaysia adalah sebuah organisasi berasaskan rangkaian jaringan, bukan untuk keuntungan, yang menjalankan penyelidikan asas dan translasi bertujuan untuk menghasilkan harta intelek dan teknologi baru bagi pembangunan ekonomi melalui projek kerjasama berskala besar dalam :

  • Genomik dan genetik perbandingan
  • Biologi struktur dan sintetik
  • Biologi Komputeran dan system
  • Kejuruteraan metabolisme

 


IPHARM merupakan sebuah pusat penyelidikan multidisiplin yang menumpu kepada penemuan dan pembangunan ubat-ubatan termaju. Kearah merealisasikan potensi komersil sumber asli yang terdapat di Malaysia, IPHARM giat melaksanakan usahasama strategik dengan institut-institut penyelidikan dalam dan luar negara bagi mencapai matlamat berikut:

  • Mengenalpasti niche area dalam bidang farmaseutikal dan nutraseutikal dengan menggunakan sumber semulajadi yang kaya
  • Memastikan industri farmaseutikal dan nutraseutikal mematuhi peraturan dan undang-undang berkuatkuasa sama ada peringkat nasional atau antarabangsa bagi membolehkan produk yang dihasilkan bersaing di peringkat antarabangsa
  • Mengekalkan tumpuan aktiviti penyelidikan yang sesuai dan meningkatkan kemampuan untuk menyesuaikan perubahan pelbagai teknologi dalam farmaseutikal dan nutraseutikal

Institut Agro-Bioteknologi, Malaysia (ABI) ditubuhkan pada 6 Jun 2006, ABI adalah satu inisiatif di bawah Dasar Bioteknologi Kebangsaan. Institut ini terletak berdekatan MARDI dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.

Projek ABI merangkumi penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan ke atas sector agro-bioteknologi.  ABI akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam penyelidikan dan pengkomersilan produk yang berpotensi.


BiotechCorp

www.biotechcorp.com.my

BiotechCorp merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan diperbadankan milik penuh oleh Kementerian Kewangan. BiotechCorp ditadbir oleh Majlis Pelaksanaan Bioteknologi dan dinasihati oleh Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi yang kedua-duanya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Objektif penubuhannya untuk menetukan nilai cadangan dalam R&D dan pengkomersilan dan menyokong usaha ini menerusi bantuan kewangan dan pembangunan perkhidmatan. Mandat utama Biotechcorp adalah seperti berikut:-

  • Bertindak sebagai pusat sehenti (one-stop-centre)
  • Membimbing dan mempercepatkan perkembangan syarikat-syarikat bioteknologi negara
  • Menyediakan persekitaran kondusif bagi bidang bioteknologi
  • Bergiat aktif mempromosikan FDI dalam bioteknologi.

Inno Biologics Sdn. Bhd. merupakan organisasi pembuatan kontrak (Contract Manufacturing Organisation) yang menyediakan kemudahan pengilangan cGMP untuk penghasilan Active Biopharmaceutical Ingredients (API). Terletak di Putra Nilai, Negeri Sembilan, Inno Biologics merupakan subsidiari di bawah Inno Bio Ventures Sdn. Bhd. iaitu Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Perkhidmatan Inno Biologics meliputi semua peringkat penghasilan asas sel protein terapeutik mamalia dan antibodi monoklonal daripada proses DNA rekombinan dan pembangunan bioproses terhadap pengilangan cGMP, yang mematuhi keperluan Good Manufacturing Practices (GMP) dan mematuhi peraturan US FDA (Food & Drug Administration), EMEA (European Medicines Agency) dan PIC/S (Pharmaceutical Inspection Co-operation Schemes).


Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) telah diperbadankan pada September 1996. TPM adalah organisasi berasaskan hakmilik, ditubuhkan untuk memangkin transformasi Malaysia kea rah ekonomi berasaskan pengetahuan. TPM diuruskan oleh pakar-pakar professional yang tujuan utamanya untuk meningkatkan kekayaan komuniti dengan mempromosikan budaya inovasi dan persaingan dalam perniagaan berkaitan dan organisasi berasaskan pengetahuan.