Pemakluman
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe 9), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memperkenalkan dana ScienceFund, Technofund, Innofund, e-Content dan DAGS Roll Out bertujuan untuk membiayai projek-projek daripada fasa penyelidikan, pembangunan sehingga pra pengkomersilan. Sehingga Disember 2009, sebanyak 3,421 projek penyelidikan dan pembangunan telah dibiayai melalui dana-dana tersebut bagi RMKe-9.
MOSTI akan terus menerima cadangan-cadangan permohonan projek bagi dana TechnoFund, InnoFund, ScienceFund, e-Content dan DAGS Roll Out. Walau bagaimanapun, berkuat kuasa mulai 1 Mac 2010 permohonan-permohonan ini akan hanya diproses untuk pembiayaan di bawah RMKe-10. Ini adalah kerana permohonan yang diterima sehingga kini adalah amat menggalakkan dan peruntukan yang sedia ada akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai projek yang telah diluluskan di bawah RMKe-9