| 6 Oktober 2009 : Persidangan "IT Showcase Asia 2009" |
|
|
|
Persidangan "IT Showcase Asia 2009" anjuran JFPS Group, Kuala Lumpur telahpun dilancarkan oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Binti Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 6 Oktober 2009 di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur. Persidangan yang bertemakan "Managing More With Less - Allocating Your IT Portfolio Intelligently To Remain Resilient In The Current Business Environment" ini akan berlangsung selama 2 hari bermula 6 Oktober hingga 7 Oktober 2009.
Objektif penganjuran program ini ialah untuk menyediakan satu platform pemindahan idea, minda dan pengetahuan dalam pelbagai strategi penjimatan dan pengurangan kos IT dalam sesebuah syarikat. Antara topik perbincangan persidangan ini ialah “Best Practices in IT Outsourcing”, “IT Governance”, “IT Service Management (ITIL)” dan “Virtualization”.
Y. Bhg. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) turut di bawa melawat booth-booth pameran yang diadakan di sekitar oleh syarikat-syarikat IT seperti Telekom Malaysia Berhad, Kingsoft (M) Sdn. Bhd., Time Quantum Technology Sdn Bhd, Citrix Systems, Inc. dan lain-lain. bagi mempamerkan teknologi-teknologi terkini yang sejajar dengan tema persidangan ini.
|
|
| Last Updated ( Monday, 12 October 2009 ) |
| < Prev | Next > |
|---|





















