HomeMinistry ProfileTop ManagementClient's CharterWebmailContact Us
 .my DOMAIN REGISTRY is the registry and registrar for the .my domain, and comprises the following departments: registration, billing, system administration, policy, corporate services, technology & innovation and corporate communication.
logo_cybersafe.jpg
The main mission of BGM, is to fast-track Malaysia's transition to an innovation-based economy, by leveraging the talent pool of Malaysian Diaspora and/or foreign Researchers, scientist, Engineers and Technopreneurs (RSETs) residing abroad through incentive offerings for mutual benefit. Permohonan Permit Untuk Import/Eksport Bahan Radioaktif, Mineral Radioktif Dan Radas Penyinaran Secara On-Line
MS Online System aims to assist users in getting Malaysian Standards information quickly via the Internet. The system provides users with a search facility using several search criteria such as title, MS number, year, keywords, ICS number and/or subjects to search the relevant standards needed by the users. Sistem eHCD adalah sistem permohonan biasiswa / dana bagi Program Pembangunan Modal Insan(HCD) secara online Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Innoxchange - Gateway to Innovation Portal myIdeas
logo_cyber.jpg
ptklogo.jpg  

 

Intranet

 

intrnet2.jpg pl1copy.jpg

31 Oktober 2009 : Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Negara 2009 Print E-mail

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2009  - Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Negara 2009 ini telah disempurnakan oleh Y. B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, diiringi oleh Y. Bhg. Dato’ Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha MOSTI. Turut hadir ke majlis perasmian ini adalah Y. Bhg. Datin Paduka Prof. Dr. Khatijah Bt. Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) MOSTI dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI.

Hampir 500 orang telah membanjiri Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bagi melihat majls tersebut. Majlis yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf usaha–usaha inovasi dan kreativiti rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara dan kesejahteraan masyarakat. Usaha ini juga merupakan satu insentif kepada rakyat untuk menghasilkan inovasi untuk kesejahteraan masyarakat seperti mana diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri di dalam Ucapan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009.

 

Dalam memberi pengiktirafan kepada pencipta-pencipta, pada tahun ini, MOSTI telah mengwujudkan 10 sub-kategori iaitu lima sub-kategori di bawah kategori Produk dan lima lagi di bawah kategori Akar Umbi. Kategori produk telah dibahagikan kepada sub-kategori iaitu Waste To Wealth, Bioteknologi, Kesihatan, Industri dan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT),  manakala kategori  Akar Umbi ialah Pereka Muda (18-35 tahun), Sekolah Menengah, Komuniti, Wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU).

 

Seramai 49 peserta akhir telah dipilih oleh Panel Penilai. Terdapat dua pemenang bagi sub-kategori Waste to Wealth, Kesihatan dan ICT. Manakala bagi sub-kategori Wanita dan OKU, pihak panel Hakim memutuskan bahawa tiada pemenang kerana tidak memenuhi kriteria-kriteria penghakiman untuk dianugerahkan dengan Anugerah Inovasi Negara 2009. Bagi mereka yang berjaya, MOSTI akan membantu dalam memberi bantuan teknikal untuk menambahbaik serta bantuan pendaftaran harta intelek. Setiap pemenang bagi kategori Produk Inovasi menerima wang tunai berjumlah RM 15,000 berserta piala dan sijil penyertaan. Manakala pemenang kategori Akar Umbi menerima wang tunai berjumlah RM 5,000 berserta piala, sijil penyertaan dan geran pendaftaran paten (bagi yang terpilih). Finalis Anugerah Inovasi Negara 2009 pula menerima saguhati berupa wang tunai berjumlah RM 1,000 dan sijil penyertaan.

 

Senarai pemenang Anugerah Inovasi Negara 2009 mengikut kategori adalah seperti berikut:-


Kategori Produk Inovasi 


i. Waste To Wealth
a) Tajuk: A Hybrid Mixed Matrix (H2MC) Composite Membrane
  Perekacipta: Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail
b) Tajuk: CardioMate – A Waste to Wealth Health Products from Seaweeds       and Palm Leaf Extract
 Perekacipta : Prof. Dr. Suhaila Mohamed


ii. Bioteknologi
Tajuk: MR 219 – Varieti Padi Berhasil Tinggi dan Sesuai untuk Sistem Tabur  Terus
Perekacipta: Alias bin Ismail


iii. Kesihatan
a) Tajuk: Molecular Diagnostics of Dengue Infections
Perekacipta: Prof. Dr. Shamala Devi A/P K.C. Sekaran
b) Tajuk: Medic Strapping Pad (MSP)
       Perekacipta: Suresh A/L M. Rajan


iv. Industri
Tajuk: Otosil – Mesin Pengeluaran Silaj Pelepah Sawit yang Kos Efektif
Perekacipta: Ghazali bin Hussin


v.  Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
a) Tajuk: ME2: Mathematics in Education Software for Smart Schools
      Perekacipta: Prof. Dato’ Dr. Halimah Badioze Zaman
b) Tajuk: Distributed Network Monitoring and Security Monitoring Platform
      Perekacipta:Prof. Dr. Sureswaran Ramadass

 

Kategori  Akar Umbi

i. Sekolah Menengah
Tajuk: Penyapu Pintar
Perekacipta: Sekolah Memengah Teknik Kuala Krai, Kelantan

 

ii. Pereka Muda
Tajuk: A-1 BOD – Patient Transfer Device
Perekacipta: Tan Ai Ai

 

iii. Komuniti
Tajuk: Platform Sangkar Akuakultur Modular Y
Perekacipta: Azhar bin Ariffin

 

 

 

 

Last Updated ( Monday, 09 November 2009 )
 
< Prev   Next >