HomeMinistry ProfileTop ManagementClient's CharterWebmailContact Us
 .my DOMAIN REGISTRY is the registry and registrar for the .my domain, and comprises the following departments: registration, billing, system administration, policy, corporate services, technology & innovation and corporate communication.
logo_cybersafe.jpg
The main mission of BGM, is to fast-track Malaysia's transition to an innovation-based economy, by leveraging the talent pool of Malaysian Diaspora and/or foreign Researchers, scientist, Engineers and Technopreneurs (RSETs) residing abroad through incentive offerings for mutual benefit. Permohonan Permit Untuk Import/Eksport Bahan Radioaktif, Mineral Radioktif Dan Radas Penyinaran Secara On-Line
MS Online System aims to assist users in getting Malaysian Standards information quickly via the Internet. The system provides users with a search facility using several search criteria such as title, MS number, year, keywords, ICS number and/or subjects to search the relevant standards needed by the users. Sistem eHCD adalah sistem permohonan biasiswa / dana bagi Program Pembangunan Modal Insan(HCD) secara online Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Innoxchange - Gateway to Innovation Portal myIdeas
logo_cyber.jpg
ptklogo.jpg  

 

Intranet

 

intrnet2.jpg pl1copy.jpg

5 Februari 2010 (Utusan Malaysia): Inovasi: Malaysia pada kedudukan 31 terbaik dunia Print E-mail
KUALA LUMPUR . - Malaysia secara keseluruhannya berada pada kedudukan terbaik berbanding negara lain di rantau ini dalam aspek prestasi inovasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, negara kini berada pada kedudukan ke-31 daripada 82 buah negara dalam prestasi indeks inovasi berdasarkan data tahun 2004 hingga 2008.

''Malaysia telah melonjak tiga anak tangga berbanding 2007 berdasarkan data tahun 2002 hingga 2006.

''Singapura di tangga ke-17 berbanding 16 sebelumnya, Thailand menurun ke tangga 58 daripada 53 dan Indonesia pula kekal di tangga 74," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Bahagian Kanan Perancangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Mohamad Badri.

Maximus berkata, indeks inovasi digunakan untuk mengukur prestasi inovasi berdasarkan bilangan paten yang dianugerahkan oleh pejabat paten di Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan Jepun.

Sehubungan itu, katanya, peningkatan jumlah paten dengan kadar 10 peratus bagi tahun 2010 merupakan salah satu Indeks Prestasi Utama (KPI) kementerian.

"Jumlah paten perlu ditambah jika kita hendak mencapai tahap negara berpendapatan tinggi dan menonjolkan diri sebagai sebuah negara yang mampu menghasilkan idea, paten dan produk bertaraf antarabangsa," jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, inovasi perlu dimasyarakatkan demi memastikan ia dekat di hati rakyat dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

"Inovasi adalah kunci pada kemakmuran dan ketamadunan sesebuah negara. Memasyarakatkannya terlebih dahulu adalah penting sebelum membudayakan dalam kehidupan harian," katanya.
 
 
 
Last Updated ( Thursday, 11 February 2010 )
 
< Prev   Next >