HomeMinistry ProfileTop ManagementClient's CharterWebmailContact Us
 .my DOMAIN REGISTRY is the registry and registrar for the .my domain, and comprises the following departments: registration, billing, system administration, policy, corporate services, technology & innovation and corporate communication.
logo_cybersafe.jpg
The main mission of BGM, is to fast-track Malaysia's transition to an innovation-based economy, by leveraging the talent pool of Malaysian Diaspora and/or foreign Researchers, scientist, Engineers and Technopreneurs (RSETs) residing abroad through incentive offerings for mutual benefit. Permohonan Permit Untuk Import/Eksport Bahan Radioaktif, Mineral Radioktif Dan Radas Penyinaran Secara On-Line
MS Online System aims to assist users in getting Malaysian Standards information quickly via the Internet. The system provides users with a search facility using several search criteria such as title, MS number, year, keywords, ICS number and/or subjects to search the relevant standards needed by the users. Sistem eHCD adalah sistem permohonan biasiswa / dana bagi Program Pembangunan Modal Insan(HCD) secara online Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Innoxchange - Gateway to Innovation Portal myIdeas
logo_cyber.jpg
ptklogo.jpg  

 

Intranet

 

intrnet2.jpg pl1copy.jpg

5 Februari 2010 (Utusan Malaysia) : Malaysia Inovatif : Kempen membina kualiti Print E-mail
TAHNIAH kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang melancarkan kempen Malaysia Inovatif 2010 dengan tema “Meraikan Kreativiti”. Sebagai salah seorang pemerhati yang sentiasa dahagakan inovasi, langkah untuk menyuntik semangat inovasi di kalangan rakyat ini adalah sangat tepat pada masanya.

Kempen ini mempunyai matlamat yang penting iaitu untuk mengubah wajah bangsa dan negara sebagai sebuah negara maju tanpa menggadaikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya rakyat Malaysia.

Saya berharap kempen Malaysia Inovatif ini bukan sekadar sebuah kempen jangka masa pendek. Bagi saya, perubahan sikap tidak akan berlaku dalam masa singkat ataupun melalui perbelanjaan berbilion ringgit.

Kempen Malaysia Inovatif merupakan pentas terbaik untuk melihat wajah Malaysia baru yang mementingkan ‘kualiti’ sebagai elemen utama dalam segenap lapangan. Dalam masa separuh abad setelah merdeka, Malaysia dicemburui oleh beberapa negara jiran dan Barat ekoran kejayaan yang dicapai. Memang tidak dinafikan, masih banyak yang boleh ditingkatkan. Tetapi usaha-usaha murni ke arah itu perlu disokong dan disertai secara aktif oleh rakyat untuk melihat kejayaan mutlak dan menyeluruh.

Justeru, persoalan yang berlegar kini, adakah rakyat benar-benar memahami maksud inovasi? Adakah inovasi bermaksud pembangunan sains dan teknologi semata-mata? Melalui pengamatan dan pembacaan, saya berpendapat inovasi merupakan sentuhan baru kepada amalan lama atau mengguna pakai kaedah baru untuk mencapai kecemerlangan.

Inovasi tidak harus dilihat dalam ruang lingkup sains dan teknologi semata-mata. Malah inovasi merupakan alat atau buah fikiran untuk yang diguna pakai dalam keseluruhan cara hidup kita.

Inovasi amat diperlukan untuk negara bersaing di persada antarabangsa. Tetapi hanya inovasi yang berpaksi kepada peringkat akar umbi sahaja yang mampu mengubah corak hidup rakyat di negara ini.

Sentuhan inovasi amat diperlukan dalam beberapa perkara. Antaranya, inovasi dalam membentuk pola pemikiran rakyat Malaysia untuk bersikap positif. Selain itu, inovasi untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia dan mengurangkan kadar buta huruf.

Inovasi lain adalah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang menghantui rakyat Malaysia. Inovasi juga diperlukan dalam menjalankan perniagaan dan untuk membentuk gaya hidup masyarakat.

Begitu juga dengan amalan pemakanan yang boleh membantu memelihara tahap kesihatan yang lebih baik. Pentadbiran negara juga memerlukan inovasi supaya perkhidmatan terbaik sejajar dengan infrastruktur negara yang kelas satu dapat diberikan. Paling penting, inovasi dalam memelihara perpaduan antara kaum juga perlu diberi perhatian.

Jika Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dapat mempergiatkan inovasi ke peringkat akar umbi, pastinya sebuah anjakan paradigma akan berlaku dalam pemikiran rakyat.

Malaysia juga memiliki rangkaian yang tidak dimiliki oleh beberapa negara lain yang berjaya pada hari ini seperti Korea dan Jepun. Jika penjenamaan kualiti terserlah di dalam produk-produk Malaysia, kita dapat menawan dunia dengan mudah.

Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam menjayakan pelbagai kempen, cabaran utama yang sering dihadapi ialah penyertaan rakyat secara keseluruhannya. Mana-mana kempen sekali pun jika tidak disertai oleh rakyat, maka peluang mencapai kejayaan adalah tipis.

Semua pihak tanpa mengira latar belakang sosial, politik dan geografi perlu tampil ke hadapan untuk menyokong kempen ini yang akan menguntungkan seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut baik dan marilah menyokong kempen berkenaan untuk berjaya supaya kempen berkenaan mampu mengubah corak hidup rakyat.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan menyarankan supaya kempen ‘Malaysia Inovatif’ perlu dijadikan kempen jangka masa panjang dan berterusan ke peringkat akar umbi. Kerajaan juga perlu mensasarkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk mengukur sejauh mana kejayaan program ini dalam mengubah nasib dan mutu hidup rakyat Malaysia.
 
 
 
Last Updated ( Thursday, 11 February 2010 )
 
< Prev   Next >