| 20 MEI 2010 : KUNJUNGAN HORMAT Y.B MENTERI |
|
|
|
KOTA KINABALU: Y.B Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili serta beberapa pegawai kanan telah mengadakan satu kunjungan rasmi untuk berjumpa dengan Yang Di Pertua Negeri Sabah, T.Y.T Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hjh. Dayang Masuyah Japar di Istana Negeri Kota Kinabalu.
Tujuan utama kunjungan ini dijalankan adalah untuk menerangkan kepadaYang Di Pertua Negeri Sabah, T.Y.T. Tun Datuk Seri Panglima HajiAhmadshah Abdullah Ketua Menteri mengenai Karnival Malaysia Inovatif2010 (MI2010) bagi Zon Sabah yang dijadualkan pada 28 dan 29 Meibertempat di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menjadi tuan rumah karnivaltersebut bertempat di Dewan Canselori UMS, Teluk Likas, Kota Kinabalu.Fokus karnival ini adalah untuk memaparkan inovasi yang dijalankan dinegeri Sabah terutamanya pada peringkat akar umbi. Deligasi Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dalam kunjungan rasmi ini turutdisertai oleh Datin Nur Wahidah Wong Abdullah (Setiausaha BahagianInovasi & Pengkomersilan), Tuan Hj. Ir. Yahaya Ahmad (Ketua PegawaiEksekutif SIRIM Berhad), Tuan Hj. Khairan Untoh (Pengurus Besar SIRIMBerhad) dan En. Abdul Malik Tussin (Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah). Karnival ini merupakan salah satu daripada program utama untuk MI2010yang bertujuan untuk menyemai budaya kreativiti dan inovasi di segenaplapisan masyarakat. Ini adalah selaras dengan hasrat agenda inovasi nasional untukmentransformasikan ekonomi ke arah sebuah Negara yang berasaskaninovasi untuk menjana kekayaan, ilmu pengetahuan dan kesejahteraanmasyarakat. Karnival untuk Zon Sabah merupakan karnival kedua yang dijalankanselepas pelancaran MI2010 oleh Perdana Menteri pada bulan Januari.Karnival pertama telah diadakan di Zon Utara di Kangar, Perlis pada 27Februari 2010. |
|
| Last Updated ( Monday, 24 May 2010 ) |






















