|
Kunjungan Hormat oleh YB Datuk Dr. Yee Moh Chai, Menteri Insfrastruktur dan Kemajuan Teknologi Sabah |
|
|
29 Ogos 2008, Putrajaya - Delegasi seramai 15 orang dari Pejabat Kerajaan Negeri Sabah telah melakukan kunjungan hormat ke MOSTI. Rombongan tersebut diketuai oleh YB Datuk Dr. Yee Moh Chai, Menteri Insfrastruktur dan Kemajuan Teknologi Sabah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu. Rombongan tersebut telah disambut oleh YB Haji Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Gerakan Aras 7 Blok C5, Komplek C.
Sesi taklimat telah di isi dengan penerangan ringkas berkenaan fungsi dan perkhidmatan MOSTI oleh Dr. Kamarudin b. Min dari Unit Strategik, Bahagian Perancangan. Penerangan mengenai kluster ICT turut diberikan oleh Dr. Raslan Ahmad, SUB DICT. Turut hadir di majlis tersebut adalah Dato' Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad , Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan) dan Setiausaha Bahagian MOSTI dari kluster BIOTEK, Teras S&T, Industri dan S2S.
source by : UKK
|
|
Last Updated ( Friday, 12 September 2008 )
|