HomeMinistry ProfileTop ManagementClient's CharterWebmailContact Us
 .my DOMAIN REGISTRY is the registry and registrar for the .my domain, and comprises the following departments: registration, billing, system administration, policy, corporate services, technology & innovation and corporate communication.
The main mission of BGM, is to fast-track Malaysia's transition to an innovation-based economy, by leveraging the talent pool of Malaysian Diaspora and/or foreign Researchers, scientist, Engineers and Technopreneurs (RSETs) residing abroad through incentive offerings for mutual benefit. Permohonan Permit Untuk Import/Eksport Bahan Radioaktif, Mineral Radioktif Dan Radas Penyinaran Secara On-Line
MS Online System aims to assist users in getting Malaysian Standards information quickly via the Internet. The system provides users with a search facility using several search criteria such as title, MS number, year, keywords, ICS number and/or subjects to search the relevant standards needed by the users. Sistem eHCD adalah sistem permohonan biasiswa / dana bagi Program Pembangunan Modal Insan(HCD) secara online Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Innoxchange - Gateway to Innovation Portal myIdeas
logo_cyber.jpg logo_cybersafe.jpg
Home
24 Oktober (Berita Harian) : Dua kerabat ketuai penerima pingat Print E-mail

Penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-78

KUANTAN: Anakanda Sultan Pahang, Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mu'adzam Sultan Ahmad Shah dan kekanda baginda, Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil Sultan Abu Bakar dianugerahkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK), sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-78, hari ini.

Pengarah Urusan As Holding Sdn Bhd, Datuk Tengku Azman Sultan Abu Bakar yang juga adinda Sultan Pahang, mengetuai senarai 20 penerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

 

Penerima SSAP lain ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen; Lt Kol Datuk Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar; Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Aziz Jaafar; Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Abdul Munit Kasmin.

Pengarah Urusan Alam Venture Sdn Bhd, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman; Pengarah AIM Point Plaza, Datuk Tew Kim Thim; Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Zarinah Sameehah Anwar; Ahli Lembaga Penasihat Tesco Malaysia, Datuk Mohamed Abid; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhamad Ismail Jamaluddin; Pengarah Eksekutif Jerasia Capital Bhd, Datuk Mohd Hanif Abdul Aziz; Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Paul Mony Samuel, pemaju perumahan, Datuk Low Chang Hian; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM International Bhd, Datuk Jamaludin Ibrahim dan Pengerusi Sumberjaya Land Sdn Bhd, Datuk Nik Othman Nik Hussein.

Sementara itu, Datuk Tengku Sulaiman Sultan Abu Bakar mendahului senarai sembilan penerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima lain Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail; Orang Besar Berlapan Negeri Pahang, Datuk Mustafar Abu Bakar; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman; Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin; Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Pengarah Urusan Proton Holding Bhd, Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Zainol Othman dan Pengarah Besar Felda, Datuk Ahmad Tarmizi Alias.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Azizan Ahmad adalah antara 26 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk. Antara penerima lain Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman; Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Norzan Ahmad; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir Rosman Yahya.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Mohd Azhar Yahaya; Panglima No 1 Divisyen Utara, Datuk Roslan Saad; Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani; Pengurus Besar Bank Pertanian Malaysia (BPM), Martini Osman; Pengurus Projek Ahmad Zaki Resources Bhd, Datuk Wan Zakaria Wan Muda; Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Meme Zainal Rashid.

Pengarah Pusat Payudara/Prof Radiologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Pahang, Humairah Abd Samad; Pemegang francais Volkswagen Malaysia, Zulkifli Ishak; Pengarah Urusan Mayangvest Construction & Development Sdn Bhd, Datuk Zailan Abdul Ghapar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun; Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Saariah Saad; Setiausaha Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan, Fauziah Yaakob dan Setiausaha Suruhanjaya JPA, Lamien Sawiyo.

Dua Exco Kerajaan Pahang, Mohamad Safri Ab Aziz dan Shafik Fauzan Sharif serta penyanyi terkenal, Sheila Majid adalah antara 90 orang yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DIMP lain ialah Timbalan Menteri di JPM, S K Devamany; pendakwah terkenal, Siti Nur Bahyah Mahmood, Ahli Parlimen Muar yang juga Pengerusi Perbadanan Filem Nasional (Finas), Razali Ibrahim; Adun Chini, Abu Bakar Harun; Timbalan Pengarah JKR Pahang, Mohamad Sahimi Arshad; Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Ardi Awang; Ketua Unit Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang-undang Pahang, Razali Che Ani; Setiausaha Sulit Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yasmin Abdullah; Pegawai Daerah Lipis, Abu Jamal Nordin; Pegawai Daerah Bentong, Toantowee Mohd Lotfie; Pegawai Daerah Jerantut, Ismail Mohd Ali; Pegawai Daerah Temerloh, Dr Sallehudin Ishak.

Profesor Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Mahani Mansor; Profesor Jabatan Sains BioPerubatan UKM, Prof Jamaludin Mohamed; Pengarah cawangan Ibu Pejabat JKR, Ir Abdullah Abdul Rahman; Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Abd Halim Ain; Ketua Pengarah Perhilitan, Abd Rashid Samsudin; Pengarah Kanan Jabatan Perangkaan, Napsiah Abu Bakar; Ketua Pengarah Agensi Remote Sensing Negara, Darus Ahmad; Pengarah Kastam Malaysia, Datin Azizah Idris; Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Salbiah Ismail; Setiausaha Bahagian (Pembangunan) Kementerian Pelajaran, Badarudin Abd Rahaman; Setiausaha Bahagian JPM, Wan Hamidah Wan Ibrahim.

 

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen), Mahadiah Mohamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Penerangan, Dr Rothiah Omar; Ketua Pengarah LPPKN, Aminah Abdul Rahman; Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Rusley Taib; Pengurus Besar Kanan Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi Lembaga Tabung Haji, Kamarudin Mat Ali. 

Panglima Wilayah Laut 1, TLDM Tanjung Gelang, Abd Aziz Mohd Dom; Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi Khazanah Nasional Berhad, Mohamad Zainal Shaari; Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Azmi Setapa; Setiausaha Politik Menteri Pelancongan, Amran Mat Nor; Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran, Mohamad Shafie Asnawi; Pengarah Tanah dan Galian Kuala Lumpur, Zainudin Tala; Setiausaha Sulit Kanan Menteri Luar, Abdul Aziz Sahar.

Pengarah Kanan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Operasi Rela, Mustafa Ibrahim; Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Shuib Yusof; Peguamcara Perbendaharaan Malaysia; Khatijah Isa; Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohammed; Pengarah Imigresen Pahang, Mohamad Nasir Osman; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Sh Yahaya Sh Mohamed dan Pengarah Kastam Selangor, Roslan Yusuf.

Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Razak Musa; Ketua Pengarah Operasi dan Eksais, Markas TUDM, Brig Jen Anssar Ali s/o Majeth; Ketua Pengarah Bantuan, Markas TUDM, P/Brig Jen Sabri Adam; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas TUDM, Brig Jen Ahmad Anuar Ahmad; juruterbang Markas TUDM, Brig Jen Abdul Karim Abdul; Dr Shah Rezal Sujit Baskaran Abdullah; Pengerusi PSDC, Lahuree Sudiran; Pegawai Khas Pengerusi Pos Malaysia, Norsham Sarman; Ketua Pegawai Operasi (Pos Mel) Pos Malaysia, Mohamed Hazlan Mohamed Hussain; Ketua Pegawai Operasi (Pos Logistik) Pos Malaysia, Derus Harun.

Pengarah Eksekutif Kumpulan DRB Hicom, Mohd Redza Shah Abdul Wahid; pakar jantung Hospital Pakar Damansara, Dr Tamil Selvan Muthusamy; Pengerusi Eu Yan Sang Sdn Bhd, Anne Leong Kwei Chun Nee Anne Eu; Pengarah Urusan TMC Life Sciences Bhd, Dr Collin Lee Soon Soo dan Pengarah Klinik Rosli, Rosli Ismail.

Seramai 26 orang dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Ahmad Shah (SAP), 65 orang menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Mahkota Pahang (SMP), 79 lagi menerima anugerah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 129 menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Pahang (AMP), Pingat Khidmat Cemerlang (100 penerima), Pingat Kelakuan Terpuji (111 penerima) dan Pingat Jasa Kebaktian (361 penerima).
 

 
< Prev   Next >