Print Friendly
Latar Belakang

Latar Belakang

Kementerian ini telah ditubuhkan pada 1973 sebagai Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Pada tahun 1976, selaras dengan fungsi dan tanggungjawab baru yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar, nama Kementerian telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE). Seterusnya, Jemaah Menteri pada 27 Mac 2004 telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE dan nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menerajui fungsi pembangunan ICT negara, Multimedia dan Inovasi. Pada tahun 2007, fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut kluster Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi.

Visi & Misi

Visi

“Peneraju agenda Sains, Teknologi dan Inovasi Negara.”

 

Misi

“Meneroka, membangun dan memanfaatkan STI untuk menjana ilmu pengetahuan, mencipta kekayaan dan menjamin kesejahteraan masyarakat ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang kompetitif, mapan dan terangkum.”

Teras Strategik MOSTI

Teras Strategik MOSTI

  1. Membangunkan modal insan dalam STI ke arah menjana dan meningkatkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpandukan modal inovasi;
  2. Manfaat dan memperhebatkan R&D tempatan, perolehan teknologi dan inovasi untuk pasaran;
  3. Mengarusperdana STI, memupuk dan membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif;
  4. Meningkat dan memperkukuhkan jalinan dan jaringan strategik (kolaborasi, kerjasama dan perkongsian);
  5. Memperkukuhkan dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan;
  6. Memperhebatkan pengkomersilan dan harta intelek bagi penghasilan kekayaan dan kesejahteraan masyarakat;
  7. Memperkasakan komuniti melalui sains, teknologi dan inovasi untuk pembangunan mapan;
  8. Pengantarabangsaan; dan
  9. Pemerkasaan keupayaan dan kapasiti perkhidmatan sokongan MOSTI.
Jenis-Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh MOSTI

Jenis-Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh MOSTI

  1. Laporan Kaji Cuaca
  2. Pelesenan Bahan Radio Aktif
  3. Mengurus dan Menyelaras Dana R,D&C
  4. Ujian DNA
  5. Pensijilan Standard
  6. Keselamatan Siber
  7. Pendidikan Sains Angkasa
  8. Khidmat Juruperunding Perlindungan Sinaran
  9. Pencerapan maklumat muka bumi
  10. Pendidikan non-formal STI