2007 2008 2009 2010 2011 2012
 

Ceramah Hiasan Pokok Lanskap dan Penggunaan ICT Masa Kini

 

Pada 11 Mac 2010, Ceramah Hiasan Pokok Lanskap dan Penggunaan ICT Masa Kini telah dianjurkan oleh Biro Pendidikan Puspanita Cawangan MOSTI. Seramai 200 peserta menghadiri ceramah ini. Penceramah jemputan bagi Hiasan Pokok Lanskap ialah Encik Tajuddin dari Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia manakala ceramah Penggunaan ICT Masa Kini telah disampaikan oleh Pn. Norzalina Nasirudin dari pusat IT Nuklear Malaysia.

 

 
Seminar Hari Wanita
 

Pada 8 Mac 2010, Puspanita Nuklear Malaysia telah menghadiri Seminar Hari Wanita sempena meraikan Hari Wanita Sedunia. Seramai lapan (8) ahli puspanita telah menyertai seminar ini dan mereka terdiri dari Pn. Rusnah Mustaffa, Dr. Seri Chempaka, Pn. Ross Simah Mohd Derim, Pn. Nurhaslinda Ee Abdullah, Pn. Rusni Rejab, Pn. Asmah Mohibbat, Pn. Salahbiah dan Pn. Siti Madiha Muhammad Amir. Seminar diadakan di Institut Sosial Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah dan pameran.

 
 

Seminar Puspanita Pelopor Misi Hijau & Kitar Semula

 

Selain dari menganjurkan aktiviti dalaman, ahli puspanita juga tidak melepasakan peluang menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh Puspanita Kebangsaan. Antara aktiviti yang dihadiri ialah Seminar Puspanita Pelopor Misi Hijau & Kitar Semula. Seminar ini telah diadakan pada 23 Jun 2010. Seramai tiga (3) wakil dari Puspanita Nuklear Malaysia menghadirinya dan mereka terdiri dari Pn. Siti Madiha Muhammad Amir, Pn. Nadira Kamarudin dan Pn. Siti Hawa Mat Zin. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada seminar tersebut antaranya ceramah, demo dan aktiviti jualan produk dari bahan kitar semula.

 

Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan MOSTI ke-27

 

Puspanita Nuklear Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan MOSTI ke-27 pada 6 Ogos 2010. Mesyurat Agung pada kali ini adalah bertempat di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan laporan bagi setiap biro dan aktiviti puspanita setiap jabatan. Di samping itu juga, mesyuarat kali ini diserikan dengan pengumuman pemenang bagi Pertandingan Kreativiti dimana dalam pertandingan itu, peserta perlu menyediakan tas tangan atau beg dari bahan terbuang. Puspanita Nuklear Malaysia berasa bangga kerana Pn. Mariam Noor dari Puspanita Nuklear Malaysia telah berjaya mendapat tempat pertama untuk pertandingan tersebut.