2007
2008
2009
2010
2011
2012
 
 
Cybersafe Education, Cool Mum Cool Dad
 
Pada 15 Jun 2011, Biro Pendidikan PUSPANITA MOSTI telah mengadakan seminar keselamatan siber, bertempat di Cybersecurity. Peserta didedahkan tentang bahayanya penggunaan internet, terutamanya di kalangan anak-anak tanpa pemantauan ibu-bapa. Antara kandungan seminar adalah bagaimana membesarkan anak-anak di era digital, penggunaan medium rangkaian sosial, keselamatan online dan sebagainya. Seminar satu hari ini juga memberi kesempatan kepada peserta untuk melawat Unit Forensik di Cybersecurity dan mempelajari secara ringkas peranan dan fungsi unit tersebut. Seminar seperti ini wajar dianjurkan lagi bagi memberi peluang kepada ahli-ahli PUSPANITA yang lain memperoleh manfaat yang serupa.
 
 
Majlis Meraikan Lawatan Yang Dipertua PUSPANITA ke PUSPANITA Cawangan MOSTI di Agensi Nuklear Malaysia Kali Ke-16
 
Pada 20 Mei 2011, Yang Dipertua PUSPANITA, Puan Seri Dato' Wan Noorlina binti Wan Hussin dan ahli-ahli PUSPANITA Kebangsaan telah membuat lawatan ke PUSPANITA cawangan MOSTI. Agensi Nuklear Malaysia merupakan PUSPANITA cawangan MOSTI yang terpilih untuk dilawati. Pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena meraikan kehadiran Yang Dipertua PUSPANITA. Antaranya pemeriksaan barisan Unit Keselamatan Fizikal, Nuklear Malaysia, sambutan 'budak semut' oleh kanak-kanak sekolah rendah dari Taman Tun Dr Ismail, pameran produk-produk penyelidikan penyelidik wanita Agensi Nuklear Malaysia, pelancaran laman web PUSPANITA MOSTI, persembahan koir dan nyanyian oleh PUSPANITA cawangan MOSTI dan pelbagai aktiviti lagi. PUSPANITA Kebangsaan juga mengadakan mesyuarat tahunan di Dewan Persidangan, Agensi Nuklear Malaysia. Alhamdulillah majlis meraikan lawatan Yang Dipertua PUSPANITA berjalan dengan baik dan sempurna. Syabas PUSPANITA cawangan MOSTI!
 
Klik Galeri untuk lebih banyak foto.