Ahli Biasa
Keahlian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia kecuali di Sabah yang terdiri daripada:
(1) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan di Malaysia;
(2) Anggota wanita di semua peringkat kumpulan Perkhidmatan Awam di Malaysia;
(3) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara atau meninggal dunia;
(4) Isteri anggota Perkhidmatan Awam yang diceraikan;
(5) Anggota wanita Perkhidmatan Awam yang telah bersara;
Ahli Bersekutu
(1) Ahli bersekutu terbuka kepada isteri anggota Perkhidmatan Awam yang belum menjadi Warganegara Malaysia;
(2) Ahli bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam Persatuan;
(3) Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori (1) di atas akan luput dengan sendirinya apabila suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan Kerajaan.
Ahli Gabungan
(1) Ahli gabungan terbuka kepada persatuan wanita yang telah didaftarkan di Kementerian/Jabatan dan diberi status yang sama seperti ahli biasa;
(2) Keahlian ahli gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan.
Ahli Kehormat
Yang Dipertua dengan persetujuan Majlis Tertinggi boleh melantik ahli kehormat di kalangan wanita-wanita yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat. |