Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
PUSPANITA Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam wanita dan isteri penjawat-penjawat awam bersama-sama menggembling usaha, mengeratkan silaturrahim dan memajukan diri serta keluarga melalui pelbagai kaedah, program dan aktiviti yang dijalankan.
Salah satu inisiatif untuk membolehkan maklumat program dan aktiviti PUSPANITA disampaikan dengan cepat kepada semua peringkat dengan lebih meluas, PUSPANITA MOSTI telah mengambil langkah proaktif untuk membangunkan Laman Webnya sendiri.
Dengan adanya penyebaran dan perkongsian maklumat melalui pendekatan ini saya berharap agar penyampaian maklumat dapat dilakuakan dengan lebih efektif dan berkesan di kalangan ahli dan pengunjung laman web ini. Maklumat dalam Laman Web PUSPANITA MOSTI disusun dengan mudah dan padat untuk membolehkan sesiapa jua mengikuti peranan PUSPANITA, maklumat –maklumat yang disampaikan dan aktiviti-aktiviti serta program yang diaturkan.
Saya percaya dengan adanya Laman Web ini, ahli PUSPANITA akan dapat terus berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih berkesan. Saya juga menyeru agar ahli-ahli dapat memanfaatkan laman web ini sepenuhnya.
Akhir kata Selamat Melayari Laman Web PUSPANITA Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Sekian, terima kasih.
Wanita Sepakat Negara Meningkat. |