Bahagian Data Strategik dan Foresight Teknologi  ditubuhkan pada tahun 2016 bagi memenuhi hasrat negara dengan mengenal pasti teknologi dan kajian STI masa hadapan serta mengenal pasti input dalam merangka dasar STI untuk jangka masa yang panjang seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mampu menjadi negara berteknologi tinggi.

Menyediakan perancangan kajian masa hadapan bagi mengenal pasti  keperluan teknologi masa hadapan serta perancangan strategik STI jangka panjang dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara seterusnya menjadikan negara lebih kompetitif.

SEDANG DIKEMASKINI

a. Melaksanakan penilaian dan analisis faktor dalaman dan global dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian (Delphi, horizon, trend scanning dan lain-lain) bagi mengenal pasti dan menyelaras pelaksanaan isu-isu baru dan keperluan teknologi masa hadapan (15 tahun ke atas).

b. Melaksanakan benchmarking melalui pengumpulan maklumat institusi dan tadbir urus STI dan future planning dari pelbagai negara.

c. Menyediakan maklumat/data dari pelbagai agensi dan kajian dalam dan luar negara bagi mengenal pasti isu dan teknologi masa hadapan yang boleh diadaptasi dalam negara.

d. Menyediakan analisis senario untuk mengenal pasti isu dan potensi serta syor keperluan teknologi masa hadapan

e. Melaksanakan engagement dengan semua pihak yang berkenaan.

f. Mengenal pasti trend dan mengesyorkan bidang keutamaan R&D&C&I yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pengumpulan maklumat pembiayaan dana oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan agensi-agensi dibawahnya. Berikut merupakan pautan ke Big Data Analytics/ Analisis Data Raya https://dashboard.mosti.gov.my/bda/.

g. Menyediakan input bagi penggubalan polisi dan perancangan strategik serta aktiviti berkaitan STI dalam jangka masa panjang.

h. Menjadi pusat rujukan utama bagi maklumat strategik STI negara dan menyediakan kemudahan aliran dan capaian maklumat STI di antara sektor kerajaan dan swasta untuk menyokong dasar negara dalam pembangunan STI.

Kami komited untuk:

  1. menyediakan perancangan kajian isu dan teknologi masa hadapan.
  2. menyediakan input bagi penggubalan polisis dan perancangan strategik masa hadapan berkaitan STI.
  3. menyediakan maklumat STI berkaitan dana dengan kemudahan mengakses data untuk menyokong dasar negara dalam pembangunan STI.