Skip to main content
Berita

𝟹𝘳𝘥 𝘉𝘪𝘰𝘯𝘢𝘯𝘰𝘵𝘦𝘤𝘩𝘯𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘚𝘦𝘮𝘪𝘯𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘉𝘐𝘖𝘕𝘈𝘕𝘖𝘚𝘌𝘔) 𝟸𝟶𝟸𝟸

4 Ogos 2022, Putrajaya – YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini merasmikan 𝟹𝘳𝘥 𝘉𝘪𝘰𝘯𝘢𝘯𝘰𝘵𝘦𝘤𝘩𝘯𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘚𝘦𝘮𝘪𝘯𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘉𝘐𝘖𝘕𝘈𝘕𝘖𝘚𝘌𝘔) 𝟸𝟶𝟸𝟸 anjuran Centre for Sustainable Nanomaterials, Universiti Teknologi Malaysia (CSNano UTM) dengan kerjasama Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Persatuan Biobahan Malaysia (MBS).

Bagi memastikan teknologi yang dibangunkan oleh pihak akademia memenuhi kehendak industri, hubungan dan kerjasama antara industri dan akademia diperkukuhkan melalui penganjuran program BioNanoSem 2022.

Program ini merupakan platform yang sesuai untuk menghimpunkan pakar dalam bidang bionanoteknologi yang terdiri daripada pensyarah, penyelidik, persatuan serta pihak industri di Malaysia dalam perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan bionanoteknologi.

Program ini mampu memberi nilai tambah yang signifikan dalam mempromosikan penyelidikan, inovasi dan komersialisasi dalam bidang bionanoteknologi di peringkat global, bertepatan dengan tema BioNanoSem 2022 iaitu ‘𝘗𝘳𝘰𝘴𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘉𝘪𝘰𝘯𝘢𝘯𝘰𝘵𝘦𝘤𝘩𝘯𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩, 𝘐𝘯𝘯𝘰𝘷𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘦𝘳𝘤𝘪𝘢𝘭𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯’.

Skip to content