Pengenalan

Dana Inovasi merupakan dana yang menyumbang kepada daya pengeluaran, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Ia boleh terdiri daripada kombinasi, gabungan atau integrasi teknologi yang membawa kepada produk, proses atau perkhidmatan baru atau penambahbaikan teknologi sedia ada dengan peningkatan nilai atau pengurangan kos yang lebih baik. Hasil yang dijangka daripada pembiayaan Dana Inovasi ini adalah produk baru, proses atau sistem yang lebih baik untuk pelanggan, perniagaan dan masyarakat. Dana Inovasi terdiri daripada Dana Inovasi Perniagaan (EIF) dan Dana Inovasi Komuniti (CIF). Layari laman eDana http://edana.mosti.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Kumpulan sasar:

  • Individu
  • Syarikat Milikan Tunggal
  • Syarikat SME
  • Persatuan / NGO/ Kumpulan Komuniti berdaftar

 

Kuantum Maksimum & tempoh pelaksanaan:

  • Dana Inovasi Perniagaan (EIF)
    • RM50,000.00 dan 18 Bulan (Individu)
    • RM150,000.00 dan 18 Bulan (Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian)
    • RM500,000.00 dan 18 Bulan (Perniagaan-Mikro/ Syarikat Kecil & Sederhana))
  • Dana Inovasi Komuniti (CIF)
    • RM500,000.00 dan 18 Bulan

 

Hubungi Kami:

Bahagian Dana

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C4, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya

 

Tel: 603 – 8885 8298

Faks: 603 – 8888 7710

E-mel: innofund@mosti.gov.my

http://edana.mosti.gov.my