Pengenalan

Dana Smart Challenge (SMART Fund) adalah inisiatif kerajaan kepada usahawan dan penyelidik bagi membiayai projek-projek penyelidikan dalam bidang keutamaan dan keperluan strategik yang telah dikenal pasti (teknologi baru, proses, produk) dengan jangkaan bahawa hasil penyelidikan akan dapat menyelesaikan isu nasional dan mengenal pasti penyelesaian jangka masa panjang.

 

Kerajaan akan membiayai projek penyelidikan pra-pengkomersialan (teknologi baru, proses, produk) berinovatif yang menghasilkan output yang boleh dipasarkan untuk merangsang ekonomi dan memberi manfaat kepada masyarakat.

 

Projek-projek yang dicadangkan mestilah specific, measurable, achievable, realistic and timely (SMART). Projek-projek yang dicadangkan mestilah dirangka dengan baik, disahkan secara saintifik, dan berdaya saing dengan teknologi dan penyelidikan terkini.

 

Layari laman eDana http://edana.mosti.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Kumpulan sasar:

  • Syarikat Kecil & Sederhana
  • Institut Penyelidikan Kerajaan
  • Agensi Sains, Teknologi & Inovasi
  • Institut Pengajian Tinggi (Awam dan Swasta)

 

Kuantum Maksimum & tempoh pelaksanaan :

  • RM3,000,000.00 dan 24 Bulan

 

Hubungi Kami:

 

Bahagian Dana

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C4, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya

 

Tel: 603 – 8885 8298

Faks: 603 – 8888 7710

E-mel: helpdesk-edana@mosti.gov.my

http://edana.mosti.gov.my